3 Tool Percuma Hasilkan Content Untuk Media Sosial

March 2, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Kenapa kita perlu hasilkan dan kongsikan content pada audience bisnes kita? Berdasarkan laman web ContentMarketingInstitute.com, content marketing ialah “… a strategic marketing approach focused on creating and distributing valuable, relevant and consistent content to attract and retain a clearly-defined audience — and, ultimately, to drive profitable customer action.”.

 

Haaa…berbelit lidah nak cakap bahasa orang putih, haha. Maksudnya, content adalah salah satu strategi pemasaran dengan cara memberi sesuatu yang bernilai, relevan dan konsisten untuk tingkatkan hubungan dengan audience bisnes kita. Media sosial hari ni dah sesak dengan iklan-iklan jual barang. Orang rimas dengan post-post iklan yang offer itu ini.

 

Jadi, content dapat memberi sesuatu yang lain pada audience bisnes kita. Pelanggan, prospek atau target audience sangat menghargai sesuatu yang bernilai, bermanfaat atau benda yang berkaitan dengan minat mereka.

 

Dengan content yang berkualiti, dapat tingkatkan kepercayaan daripada audience yang mana menjadikan kita ‘authority’ iaitu tempat rujukan mereka dalam sesuatu topik atau niche. Bila kita dapat jadi tempat rujukan mereka, mudah untuk kita promosikan sesuatu produk atau servis pada mereka.

 

Tanpa bajet yang besar, kita masih boleh hasilkan content yang berkualiti untuk audience bisnes kita. Orang biasa ingat content ni artikel dekat blog jer, tapi content ni lebih dari tu. Dalam artikel ni saya akan kongsikan 3 tool percuma hasilkan content untuk media sosial.

 

Tool-tool percuma ni nampak biasa-biasa jer, tapi kalau anda kreatif, anda boleh hasilkan content yang pelbagai yang dapat tingkatkan enggagement (like, komen dan share) daripada audience bisnes anda. Jom layan…

 

Tool Percuma Hasilkan Content Untuk Media Sosial 1 – Meme Generator

 

Anda mesti tahu apa tu meme kan? Meme ni gambar-gambar berunsur lawak berkaitan sesuatu topik yang orang selalu buat dan share kat internet. Selalunya memang untuk tujuan lawak, tapi ada jugak orang buat untuk parodi atau perli sesuatu topik tu.

 

Ada 2 benda yang menjadikan sesuatu gambar tu meme, ayat yang menggambarkan sesuatu topik dan gambar yang dapat menunjukkan situasi ayat tu. Contohnya macam ni…

 

 

Gambar kat atas ni adalah salah satu contoh meme dari FB Page GAGS Malaysia. Kalau anda nak tengok banyak lagi contoh-contoh meme dalam bahasa melayu dan nak dapatkan idea buat meme, anda boleh mula tengok-tengok kat FB Page GAGS Malaysia tu. Kat situ jugak anda boleh tahu apa benda yang tengah trending kat Malaysia ni, huhu.

 

Meme ni sangat sesuai untuk anda jadikan sebagai salah satu content dalam media sosial bisnes anda sebab selalunya meme ni senang dapat enggagement (like, komen dan share) kalau ada unsur lawak dan kena pada situasi orang atau benda yang tengah trending.

 

Jadi anda kene kreatif sikit nak buat meme yang berkaitan dengan niche bisnes anda. Macam mana nak buat meme dengan mudah? Okay, senang jer kalau anda nak buat, guna Meme Generator. Pergi ke laman web MemeGenerator.Net atau klik pada gambar kat bawah ni…

 

 

Kalau anda dah ada idea nak buat meme, Klik pada kotak warna merah ‘Caption an image kat atas sebelah kanan tu. Lepas tu hanya buat 3 langkah mudah jer…

 

 

  1. Pilih mana-mana gambar sedia ada.
  2. Masukkan ‘top text’ dengan ‘bottom text’. Pilih bendera atau tekan ‘other’. Klik ‘Generate!’
  3. Bila gambar tu dah ready kat halaman seterusnya, ‘right click’ pada gambar tu dan save ke komputer anda.

