3 Cara Tulis Headline Untuk Copywriting Iklan Di Media Sosial

November 15, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Headline adalah benda pertama yang dapat menarik perhatian orang untuk membaca copywriting iklan atau post iklan anda. Kalau anda tak ambil peluang menulis headline yang ‘wow!’, apa yang anda tulis panjang-panjang selebihnya dalam copywriting tu kemungkinan tak ada siapa yang nak baca pun.

 

Jadi, dalam konteks copywriting iklan kat media sosial, menulis headline yang ‘wow!’ adalah benda yang kritikal. Secara purata, 8 per 10 orang yang scroll kat media sosial akan membaca headline anda, tapi hanya 2 daripadanya sahaje yang akan baca iklan anda sampai habis.

 

Elemen penting yang setiap usahawan online perlu ingat ketika merancang copywriting iklan ialah supaya ayat seterusnya dibaca. Ayat seterusnya tu pulak membuatkan orang nak baca lagi ayat yang lepas tu. Kemudian, ayat seterusnya lagi. Lagi dan lagi. Sehinggalah ke ayat call to action.

 

Kalau setakat kat headline jer orang dah tak hingin nak baca lagi, memang tak akan sampailah pada call to action. Kita pun tak dapat trafik dan tak berpeluang nak buat jualan. Nampak kan? Semakin ‘wow’! headline anda, semakin tinggi peluang untuk orang baca copywriting iklan anda kat media sosial.

 

Macam mana nak jadi power tulis headine yang ‘wow!’ untuk copywriting iklan ni..??” Okay, dalam artikel ni saya akan kongsikan tips simple untuk tulis headline yang ‘wow! kat media sosial. Jom layan!

 

 “Nak Tulis Headline Dulu Ke Nak Tulis Copywriting Iklan Dulu..??”

 

Okay, ni pun salah satu masalah usahawan online dalam menulis copywriting iklan. Samaada nak tulis headline dulu ke atau tulis ayat dan cerita yang panjang-panjang tu dulu. Bukan apa, kadang-kadang sesetengah usahawan online ni dah ada idea yang dia nak tulis dalam iklan, jadi dia siapkan copywriting iklan dulu baru fikirkan headline yang sesuai.

 

Seeloknya, anda kena siapkan headline dulu. Sebab, headline ni ada pelbagai jenis yang anda boleh buat. Dan setiap jenis headline akan menentukan copywriting iklan yang berbeza. Nanti kita akan tengok 3 jenis headline yang berbeza.

 

Orang yang siapkan copywriting iklan dulu baru buat headline ni sebab dia tak tahu pelbagai jenis headline yang dia boleh buat. Kelebihan siapkan headline dulu ialah, anda dapat fokus untuk menyusun copywriting iklan yang betul-betul berkaitan dengan headline tu sahaje.

 

Pembaca yang teruskan baca copywriting iklan anda sebab dia nak tahu lebih lanjut dari apa yang headline tu bagitahu. Jadi, copywriting iklan anda perlu jelas dan betul-betul berkaitan dengan tajuk supaya pembaca tak rasa pening dan membazir masa meluangkan masa membaca iklan anda.

 

Oh ya, sebelum tu nak bagitahu, dalam artikel ni, saya akan jadikan Panduan Ebook Bisnes Shopee sebagai produk contoh yang saya nak promosikan. Ebook ni adalah eBook paling laris untuk bulan Oktober 2018 daripada Klikjer.com.

 

Copywriting iklan - Bisnes Shopee

 

3 Cara Tulis Headline Untuk Copywriting Iklan Di Media Sosial

 

Berikut adalah 3 cara tulis headline untuk 3 jenis copywriting iklan yang berbeza…

 

Headline Untuk Copywriting Iklan Jenis ‘How-To’

 

Copywriting iklan jenis ‘How-To’ adalah iklan jenis informasi, yang akan terangkan tutorial, cara-cara atau langkah-langkah membuat sesuatu. Orang memang suka baca info yang berguna. Kalau copywriting iklan anda tu bermanfaat, diorang akan share untuk manfaat orang lain jugak.

 

Dan cabarannya adalah untuk tarik orang membaca iklan anda. Berjaya atau tidak, bergantung pada cara anda menulis headline untuk copywriting iklan jenis ‘How-To’.

 

Menulis headline untuk copywriting iklan jenis ‘How-To’ nampak mudah. Kebiasaannya kita akan mulakan dengan ‘Bagaimana Nak Blablabla’. Sebagai contoh, saya nak promosikan Panduan eBook Bisnes Shopee. Kebiasaannya orang akan fikirkan headline macam ni…

 

“BAGAIMANA NAK MULAKAN BISNES DI SHOPEE DENGAN MUDAH!”

