Hai! Lama dulu, saya pernah kongsikan 2 langkah mudah buat kajian pasaran bisnes online. Tool saya gunakan ialah Ubersuggest dan Google Trend. Kedua-duanya boleh digunakan secara percuma. Masa tu, Ubersuggest masih lagi dalam versi 2.0 (kedua). Sekarang, Ubersuggest dah pun upgrade ke versi Ubersuggest 3.0 (ketiga). Ada beberapa fungsi baru yang kita boleh gunakan.
.
Ubersuggest boleh bantu anda dapatkan idea baru dalam perancangan bisnes anda yang anda sendiri tak pernah fikirkan sebelum ini. Ia jugak boleh tunjukkan berapa banyak search volume setiap bulan untuk sesuatu keyword idea bisnes yang kita nak buat. Dengan cara ni, anda boleh tahu pasaran orang yang mencari produk atau servis dalam niche bisnes yang anda nak pilih.
.

.
Dulu, Ubersuggest 2.0 hanya ada fungsi kajian pasaran melalui keyword. Bila kita masukkan sesuatu keyword, kita akan dapat lagi banyak idea keyword yang lain dan idea untuk content marketing. Tapi bila kita masukkan URL sesebuah laman web, tak ada apa-apa data.
.
Itu dulu. Sekarang, anda boleh buat kajian pasaran melalui URL laman web atau link nama domain. Ini bermaksud, kita jugak boleh buat kajian terhadap laman web pesaing kita. Jadi, dalam artikel ni saya nak tunjukkan beberapa fungsi baru Ubersugest 3.0 yang anda boleh gunakan. Jom layan!
.
Traffic Analyzer – Cara Buat Kajian Pasaran Dan Pesaing Guna Ubersuggest 3.0
.
Traffic Analyzer dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Keyword Overview atau Domain Overview, Top SEO Pages dan Top SEO Keywords. Lepas anda masukkan sesuatu keyword atau link URL mana-mana laman web, anda akan dapat data macam ni…
.

.
Bahagian pertama akan berikan anda beberapa data dan graf berkaitan keyword atau link URL yang anda masukkan. Gambar kat bawah menunjukkan data berkaitan link URL ‘neilpatel.com’…
.

.
Seperti yang anda dapat tengok, anda akan nampak jumlah Organic Keywords, Organic Traffic, Paid Keywords dan Paid Ad Cost untuk domain tersebut. Tambahan lagi, anda dapat tengok graf trafik yang menunjukkan jumlah trafik carian organik untuk domain tersebut.
.
Dan anda perlu tahu jugak, Ubersuggest 3.0 membaca domain dan sub-domain sebagai dua laman web yang berbeza. Sebagai contoh, kalau anda masukkan link URL store.shopievo.com, anda kan dapat data yang berbeza berbanding anda masukkan link shopievo.com…
.
Top SEO Pages – Cara Buat Kajian Pasaran Dan Pesaing Guna Ubersuggest 3.0
.
Bahagian kedua dalam Traffic Analyzer iaitu Top SEO Pages menunjukkan senarai artikel yang paling popular untuk sesuatu keyword atau link URL mana-mana laman web…
.

.
Untuk setiap page, post atau artikel tersebut, anda dapat tengok tajuk, link URL, jumlah trafik yang lawat page, post atau artikel tersebut setiap bulan dan jumlah page, post atau artikel tersebut dikongsikan. Yang menarik di bahagian Top SEO Pages ialah apabila anda klik pada butang ‘View All’, anda akan dapat tengok senarai keyword yang dirank untuk page, post atau artikel tersebut.
.

.
Ia bukan sahaja tunjukkan senarai keyword yang dirank untuk page, post atau artikel tersebut tapi jugak kedudukan kat Google, jumlah trafik dan tahap cabaran untuk rank di Google dengan keyword tersebut. Dengan cara ni, anda dapat kaji pesaing dan hasilkan content laman web yang lebih baik dari pesaing anda.
.
Top Keywords – Cara Buat Kajian Pasaran Dan Pesaing Guna Ubesuggest 3.0
.
Bahagian terakhir yang terdapat pada Ubersuggest 3.0 ialah Top Keywords. Kalau anda masukkan link URL laman web pesaing anda, anda dapat tengok semua senarai keyword yang dirank oleh laman web tersebut.
.

.
Ia bukan sahaja tunjukkan senarai keyword yang dirank oleh laman web tersebut tapi jugak kedudukan kat Google, jumlah trafik dan tahap cabaran untuk rank di Google dengan keyword tersebut. Dengan cara ni, anda dapat kaji pesaing dan hasilkan content laman web yang lebih baik dari pesaing anda.
.
Kesimpulan Buat Kajian Pasaran Dan Pesaing Guna Ubersuggest 3.0
.
Okay, itu sahaja beberapa fungsi baru yang terdapat pada Ubersuggest 3.0. Penambahbaikan paling ketara yang kita dapat tengok ialah fungsi memasukkan link URL sesebuah laman web dan mendapatkan data untuk laman web tersebut. Semoga artikel ni dapat bantu anda untuk buat kajian pasaran dan pesaing untuk bisnes anda nanti. Woot woot!
Если компания хорошо представлена на всех этапах поиска клиента,
он не изменит выбор.
SEM – Search Engine Marketing или Поисковый Маркетинг – раздел маркетинга, отвечающий за привлечение
аудитории или продвижение товара
или услуги в помощью поисковых систем.
If some onee desires expert ѵiew гegarding blogging аnd site-building after that і advise him/her to visit tһis
webpage, Keep ᥙр the fastiidious job.
Feel free tо visit mү website australian online gambling sites
I am a student of BAK College. The recent paper competition gave me a lot of headaches, and I checked a lot of information. Finally, after reading your article, it suddenly dawned on me that I can still have such an idea. grateful. But I still have some questions, hope you can help me.