4 Idea Bisnes Modal Kecil Yang Anda Boleh Buat Secara Online

April 10, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Anda dah ada bisnes online sendiri? Satu usaha untuk jana pendapatan sampingan secara online. Ada dah? Bisnes ni bukannya kena ada syarikat besar-besar dan jenama yang terkenal jer. Bisnes ni cuma aktiviti berjual beli.

 

Kita tawarkan pada orang sesuatu yang orang minat atau perlukan dan diorang sanggup bayar untuk dapatkan apa yang kita jual tu. Daripada transaksi jual beli tu kita dapat untung untuk tampung kehidupan kita. Semua orang boleh buat.

 

Kalau anda belum buat apa-apa bisnes online lagi, tak apa. Mungkin anda berminat nak ada satu bisnes online sebelum ni, tapi tak tahu nak buat apa. Dalam artikel ni saya nak bagi anda 4 idea bisnes modal kecil yang anda boleh buat secara online. Jom layan!

 

Buat Bisnes Dropship! – Idea Bisnes Modal Kecil Yang Anda Boleh Buat Secara Online

 

Idea bisnes modal kecil yang pertama ialah buat bisnes dropship. Buat bisnes secara dropship memang tak dapat disangkal lagi adalah cara yang terbaik kalau anda nak mula buat bisnes online. Okay, kenapa bisnes dropship? Dalam bisnes secara dropship, anda adalah ‘orang tengah’ atau wakil jualan dalam perniagaan.

 

 

Orang yang buat bisnes secara dropship ni dipanggil agen dropship. Agen dropship ni fokusnya hanya satu jer iaitu mempromosikan sesuatu produk. Produk tu pulak bukan kita punya, tapi orang lain punya iaitu pemilik produk.

 

Kebiasaannya pemilik produk ni orang yang buat produk sendiri ataupun diorang beli dulu sesuatu produk secara borong dari luar negara dan bawa masuk ke Malaysia. Kita kena buat ‘deal’ dan dapatkan kebenaran pemilik produk dulu untuk promosikan barang diorang.

 

Kalau anda buat bisnes secara dropship, anda tak perlu keluarkan modal pun untuk beli dulu apa-apa barang untuk dijual. Anda jugak tak perlu pun susah-susah fikir pasal proses nak hantar barang pada pelanggan sebab semua tu pemilik produk yang buat. Anda hanya promosi dan buat jualan.

 

Apa yang anda perlu hanyalah sebuah komputer, internet, platform untuk menjual seperti Facebook, Instagram atau  kedai online e-Commerce dan ilmu asas pemasaran bagaimana nak menjual secara online.

 

Kami kat Shopievo.com memang fokus pada mengajar orang memulakan bisnes online dropship melalui kedai online e-Commerce. Kalau anda berminat nak belajar satu sistem bisnes online dropship yang lengkap, anda boleh join group kami Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce.

 

Design Dan Jual T-shirt ‘Print On Demand’! – Idea Bisnes Modal Kecil Yang Anda Boleh Buat Secara Online

 

Idea bisnes modal kecil seterusnya yang anda boleh buat secara online ialah bisnes print-on-demand. Bisnes print-on-demand ni lebih kurang sama macam bisnes dropship. Anda tak perlu keluar modal untuk beli produk dan tak perlu buat penghantaran produk pada pelanggan. Supplier produk jugak yang uruskan.

 

Bezanya ialah, bisnes print-on-demand ni kita kena buat design sendiri untuk sesuatu produk ‘kosong’ yang dibekalkan oleh supplier. Kebiasaannya, produk yang ada untuk bisnes print-on-demand ni ialah t-shirt, baju sejuk, cawan putih, topi, casing fon dan bag bergantung pada supplier tu.

 

Salah satu supplier bisnes print on demand kat Malaysia ni ialah Printcious. Anda boleh pergi ke laman web printcious.com/my.

 

 

Walaupun anda tak ada skill design, anda masih boleh buat bisnes print on demand ni. Anda boleh upah kengkawan atau keluarga anda yang pandai buat design. Tapi kalau setakat design yang simple-simple jer, apa kata anda try guna tool percuma untuk buat design, Canva.com.

 

Untuk tahu lebih lanjut pasal bisnes print-on-demand dengan Printcious.com/my ni, anda boleh baca di bahagian ‘Dealer Program’ kat laman web tu. Ataupun anda boleh join Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce dan tanya lebih lanjut pasal bisnes print-on-demand ni kat dalam group FB.

 

Promosikan e-Book Di KlikJer.com! – Idea Bisnes Modal Kecil Yang Anda Boleh Buat Secara Online

 

Ada dua cara anda boleh duit secara online melalui laman web KlikJer.com, jadi agen affiliate atau tulis sendiri e-Book untuk diterbitkan.