 

Dah, selesai! Lepas tu anda boleh upload meme tu kat media sosial bisnes anda, FB Page, Instagram dan sebagainya. Kalau anda tak ada idea nak buat meme, anda boleh tengok contoh-contoh meme yang lain dulu. Klik ‘Post’ dekat bahagian atas sekali laman web Meme Generator tu.

 

Kat sini anda boleh tengok contoh-contoh meme yang popular. Anda boleh filterkan kepada popular this month, week, today atau post meme yang baru…

 

 

Okay, senang jer kan nak buat meme ni? Anda kena ada idea kreatif sikit dan guna tool percuma hasilkan content, Meme Generator ni. Yang penting, meme tu mestilah berkaitan dengan niche bisnes anda dan ‘kena’ pada audience anda.

 

Tool Percuma Hasilkan Content Untuk Media Sosial 2 – Giphy

 

Okay, tool percuma hasilkan content kedua yang anda boleh gunakan ialah Giphy. Kalau tadi, meme ni content jenis gambar, kat Giphy ni pulak anda boleh dapatkan content jenis gifs. Gifs ni adalah video-video pendek yang berulang-ulang. Sama jugak, gifs ni selalunya ada unsur lawak dan orang buat untuk menggambarkan sesuatu situasi.

 

Anda boleh pergi ke laman web Giphy.com atau klik pada gambar kat bawah ni …

 

 

Dekat bahagian depan laman web Giphy ni, anda disajikan dengan senarai gifs yang tengah trending sekarang. Anda boleh tengok contoh-contoh. Tapi sekarang kita nak cari gifs yang berkaitan dengan niche bisnes kita.

 

Sebagai contoh, anda buat bisnes dengan niche kucing atau cats. Jadi anda nak gifs yang berkaitan dengan kucing. Gunakan fungsi search bar kat bahagian atas tu dan taip niche bisnes anda iaitu cats dan tekan enter. Nanti akan keluar senarai gifs yang berkaitan dengan kucing…

 

 

Pilih jer mana-mana yang anda suka dan klik gambar tu. Sebagai contoh saya pilih gambar kat bawah ni…

 

 

Klik ‘Download’ kat sebelah kanan gifs tu untuk save gifs tersebut ke komputer anda. Lepas tu anda boleh upload gifs tu kat media sosial bisnes anda, FB Page, Instagram dan sebagainya. Anda tak perlu edit pun gifs tu dengan ayat-ayat, cuma download  dan nanti upload balik kat tempat lain. Untuk content jenis gifs, ayat-ayat tu anda kena tambah kat bahagian description FB post atau caption Instagram post anda nanti.

 

Tool Percuma Hasilkan Content Untuk Media Sosial 3 – Lumen5

 

Okay, tool percuma hasilkan content ketiga yang saya nak rekemen kat anda ni tak kurang jugak hebatnya. Kalau tadi saya dah tunjukkan pada anda 2 tool percuma yang lebih kepada ‘entertainment’ untuk tarik perhatian audience bisnes anda, tool ketiga ni adalah online-based software untuk hasilkan video yang berinformasi, Lumen5.

 

Anda boleh pergi ke laman web Lumen5.com atau klik pada gambar kat bawah ni…

 

 

Apa yang best pasal tool percuma Lumen5 ni ialah ia bantu anda tukarkan artikel blog kepada video. Anda mesti pernah tengok video kat FB jenis yang berinformasi ni kan contohnya macam video kat bawah ni…

 

 

Punyalah senang, powerful dan free pulak tu nak guna Lumen5 ni. Jom kita mula. Klik ‘Get started for free’ untuk daftar akaun. Masukkan nama, emel dan password macam biasa dan klik butang ‘Create Account’.

