Hai! Apa itu stress? Stress atau tekanan adalah satu tindak balas mental dan emosi yang negatif akibat daripada sesuatu keadaan yang buat kita rasa susah, terbeban, gagal dan sebagainya. Benda ni normal dalam hidup kita.
Sebagai seorang usahawan online ataupun freelancer, kita pun tak lari daripada tekanan. Pernah tak anda alami situasi anda punya ‘things-to-do list’ makin bertambah dan tak habis-habis, deadline nak submit kerja yang belum siap pada klien tinggal lagi 1 jam atau usaha bisnes online anda asyik tak menjadi jer?
Lepas tu anda jadi pening dan serabut. “Aduh, stressnya!!!” Biasakan benda ni?
Sesetengah orang ingat bila buat bisnes onlline, diorang boleh cepat jadi kaya, boleh ada duit banyak tanpa perlu buat kerja dan boleh buat duit sambil goyang kaki.
Tapi realitinya, hidup sebagai seorang usahawan online ni jugak dipenuhi dengan kerja keras, kerja lebih masa dan stress. Itulah pengorbanan yang perlu dibuat sepertimana orang yang bekerja untuk mencapai matlamat hidup dan menyara kehidupan.
Cara untuk tangani tekanan adalah kemahiran asas yang sangat penting untuk seorang usahawan online. Sebabnya? Nak usahakan bisnes online ni bukan benda yang mudah, bukan jugak kejayaan yang boleh dicapai dalam sehari. Anda akan hadapi banyak masalah sepanjang mengusahakan bisnes online.
Sebagai contoh, kalau anda buat bisnes dropship, supplier anda hantar barang lambat dan anda kena hadap pelanggan yang tengah bengang. Ataupun anda hadapi masalah nak pilih produk untuk bisnes dropship.
Tak kira apa pun punca anda stress, anda tetap mampu untuk terus majukan bisnes online anda kalau anda tahu cara untuk untuk tangani tekanan.
Kami Team Shopievo, sudah tentu nak tengok komuniti kami Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce berjaya usahakan satu bisnes dropship yang dapat menghasilkan pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian.
Jadi, dalam artikel ni saya nak kongsi beberapa cara tangani tekanan supaya nanti, bila anda rasa stress jer, anda boleh ambil masa untuk relax, tak cepat give up dan tetap terus mengusahakan bisnes online ke arah kejayaan yang anda impikan. Jom layan!
Dapatkan Tidur Yang Cukup! – Cara Tangani Tekanan Sebagai Seorang Usahawan
Orang yang usahakan bisnes online atau jadi freelancer ni kebanyakannya sebab diorang memang minat. Disebabkan minat ni, mungkin anda suka hadap kerja-kerja online ni sampai lewat malam dan abaikan waktu tidur.
Tak cukup tidur boleh jadi punca anda stress sebab anda kurang tenaga. Tidur adalah proses ‘recharge’ tenaga semulajadi. Pastikan anda dapat tidur yang cukup. Dengan tidur yang cukup, anda dapat mulakan hari seterusnya dalam keadaan yang bertenaga.
Selain tidur yang cukup, pastikan jugak anda dapat tidur yang berkualiti. Padamkan lampu, padamkan mp3, jauhkan cahaya skrin fon ketika tidur dan dapatkan tilam dan bantal yang selesa.
Bagi Ruang Pada Waktu Solat! – Cara Tangani Tekanan Sebagai Seorang Usahawan
Apa-apa pun yang anda usahakan dalam kehidupan seharian anda, pastikan anda bagi ruang masa pada waktu solat dalam jadual seharian anda. Seeloknya, berhenti buat kerja 30 minit sebelum masuk waktu solat dan sambung balik 30 minit selepas habis solat.
Dalam waktu tersebut, anda bersiap sedia untuk solat dan fokus berzikir mengingati Allah dan meminta pertolongan dari Allah untuk apa sahaja yang anda tengah usahakan. Kadang-kadang kita ni try-too-hard mencari rezeki tapi mudah lupa pada Allah Al-Razzaq, Yang Maha Pemberi Rezeki.
