Hai dan salam! Artikel ni sebenarnya ialah sambungan untuk artikel bertajuk ‘Bagaimana IM Lejen Membantu Anda Dalam Bisnes e-Commerce?‘’ yang lepas. Cuma tajuknya saya terpaksa ubah kali ni sebab tajuk yang asal tu panjang sangat lebih-lebih lagi bila saya nak tambah perkataan ‘PART 2’ kat hujung, huhu. Tapi masih lagi membawa maksud yang sama.
.
Seperti yang kita dah tahu, IM Lejen ialah satu kelas online dan komuniti untuk usahawan online tak kira samaada yang menjual produk fizikal, digital ataupun servis. Matlamat utama IM Lejen adalah untuk tingkatkan ilmu dan kemahiran usahawan online Malaysia supaya dapat bangunkan bisnes serta kembangkan secara stabil, kukuh dan menguntungkan.
.
Cumanya, untuk siri artikel yang saya tulis ni…saya nak fokuskan kepada macam mana IM Lejen ni boleh bantu anda khusus dalam bisnes e-Commerce. Sebab kita dalam komuniti Geng Shopievo sendiri adalah usahawan e-Commerce yang menjual produk fizikal secara dropship melalui kedai online.
.
Kemungkinan ada antara kita yang bertanya “perlu ke?” atau “berlaloi tak aku join IM Lejen dengan langganan harga RM49 sebulan ni?”. Sebab ada antara kita yang dah join komuniti Geng Shopievo atau Superbstar Shopievo dan video panduan dari Shopievo tu rasa dah cukup lengkap dah untuk buat bisnes e-Commerce.
.
Kiranya, saya nak buat ‘walkthrough’ content yang ada dalam IM Lejen ni dan bagitahu anda added value yang anda akan dapat sebagai seorang usahawan e-Commerce. Saya akan tunjukkan macam mana 5 kategori modul dalam IM Lejen dapat bantu anda dalam bisnes e-Commerce.
.
Dalam artikel yang lepas, saya dah tunjukkan manfaat yang anda boleh dapat dari modul Video Panduan Pembangunan Bisnes Online dan Tool & Software Untuk Kegunaan Bisnes Online. Dalam artikel ni, saya akan tunjukkan manfat yang anda boleh dapat dari 3 lagi modul modul dalam IM Lejen iaitu Special Deals, Resources dan Live Webinar & FB Live. Jom layan…
.
IM Lejen Special Deals Untuk Produk Dari Sifu Bisnes Online Yang Lain
.
Apa yang ada kat dalam kategori IM Lejen Special Deals ni? Pihak IM Lejen akan reach out ke owners produk lain yang mempunyai produk hebat yang sudah dilancarkan atau baru dilancarkan. Anda sebagai ahli IM Lejen akan dapat diskaun yang khusus diberikan untuk ahli IM Lejen sahaja. Memang tak dapat kat tempat lain.
.
Sebagai contoh, setakat ni ada 3 produk digital dari produk owner lain yang ada kat dalam kategori IM Lejen Special Deals ni. Ahli IM Lejen boleh dapat 30% diskaun untuk ketiga-tiga produk digital ni. Namun begitu, pada pandangan saya hanya 2 daripadanya yang boleh bagi manfaat untuk bisnes e-Commerce anda iaitu Viral Traffic Builder dan Panduan Borong Jepun.
.
.
Resources Lain Yang Anda Perlukan Untuk Bisnes Online
.

.
Apa kandungan yang terdapat dalam kategori ‘Resources’ ni? Setakat ni, ada 3 sub-kategori dibawah kategori Resources iaitu Produk PLR, Templates & Plugin dan Case Study & Report. Dan soaan yang penting, apa kandungan yang boleh bagi manfaat untuk bisnes e-Commerce?
.
Melihat dari sudut sebagai usahawan e-Commerce, bagi saya kandungan yang terdapat dalam kategori Resources ni secara umumnya adalah untuk usahawan yang buat bisnes online affiliate sahaja dan setakat ni belum lagi ada kandungan yang boleh bagi manfaat untuk bisnes e-Commerce. Kenapa saya ‘cakap belum’ lagi dan bukannya ‘tak ada langsung’?
.
Sebab, content dalam IM Lejen ni akan dipublish secara ‘drip’. Maksudnya, content akan dipublish secara berfasa setiap 2 minggu. Jadi, kemungkinan kandungan yang boleh bagi manfaat untuk bisnes e-Commerce akan ditambah pada masa akan datang.
.
IM LEJEN – LIVE! Bersama Sifu-Sifu Jemputan
.

.
Apa kandungan yang terdapat dalam kategori ‘IM Lejen – Live!’ ni? Setakat ni, ada 3 sub-kategori dibawah kategori IM Lejen – Live! iaitu Training Live, Interview Bersama Expert dan Sharing Dari Rashvin. Soalan yang penting ialah, apa kandungan yang boleh bagi manfaat untuk bisnes e-Commerce?
.
Setakat ni, kandungan yang dah ada dalam IM Lejen – Live! Ni ialah sesi interview bersama Founder Shopievo iaitu bos Wazeen Azizan dan beberapa sharing berkaitan bisnes online dari bos Rashvin. Bagi saya, sesi interview dan sharing tersebut lebih kepada perkongsian bermanfaat untuk usahawan online secara keseluruhannya dan tak spesifik untuk usahawan e-Commerce sahaja.
.
Kesimpulan Manfaat IM Lejen Untuk Usahawan e-Commerce
.
Okay, cukup sampai setakat ni dulu siri artikel Manfaat IM Lejen Untuk Usahawan e-Commerce. Saya dah pun selesai buat buat ‘walkthrough’ content yang ada dalam IM Lejen ni dan bagitahu anda added value yang anda akan dapat sebagai seorang usahawan e-Commerce. Saya dah tunjukkan kat anda samaada 5 kategori modul dalam IM Lejen tu dapat bantu anda dalam bisnes e-Commerce ataupun tak.
.
Semoga dengan siri artikel ni, dapat bantu anda buat keputusan samaada berbaloi ke tak nak join IM Lejen dengan langganan harga RM49 sebulan ni. Cumanya, dengan harga RM49 yang anda boleh cancel pada bila-bila masa tu, bagi saya tak rugi kalau anda join untuk sebulan dulu dan nilai sendiri manfaat yang anda boleh dapat kalau jadi ahli IM Lejen. Woot woot!
0 Comments