Panduan Asas ManyChat 102: Case Study Penggunaan ManyChat

November 13, 2019

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai n salam! Kali ni kita sambung artikel ke-2 dalam siri artikel Panduan Asas ManyChat. Dah baca artikel pertama? Dalam Panduan Asas ManyChat 101 sebelum ni, saya dah terangkan apa itu ManyChat, apa fungsinya untuk bisnes anda dan apa persediaan yang anda kena buat untuk mula guna ManyChat. Anda pun dah berjaya log masuk ke dashboard ManyChat, tinggal lagi nak mula guna jer, huhu.

.

Saya jugak ada terangkan apa matlamat saya bila anda baca siri artikel Panduan Asas ManyChat ni. Saya nak tunjukkan macam mana ManyChat ni boleh bantu kumpul database prospek, saya nak anda mahir guna ManyChat dalam kempen pemasaran dan saya nak kongsikan satu kempen pemasaran yang guna ManyChat khusus untuk bisnes e-Commerce.

.

Kalau ikutkan plan asal, dalam artikel ke-2 ni saya nak terus terangkan beberapa fungsi asas yang kita boleh guna dalam ManyChat ni. Tapi saya terfikir, macam mana kalau ada usahawan yang betul-betul ‘zero’ baca siri artikel ni…yang tak nampak lagi konsep dan contoh penggunaan ManyChat dalam kempen marketing tu macam mana.

.

Jadi, saya buat keputusan untuk tunjukkan kat anda dulu satu case study terbaik yang saya kaji dari satu entiti bisnes yang menggunakan ManyChat. Dia gunakan ManyChat dalam kempen marketing untuk kumpul database prospek masuk ke FB Messenger dan sekaligus kumpul emel prospek tersebut masuk ke autoresponder emel! 2 database dia dapat iaitu FB Messenger dan emel prospek secara serentak!

.

Case Study Penggunaan ManyChat Oleh Hazli Khalim Dot Com

.

Case study penggunaan ManyChat yang saya nak tunjukkan kat anda ni ialah dari kempen marketing seorang Internet Marketer Malaysia iaitu Hazli Khalim untuk produk digital beliau, Sekolah Jualan Lebat (SJL). Apa yang bestnya, salah satu kandungan produk digital SJL ni pun memang mengajar anda teknik kumpul database FB Messenger dan emel serentak guna ManyChat.

.

Bagi saya, Hazli Khalim ni jenis yang ‘walk the talk’. Dia ajar teknik yang dia sendiri buat. Jom kita sama-sama tengok macam mana dia kumpul database FB Messenger dan emel serentak guna ManyChat. Pertama sekali, anda pergi ke halaman Hazli Khalim Dot Com. Anda akan pergi ke halaman landing page untuk produk SJL macam kat bawah ni…

.

.

Saya nak tanya anda, apa fungsi landing page? Benda ni perkara biasa dalam marketing…kita guna landing page untuk kumpul database prospek. Kebiasaannya, kita akan minta nama dan emel prospek sebelum prospek mendapatkan akses ke lead magnet seperti ebook percuma, video percuma dan sebagainya.

.

Apa yang Hazli Khalim buat ialah, dia meletakkan link masuk ke sistem ManyChat kat butang Call-To-Action kat Landing Page. Bila prospek klik pada butang ‘KLIK SINI UNTUK DAFTAR SEKARANG’, prospek akan dibawa ke masuk ke FB Messenger yang telah diautomasikan dengan sistem ManyChat…

.

.

Selepas prospek klik butang ‘Get Started’ untuk memulakan perbualan kat FB Messenger, Hazli Khalim dah dapat database FB Messenger prospek tersebut dan sistem ManyChat akan menghantar chat secara automatik seperti yang telah di aturkan. Dia buat apa pada masa benda ni berlaku? Kemungkinan dia tengah santai-santai minum kopi dan luangkan masa bersama family sambil sistem ManyChat yang uruskan perbualan kat FB Messenger tersebut. Jom kita tengok flow seterusnya…

.

.

Seterusnya, sistem ManyChat meminta prospek untuk sahkan emel supaya link akses ke video percuma dapat dihantar melalui emel jugak. Sistem ManyChat dapat membaca emel yang digunakan prospek untuk log in ke FB! Lepas prospek sahkan emel, Hazli Khalim dah dapat database emel prospek tersebut, hah!

.

Dua jenis database dapat…FB Messenger dan emel dalam satu sistem yang telah diautomasikan. Kita semua tahu betapa bernilainya database prospek untuk bisnes kita. Kita semua tahu apa nak buat dengan database tersebut…follow up, enggage dan blast emel promosi selagi prospek menjadi subscibers untuk bisnes kita. Best kan kalau dapat buat macam ni untuk bisnes kita jugak?

.

Kesimpulan Panduan Asas ManyChat 102

.

Melalui artikel ni, saya dah tunjukkan kat anda case study terbaik yang saya kaji dari seorang Internet Marketer Malasyia iaitu Hazli Khalim yang menggunakan ManyChat. Saya dah tunjukkan macam mana dia gunakan ManyChat dalam kempen marketing untuk kumpul database prospek masuk ke FB Messenger dan sekaligus kumpul emel prospek tersebut masuk ke autoresponder emel. 2 database dia dapat iaitu FB Messenger dan emel prospek secara serentak!

.

Sekarang, anda dah nampak konsep dan contoh penggunaan ManyChat dalam kempen marketing tu macam mana. Anda dah jelas macam mana ManyChat ni boleh membantu dalam kempen marketing bisnes anda. Kemungkinan anda pun dah dapat gambaran dan idea macam mana anda nak gunakan ManyChat ni untuk bisnes anda pulak. Okay, cukup sampai setakat ni dulu, kita sambung lagi nanti dalam siri artikel ke-3 pulak. Woot woot!



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Pada bulan December 2019 yang lepas, bos Wazeen ada buat satu announcement dalam group IM Lejen pasal satu software baru yang kita semua memang akan guna untuk bisnes kita. Software ni free jer. . Dan walaupun memang semua orang boleh guna, macam biasa… group premium...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Panduan Asas ManyChat 102: Case Study Penggun…

by admin time to read: 3 min
0