 

 

Agen affiliate juga adalah wakil jualan. Anda hanya perlu promosikan e-Book yang terdapat di laman web KlikJer.com. Kalau ada orang yang beli e-Book tu melalui link yang anda promosikan, anda akan dibayar komisyen sehingga 70% daripada harga e-Book tu. Pendaftaran sebagai agen affiliate pun percuma jer.

 

Cara kedua ialah anda sendiri yang hasilkan e-Book info yang menarik. Mungkin anda ada ilmu yang boleh dikongsikan pada orang. Pihak KlikJer.com akan uruskan segala urusan penerbitan dan penjualan. Anda hanya perlu tunggu jer duit royalti masuk ke akaun anda setiap bulan.

 

Buat Servis Guna Kemahiran Anda! – Idea Bisnes Modal Kecil Yang Anda Boleh Buat Secara Online

 

Anda ada kemahiran atau skill yang kebanyakan orang tak ada? Dengan kemahiran yang anda ada tu, anda tawarkan servis perkhidmatan pada orang. Sebagai contoh, kemahiran yang ada permintaan yang biasa kita tengok ialah grafik design, fotografi, buat video dan tulis artikel.

 

 

Ataupun anda ada kemahiran yang buat secara offline tapi boleh dipromosikan secara online. Sebagai contoh, kemahiran mengurut, potong rumput, baiki aircond dan bersihkan rumah. Anda boleh promosikan kemahiran anda tu kat FB dan Instagram supaya lebih ramai orang yang tahu pasal servis perkhidmatan anda tu.

 

Jarang orang ada kemahiran-kemahiran tertentu ni, jadi orang sanggup bayar kalau anda ada kemahiran yang dapat selesaikan masalah orang lain, huhu.

 

Kesimpulan Idea Bisnes Modal Kecil Yang Anda Boleh Buat Secara Online

 

Salah satu cabaran kebanyakan orang untuk mulakan sesuatu bisnes ialah modal kewangan. Tapi tak semestinya kita tak ada modal yang banyak tak boleh mula buat bisnes. Sebab itulah seeloknya kita mula usahakan bisnes dengan modal yang kecil.

 

Kenapa seeloknya kita mula buat bisnes dengan modal yang kecil? Untuk kurangkan risiko. Dalam perniagaan jugak ada risiko. Lebih-lebih lagi adat berniaga adalah untung dan rugi. Kadang-kadang banyak jualan masuk, kadang-kadang sikit. Kita hanya boleh teruskan usaha untuk dapatkan jualan yang konsisten jer.

 

Lagi satu, kita boleh mula cepat buat bisnes dengan modal kecil. Kalau nak buat bisnes dengan modal besar sebagai contoh bukak kedai makan, kita kena kumpul dulu duit banyak-banyak. Tapi tak tahu bila terkumpulnya duit tu sebab ada jer nak guna duit untuk benda lain, huhu.

 

Jadi, 4 idea bisnes modal kecil yang saya dah tunjukkan kat anda dalam artikel ni sangat-sangat sesuai untuk anda mulakan sebagai satu usaha bisnes secara online untuk jana pendapatan sampingan.

 

Okay, cukup sampai sini dulu untuk artikel ni. Jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot! Cer tulis sikit ‘woot woot!’ kat bahagian komen XD.

 



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

Manfaat IM Lejen Untuk Usahawan e-Commerce (PART 2)

Manfaat IM Lejen Untuk Usahawan e-Commerce (PART 2)

Hai dan salam! Artikel ni sebenarnya ialah sambungan untuk artikel bertajuk ‘Bagaimana IM Lejen Membantu Anda Dalam Bisnes e-Commerce?'’ yang lepas. Cuma tajuknya saya terpaksa ubah kali ni sebab tajuk yang asal tu panjang sangat lebih-lebih lagi bila saya nak tambah...

Kriteria Produk Yang Berpotensi Dapat Repeat Order (Part 2)

Kriteria Produk Yang Berpotensi Dapat Repeat Order (Part 2)

[Ini adalah sambungan artikel untuk Kriteria Produk Yang Berpotensi Dapat Repeat Order (Part 1)] Dalam artikel sebelum ni, saya sempat kongsikan 4 kriteria produk yang berpotensi dapat repeat order. 4 kriteria tersebut ialah produk jenis keperluan, produk jenis...

3 Comments

3 Comments

  1. Suri Yanti

    terima kasih admin sudi berkongsi idea
    rara bersalah pulak saya jika tak ucap terima kasih
    kerana membacanya secara percuma.. moga kebajikan berpanjangan…amin.aminn

    Reply
    • admin

      Amin! Terima kasih sis. Kami pun lebih semangat nak tulis artikel lagi bila dapat respon macam ni 🙂 Terima kasih.

      Reply
  2. mas ayra

    Tq admin ats perkogsian yg bermanfaat..moga dihalalkn segala ilmu🙂

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 Idea Bisnes Modal Kecil Yang Anda Boleh Bua…

by admin time to read: 4 min
3