Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

December 11, 2019

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai dan salam! Untuk artikel kali ni saya nak tunjukkan secara ringkas dan padat langkah-langkah nak buat Facebook Shop seterusnya masukkan produk yang anda jual ke dalam FB Shop tu. Facebook Shop adalah bahagian ‘Shop’ atau katalog kat dalam Facebook Page untuk anda letakkan produk yang anda jual.

.

Kemungkinan anda berniaga tak gunakan laman web e-Commerce tapi hanya promote guna gambar sahaja kat group-group FB, Instagram dan kat Whatsapp. Jadi, dengan adanya Facebook Shop, anda boleh jadikan ia sebagai kalalog untuk produk yang anda jual. Jom ikut langkah-langkah berikut…

.

Langkah 1: Buat Facebok Page!

.

Untuk buat Facebook Shop, anda kena ada Facebook Page. Saya pernah kongsikan langkah-langkah nak buat Facebook Page sebelum ni kat dalam blog ni.

.

Langkah 2: Gunakan Template ‘Shopping’ Untuk Facebook Page!

.

Pergi ke bahagian ‘Setting’ dalam Facebook Page anda dan klik pada bahagian ‘Templates & Tabs’. Pastikan anda pilih template‘Shopping’ untuk Facebook Page anda. Template Shopping untuk Facebook Page telah disusun untuk bisnes yang menjual produk dan memudahkan orang membeli dari Facebook Page anda.

.

.

Langkah 3: Buat Facebook Shop!

.

Seterusnya, kita akan buat Facebook Shop kat dalam Facebook Page bisnes kita. Caranya, klik pada bahagian ‘Shop’.

.

.

Anda akan diminta untuk bersetuju dengan ‘Merchant Terms and Policies’ dari Facebook. Tandakan pada kotak setuju dan klik ‘Continue’.

.

.

Seterusnya anda diminta untuk pilih samaada anda nak orang beli produk kat Facebook Shop anda melalui FB Messenger atau buat pembayaran kat tempat lain seperti lamam web sendiri, landing page sendiri dan sistem pembayaran sendiri. Pilih ‘Check Out On Another Website’ dan klik butang ‘Continue’. Senang cerita, melalui pilihan ni anda boleh letak apa-apa link sebagai CTA kalau ada orang berminat nak beli produk anda.

.

.

Seterusnya pilih ‘Malaysian Ringgit’ untuk curency kalau FB Page anda untuk audience dari Malaysia. Kemudian klik butang ‘Save’ dan anda dah pun selesai buat Facebook Shop!

.

.

Langkah 4: Masukkan Produk Dalam Facebook Shop!

.

Lepas anda dah siap buat Facebook Shop, sekarang anda boleh masukkan produk. Klik pada butang ‘Add Product’. Anda jugak boleh tambah sedikit penerangan kat bahagian description produk apa yang anda jual kat dalam FB Shop anda.

.

.

Lepas anda klik pada butang ‘Add Product’ tadi, anda akan diminta untuk mengisi segala maklumat berkaitan produk anda. Isikan segala maklumat seperti gambar atau video, nama produk, harga, penerangan dan yang penting ialah ‘Checkout URL’ atau link CTA seperti yang saya bulatkan dalam gambar kat bawah ni. Bila dah selesai, klik butang ‘Save’.

.

.

Bila dah selesai, Facebook akan process produk yang anda masukkan tadi dan mengambil masa beberapa minit sebelum produk tu diapprove. Anda jugak boleh publishkan produk tersebut ke timeline FB Page anda. Mudah nanti kalau anda nak share kan produk tu ke group-group FB.

.

.

Ini pulak adalah contoh product page kalau ada orang klik pada produk anda tu. Ada semua maklumat seperti yang telah anda masukkan. Dan ada butang CTA ‘Check Out On Website’. Itu adalah ‘Checkout URL’ atau link CTA yang telah anda masukkan. Kalau orang klik, dia akan dibawa ke laman web, landing page atau sistem pembayaran sendiri bergantung pada link apa yang anda letak.

.

.

Okay, sampai kat sini sahaja tutorial ringkas dan padat langkah-langkah nak buat Facebook Shop dan masukkan produk yang anda jual ke dalam FB Shop. Semoga anda dapat belajar sesuatu daripada artikel ini. Jumpa lagi dalam artikel seterusnya, woot woot!



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Pada bulan December 2019 yang lepas, bos Wazeen ada buat satu announcement dalam group IM Lejen pasal satu software baru yang kita semua memang akan guna untuk bisnes kita. Software ni free jer. . Dan walaupun memang semua orang boleh guna, macam biasa… group premium...

Panduan Asas ManyChat 102: Case Study Penggunaan ManyChat

Panduan Asas ManyChat 102: Case Study Penggunaan ManyChat

Hai n salam! Kali ni kita sambung artikel ke-2 dalam siri artikel Panduan Asas ManyChat. Dah baca artikel pertama? Dalam Panduan Asas ManyChat 101 sebelum ni, saya dah terangkan apa itu ManyChat, apa fungsinya untuk bisnes anda dan apa persediaan yang anda kena buat...

3 Comments

3 Comments

  1. LirewaiNa

    8; variance of difference in treatment effect, 5 how to buy priligy as a child The researchers engineered the mice so that the mutated portion of DNA can be snipped out by an enzyme called Cre recombinase but only when a drug called tamoxifen is present

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Prod…

by admin time to read: 2 min
3