 

Simple. Tapi tak ‘wow!’. Ini tips yang saya nak kongsikan pada anda kalau nak buat headline untuk copywriting iklan jenis ‘How-To’. Anda mungkin tak terfikir selama ni. Gandakan manfaat! Okay, macam mana nak buat tu?

 

Mudah jer. Letakkan 2 manfaat dalam satu headline. Dalam headline yang saya buat tadi, baru ada satu manfaat jer iaitu ‘mulakan bisnes di Shopee dengan mudah’. Untuk manfaat yang kedua, fikirkan sesuatu yang pembaca boleh capai lepas dia dapat manfaat yang pertama tadi. Sebagai contoh…

 

“BAGAIMANA NAK MULAKAN BISNES DI SHOPEE DENGAN MUDAH DAN TAMBAH LAGI DUIT RM2,000 SEBULAN!”

 

Haaa…nampak kan? Huhu.

 

Headline Untuk Copywriting Iklan Jenis ‘List’

 

Copywriting iklan jenis ‘List’ atau senarai adalah iklan yang menerangkan beberapa sebab, rahsia, jenis, atau cara berkaitan sesuatu topik. Ini juga adalah copywriting iklan informasi. Kalau copywriting iklan anda tu bermanfaat, diorang akan share untuk manfaat orang lain jugak.

 

Sebenarnya, sangat senang menulis headline untuk copywriting iklan jenis ‘List’. Tipsnya, anda perlu letakkan nombor sahaje untuk berapa point yang anda nak terangkan dalam senarai tu. Sebagai contoh…

 

“2 RAHSIA ENCIK JOHN JANA 4 ANGKA DI SHOPEE!”

“3 JENIS PRODUK YANG LAKU KERAS DI SHOPEE BULAN INI!”

“4 SEBAB ANDA BOLEH JANA 4 ANGKA DENGAN MUDAH DI SHOPEE!”

 

Nombor tu sendiri dapat menarik perhatian orang. Seeloknya, guna 2 ke 4 point sahaje untuk iklan dengan penerangan yang ringkas dan padat supaya pembaca tak ambil masa yang lama untuk sampai ke ayat call to action.

 

Headline Untuk Copywriting Iklan Jenis Persoalan

 

Copywriting iklan jenis persoalan ialah iklan dengan cara nak menjawab sesuatu persoalan yang mungkin timbul berkaitan produk yang anda nak promosikan. Ia juga bertujuan supaya pembaca dapat buka minda kepada kelebihan-kelebihan yang terdapat pada produk yang anda nak promosikan.

 

Mulakan headline dengan kata tanya ‘kenapa’ dan diikuti dengan statement yang anda nak bincangkan. Statement tersebut mestilah memihak kepada produk yang anda nak promosikan. Sebagai contoh…

 

“KENAPA ORANG LEBIH SUKA BERNIAGA KAT SHOPEE BERBANDING LAZADA”

 

Dengan cara ni, pembaca lebih berminat nak tahu apa lebihnya produk yang anda promosikan tu berbanding yang lain.

 

Kesimpulan Cara Tulis Headline Untuk Copywriting Iklan Di Media Sosial

 

Okay, itu saja 3 cara simple untuk tulis headline yang ‘wow! kat media sosial. Buat masa sekarang, 3 cara ni dapat bantu anda buat headline yang dapat menarik perhatian orang kat media sosial dan lebih fokus dalam menulis copywriting iklan yang berkualiti.

 

Apa-apa pun, banyak lagi cara dan formula untuk menulis headline yang ‘wow!’ untuk copywriting iklan. Apa yang saya tunjukkan tadi hanyalah perkongsian yang mudah untuk diikut sahaje, huhu. Okay, cukup setakat ni dulu untuk artikel kali ni, jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Pada bulan December 2019 yang lepas, bos Wazeen ada buat satu announcement dalam group IM Lejen pasal satu software baru yang kita semua memang akan guna untuk bisnes kita. Software ni free jer. . Dan walaupun memang semua orang boleh guna, macam biasa… group premium...

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

Hai dan salam! Untuk artikel kali ni saya nak tunjukkan secara ringkas dan padat langkah-langkah nak buat Facebook Shop seterusnya masukkan produk yang anda jual ke dalam FB Shop tu. Facebook Shop adalah bahagian ‘Shop’ atau katalog kat dalam Facebook Page untuk anda...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 Cara Tulis Headline Untuk Copywriting Iklan…

by admin time to read: 4 min
0