Kepentingan FB Page Untuk Bisnes e-Commerce

May 16, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Kalau kita tengok balik trend orang online sejak mula wujudnya smartphone, kita boleh nampak yang trend orang online berubah dari dekstop ke mobile ataupun dari komputer ke smartphone. Kebanyakan orang hari ni lebih kerap guna fon mereka untuk mengakses internet.

 

Orang guna fon untuk berhubung dengan family, kengkawan dan apa sahaja yang penting bagi mereka. Orang jugak guna fon untuk selesaikan hal kerja, main game, sebagai alat bantuan senaman dan termasuklah untuk beli barang secara online.

 

Setiap usahawan pasti nak bisnes mereka dikenali, diingati dan senang dihubungi walau kat mana sahaja prospek dan pelanggan berada, betul tak?

 

Oleh sebab trend pengguna hari ni yang beralih kepada online shopping dan mengakses internet daripada fon, anda perlu bersedia wujudkan satu platform sebagai kedai online yang ‘mesra mobile’ supaya pengguna senang untuk mencari, menghubungi dan dapatkan update serta info terbaru dari bisnes anda hanya dari fon diorang je.

 

Ada beberapa platform yang kita boleh jadikan sebagai kedai online yang ‘mesra mobile’. Antaranya, dengan mewujudkan laman web e-Commerce, guna Facebook Page dan guna akaun Instagram bisnes.

 

Oleh sebab saya dah banyak tulis artikel pasal laman web e-Commerce dan Instagram sebelum ni, kali ni saya nak tulis pasal Facebook Page pulak, huhu.

 

Wujudkan FB Page untuk bisnes kita sebagai kedai online adalah langkah yang wajib untuk bangunkan bisnes secara online. Dengan FB Page, usahawan boleh berhubung dengan pelanggan dengan mudah pada bila-bila masa dan kat mana sahaje diorang berada.

 

Jadi dalam artikel ni, saya akan tunjukkan kat anda apa yang anda boleh buat dengan FB Page untuk bangunkan bisnes anda kat dunia online. Tapi sebelum tu, jom kita tengok secara ringkas dulu cara buat FB Page.

 

Cara Buat FB Page

 

Nak buat FB Page ni sebenarnya benda basic je. Jadi kat sini saya tunjukkan secara ringkas sahaje macam mana nak buat FB Page untuk bisnes kita. Saya pasti semua orang boleh explore sendiri pasa FB Page ni, huhu.

 

Anda boleh mula untuk buat FB Page dari akaun FB peribadi ataupun dari Facebook Business Manager.

 

Untuk buat FB Page dari akaun FB peribadi, ikut langkah-langkah berikut;

 

  1. Klik butang ‘arrow’ kat bahagian atas bucu sebelah kanan FB anda dan klik “Create Page”.

 

 

2. Kemudian, kita akan pilih kategori untuk FB Page bisnes kita. Oleh sebab kami kat Shopievo.com membantu usahawan buat bisnes dropship menjual produk fizikal melalui lama web e-Commerce, saya klik ‘Get Started’ pada ‘Business or brand.

 

 

3. Kemudian, masukkan nama FB Page yang sama dengan nama bisnes atau nama kedai online e-Commerce

 

4. Untuk kategori, pilih ‘Website sebab kita buat bisnes dropship guna laman web e-Commerce.

 

5. Okay, dah! Itu saja langkah asas nak buat FB Page baru untuk bisnes.. Tapi kita belum betul-betul hias lagi FB Page bisnes kita ni. Ini adalah interface FB Page anda…

 

 

Kalau anda tengok FB Page yang baru ni, masih ‘kosong’ lagi. Tak ada profile picture, cover photo dan sebagainya. Anda boleh ikut semua tips dari FB untuk optimizekan FB Page anda seperti tambah profile picture, tambah cover photo, tambah semua info pasal bisnes anda, jemput kengkawan anda untuk like FB Page anda, tambah call-to-action dan sebagainya.

 

Kemudian anda boleh update status dan post content seperti gambar atau video berkaitan bisnes kat FB Page bisnes anda sampai FB Page anda jadi meriah macam ni…

 

 

Untuk buat FB Page bisnes  melalui Facebook Business Manager pun lebih kurang macam ni jugak, tapi untuk lebih terperinci, anda boleh follow langkah demi langkah panduan berbentuk video yang kami sediakan dalam Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce.

 

Sekarang jom kita tengok kepentingan FB Page untuk bisnes e-Commerce.

 

Untuk Buat Iklan FB Ads! – Kepentingan FB Page Untuk Bisnes e-Commerce

 

Untuk menggunakan servis pemasaran iklan daripada Facebook, kita memang perlukan FB Page. Sebab iklan akan dibuat menggunakan post-post kat FB Page bisnes kita.

 

Kalau anda follow panduan buat bisnes dropship menggunakan laman web e-Commerce dalam Shopievo 2.0, kami memang fokus pada menggunakan pemasaran FB Ads. Anda akan diajar teknik & strategi advance menggunakan FB Ads untuk menjual produk anda.

 

Seawal dalam Fasa Pembangunan (Fasa Pertama) lagi, anda akan diajar cara bina kedai online e-Commerce menggunakan Easystore dan cara bina FB Page yang lengkap melalui Facebook Business Manager.

 

Sebagai Kedai Online Di Facebook! – Kepentingan FB Page Untuk Bisnes e-Commerce

 

Kalau laman web e-Commerce anda bertindak sebagai kedai online kat Google, FB Page pulak bertindak sebagai kedai online anda kat Facebook. Berbeza dengan bina laman web e-Commerce yang perlu bayar servis bulanan, guna FB Page ni free je.

 

Kat bahagian ‘Shop’ dalam FB Page, anda boleh masukkan butiran produk yang anda jual seperti gambar produk, info produk, harga dan cara bayar. Pelanggan boleh contact terus kat FB Page kalau ada produk yang diorang minat.

 

Malah, dalam panduan Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce, kami ada ajar macam mana nak linkkan laman web e-Commerce anda dengan FB Page supaya semua produk di laman web automatik muncul kat bahagian ‘Shop’ dalam FB Page.

 

Untuk Berhubung Dengan Pelanggan! – Kepentingan FB Page Untuk Bisnes e-Commerce

 

Dari sudut pelanggan, diorang sentiasa mahukan cara yang mudah untuk hubungi sesebuah perniagaan dan mahukan respon yang pantas. Pelanggan boleh hubungi anda melalui nombor fon atau emel yang anda update kat FB Page anda atau menggunakan aplikasi Messenger untuk terus menghantar message pada anda.

 

Anda jugak boleh post content kat FB Page secara konsisten supaya followers atau pelanggan bisnes anda sentiasa dapatkan info terbaru dari bisnes anda.

 

Kesimpulan Kepentingan FB Page Untuk Bisnes e-Commerce

 

Dengan adanya FB Page, prospek atau pelanggan anda akan senang untuk mencari, menghubungi dan dapatkan update serta info terbaru dari bisnes anda hanya dengan mengakses Facebook dari fon diorang je.

 

Selain tu, FB Page memang diperlukan untuk kita buat iklan FB Ads, sebagai kedai online bisnes kita kat FB dan mudah untuk berhubung dengan pelanggan.

 

Okay, itu sahaja dari saya untuk artikel kali ni, jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

1 Comments

1 Comment

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kepentingan FB Page Untuk Bisnes e-Commerce

by admin time to read: 4 min
1