 

 

Masukkan link URL blog post anda kat sini dan klik ‘Go’. Tak ada artikel kat blog atau memang tak ada blog langsung? Okay tak apa, Lumen5 ni memudahkan anda kalau anda ada blog post sebab anda hanya perlu masukkan link URL blog post tu jer dan ia akan detect semua content dalam artikel blog tu termasuk gambar.

 

Kalau anda tak ada artikel kat blog, anda boleh tulis jer informasi yang anda nak sampaikan berkaitan dengan niche bisnes anda kat Microsoft Word dan copy penulisan anda tu. Lepas tu anda paste dalam Lumen5 ni dan tekan ‘Go’. Kalau ada masalah anda copy dan paste link URL blog post tapi Lumen5 tak detect penulisan anda, anda kena copy keseluruhan artikel tu secara manual dan pastekan macam tadi.

 

Sebagai contoh, saya akan ambil artikel yang saya pernah buat sebelum ni iaitu 6 Tips Berniaga Guna Instagram. Saya pastekan linknya dan klik ‘Go’.

 

 

Haaa, kat sini tempat anda tukarkan artikel anda kepada video. Kat bahagian sebelah kiri adalah penulisan artikel dari blog post atau yang anda copy paste dari Microsoft Word. Kat sebelah kanan tu slideshow video anda. Caranya macam ni…

 

  1. Anda klik mana-mana ayat dalam pemulisan anda tu yang anda nak masukkan dalam video. Setiap ayat yang anda klik, akan hasilkan satu slideshow. Dan ia akan guna gambar yang random. Anda boleh edit ayat yang anda pilih tu untuk sesuaikan dalam video.
  2. Klik pada tab ‘Media’ untuk pilih gambar atau video sedia ada sebagai background slideshow video anda. Anda jugak boleh upload gambar atau video sendiri.
  3. Klik pada tab ‘Music’ untuk pilih background musik untuk video anda.
  4. Anda boleh ubah warna tulisan dan tambah logo pada dalam tab ‘Style’.
  5. Bila dah siap semua slideshow, klik butang ‘Preview’ untuk tengok dulu hasil video anda. Bila dah puas hati, klik butang ‘Render’. Video anda akan diproses. Tunggu sampai siap.

 

 

Kalau video tu dah siap diproses, nanti dia akan tulis ‘Done!’ macam kat gambar atas ni. Anda klik pada ‘View Video’.

 

 

Haaa…sekarang anda boleh download video yang dah siap tu. Klik ‘Download video’ untuk save ke komputer anda dan upload balik ke sosial media yang lain nanti. Senang kan?

 

Kesimpulan Tool Percuma Hasilkan Content Untuk Media Sosial

 

3 tool percuma hasilkan content untuk media sosial yang saya tunjukkan pada anda ni betul-betul dapat bantu anda untuk meriahkan media sosial anda tu dengan content contohnya FB page atau Instagram. Kadang-kadang kita ni tak ada idea nak masukkan content apa ataupun idea kita tu sikit-sikit jer, tak mampu nak buat satu artikel dekat blog.

 

Jadi, dengan idea anda yang sikit-sikit tu, anda boleh buat meme atau gifs. Untuk buat video berinformasi guna Lumen5 tu, kalau anda tak ada blog post, anda boleh mula baca sikit artikel-artikel kat internet berkaitan bisnes anda dan catatkan point-point penting. Dari point-point tu, anda buat ayat untuk masukkan dalam Lumen5.

 

Okay, apa pendapat anda dengan 3 tool percuma hasilkan content untuk sosial media ni? Saya harap artikel ni dapat bagi manfaat pada anda. Ada tak tool-tool percuma yang lain ataupun mungkin yang murah tapi power yang anda sendiri gunakan? Kalau anda nak rekemenkan tool-tool yang lain untuk variasikan jenis-jenis content kita kat media sosial, kongsikan kat bahagian komen ye! Woot woot!

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

2 Comments

2 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 Tool Percuma Hasilkan Content Untuk Media S…

by admin time to read: 6 min
2