Dalam ruang masa yang kita luangkan untuk waktu solat ni jugak sebenarnya kita dapat recharge balik tenaga kita dan sambung balik kerja nanti dengan tenaga dan motivasi yang baru. Semoga hidup kita lebih berkat dan tenang.
Ambil Masa Untuk Berehat! – Cara Tangani Tekanan Sebagai Seorang Usahawan
Mungkin anda rasa kalu kena rehat dulu nanti tak produktif pulak sebab banyak lagi kerja lain yang nak diselesaikan. Tapi sebenarnya ambil masa untuk rehat adalah cara berkesan untuk kurangkan stress.
Kalau anda terus bekerja jugak dalam keadaan tertekan, anda tak dapat nak bagi yang terbaik dan boleh jadi serabut. Dengan berehat, anda ambil masa untuk lupakan kerja sekejap dan lapangkan minda sebelum kembali fokus dan beri yang terbaik pada kerja.
Apa yang nak buat masa rehat tu? Setiap orang ada aktiviti yang berbeza untuk lapangkan minda. Mungkin ada yang minum secawan nescafe sambil melihat pemandangan dari tingkap. Mungkin ada yang keluar jalan-jalan ambil angin naik motor.
Kalau saya, saya akan main mobile legend dua tiga round dulu, huhu. Sebelum sambung kerja balik, saya akan buat buat langkah kat bawah ni…
Kenal Pasti Punca Stress! – Cara Tangani Tekanan Sebagai Seorang Usahawan
Lepas anda dah berehat, ambil pen dah kertas kosong. Cuba kenal pasti apa sebenarnya punca yang buat anda rasa tertekan dan catatkan. Kadang-kadang anda boleh jadi stress bila melihat sesuatu keadaan tu dari sudut yang besar.
Sebagai contoh, anda tengok ada banyak lagi nota senarai ‘things-to-do’ yang anda buat sampaikan anda rasa serabut sebab ada banyak sangat kerja kena buat. Tapi bila anda mula susun dan dapat bezakan kerja yang mana lebih penting dan perlu diutamakan dulu, fikiran anda akan jadi lebih tenang.
Luangkan Masa Untuk Bersosial! – Cara Tangani Tekanan Sebagai Seorang Usahawan
Jangan abaikan masa yang berkualiti bersama orang disekeliling anda. Mak ayah, adik beradik dan kawan-kawan. Terutamanya mak dah ayah kita, buat baik kat diorang dan jangan timbulkan konflik dengan diorang. Sebab ketenangan hidup kita bergantung pada macam mana hubungan kita dengan mak dan ayah.
Ketawa, bercerita, dan berkongsi masalah akan membuatkan kita berasa lebih baik dan kurangkan stress. Kalau masih ada mak dan ayah, luangkan masa yang berkualiti dengan diorang.
Kesimpulan Cara Tangani Tekanan Sebagai Seorang Usahawan
Cara tangani tekanan sangat penting untuk hidup anda sebagai seorang usahawan online. Kita semua pasti akan alami keadaan stress. Tapi untuk membina sebuah bisnes yang stabil untuk jangka masa panjang, kita pun mestilah berfikir dan bertindak untuk jangka masa panjang. Bukan biarkan stress buat kita give up dari mengusahakan bisnes online.
Anda pulak macam mana? Adakah anda selalu tertekan dan stress? Apa yang biasa anda buat untuk kurang stress? Cara anda mungkin berbeza daripada cara yang saya sebutkan tadi. Cer kongsikan pandangan anda kat bahagian komen.
Okay, cukup setakat ni dulu untuk artikel kali ni, jumpa lagi dalam artikel seterusnya. Woot woot!
.
stress bila akaun fb ads berusia 7 tahun lebih tetiba kena flag..malas nak merayu sebab abe matjuki berg gerenti takkan bagi balik..isk..
Uishh, 7 tahun…memang stress tu bos. Betul ke matjuki memang tak akan bagi balik? Cuba rujuk artikel pasal akaun kena flag dari sifu FB, Firdaus Azizi ni…
LINK: https://firdausazizi.my/apa-nak-buat-bila-akaun-flag/
Moga dapat membantu 🙂