Alhamdulillah, saya boleh cakap penulisan artikel kat Shopievo.com ni dapat saya laksanakan dengan agak baik untuk 3 bulan pertama dalam tahun 2019 ni. Sebab saya dah realisasikan perancangan saya untuk buat satu siri artikel macam diari di mana saya dokumenkan langkah-langkah yang saya buat untuk mula dan bina satu bisnes dropship e-Commerce.
.
Saya namakan siri artikel tu ‘E-Com Log’. Dalam E-Com Log 1, saya menulis pasal mindset buat bisnes dropship e-Commerce. Dalam E-Com Log 2, saya menulis pasal proses buat buat bisnes dropship e-Commerce. Saya berkongsi langkah-langkah kajian dan pemilihan niche dalam E-Com Log 3 dan dah pun sampai ke fasa kajian dan pemilihan produk hot dalam E-Com Log 4.
.
Ada banyak proses dan task yang kita perlu selesaikan. Saya tahu, dalam mengusahakan bisnes dropship e-Commerce, kadang-kadang kita akan rasa nak putus asa bila fikirkan banyak proses dan task yang kita kena buat. Kesemuanya merangkumi banyak cabang ilmu dalam bisnes online. Contohnya, pilih niche, pilih produk, cari supplier, buat kedai online, buat FB page, validate produk, buat iklan dan sebagainya. Tambahan lagi, kebiasaannya usahawan e-Commerce akan buat semua benda ni sendiri.
.
Bila kita fikirkan pasal semua proses dan task yang nak kena buat ni, kita akan rasa stress, burn out dan mula rasa ragu-ragu samaada kita mampu buat ataupun tak. Lepas tu datang lagi fikiran negatif mempersoalkan samaada kita usahakan benda yang betul atau samaada bisnes yang kita nak usahakan ni boleh datangkan hasil ataupun tak. Ini perkara biasa yang berlaku kat usahawan e-Commerce dan boleh buatkan kita rasa nak putus asa.
.
Jadi, dalam artikel ni saya nak kongsikan beberapa cara untuk naikkan semangat anda balik kalau anda berdepan dengan perasaan ragu-ragu dan rasa nak putus asa sepanjang mengusahakan bisnes dropship e-Commerce supaya anda dapat elakkan diri jadi orang berputus asa kat tengah jalan ataupun berputus asa lepas gagal dua tiga kali. Jom layan!
.
Anda Tak Perlu Buat Semua Hari Ini!
.
Ada 13 video panduan Geng Shopievo 1 Usahawan 1 e-Commerce. Nak habiskan tengok semua video pun memakan masa. Itu baru video panduan, belum lagi benda teknikal yang anda sendiri kena take action ikut dan buat. Lagi memakan masa untuk anda selesaikan semuanya.
.
Saya tahu, anda pun nak berjaya macam orang lain yang dah berjaya dalam bisnes dropship e-Commerce. Malah, anda tak sabar untuk dapat hasil macam orang lain dapat. Mungkin sebab tu anda ‘push’ diri anda untuk fokus cepatkan belajar dan take action. Semangat dan motivasi tu bagus. Cumanya kalau keterlaluan, anda akan terlupa nak bagi masa untuk recharge balik tenaga minda anda.
.
Kita semua perlukan rehat untuk recharge dan lapangkan minda. Jadi, cara terbaik adalah buat jadual kerja yang sesuai dengan kemampuan anda. Jangan lupa bagi masa untuk berehat dan buat aktiviti yang anda enjoy! Main game, keluar tengok movie, have fun! Anda tak perlu buat semua kerja hari ni.
.
Ingat, Less Is More!
.
Salah satu punca yang boleh buatkan anda stress, burn out dan rasa nak putus asa adalah bila anda selalu rasa nak buat lebih dari apa yang sepatutnya anda perlu buat. Bila nak buat lebih, kerja pun bertambah. Daripada bermula dengan menambah 5 ke 10 produk dalam kedai online, anda pilih untuk tambah 100. Anda jugak pilih untuk buat semua teknik pemasaran serentak daripada fokus bermula dengan satu.
.
Tengok balik semua benda yang anda rasa nak buat dan bandingkan dengan masa dan kemampuan anda. Jujur dengan diri, berapa banyak sebenarya yang anda mampu buat sendiri? Berikut contoh beberapa perkara yang anda boleh buat secara simple;
- Pilih 3 niche untuk permulaan, 1 niche utama dan 2 lagi sebagai back up plan.
- Masukkan hanya 5-10 produk dalam kedai online anda untuk permulaan.
- Fokuskan pada hanya pada 1 sumber supplier sahaja. Contohnya, cari supplier dari Taobao.com sahaja.
- Fokuskan pada 1 teknik pemasaran yan terbukti berkesan. Contohnya, FB Ads atau Instagram Ads.
.
Jangan Takut Untuk Gagal!
.
Takut dengan kegagalan boleh buat anda ragu-ragu untuk teruskan usaha dan rasa nak putus asa. Mungkin anda target nak buat jualan daripada setiap iklan FB Ads yang anda buat. Tapi setiap kali anda check dashboard kedai online anda, masih tak ada jualan. Baru usaha dua tiga kali, anda rasa tak ada harapan nak berjaya. Anda memang tak akan berjaya kalau anda dah letak mindset yang anda tak akan berjaya dari awal.
.
Anda perlu tahu, apa sahaja usaha yang anda buat akan bawa anda lebih dekat dengan kejayaan. Ada tak orang like, komen dan share iklan anda? Ada? Okay, teruskan lagi usaha dengan konsisten. Ada tak orang klik iklan anda dan masuk ke kedai online anda? Tak ada? Okay, cuba perbaiki ayat iklan, gambar atau video. Orang yang dah berjaya dah tunjukkan jalan melalui video panduan, anda hanya perlu try and error sampai jumpa formula yang betul untuk bisnes anda.
.
Tak ada siapa yang berjaya dalam satu malam. Kalau anda gagal hari ni, just let go dan move on! Sebab anda sebenarnya dah jauh kehadapan dari orang yang tak nak berusaha langsung ataupun orang dah berputus asa!
.
Ingat Balik Matlamat Anda!
.
Yang terakhir, kalaulah lepas ni anda ada rasa nak putus asa, tengok balik matlamat dan big why anda kenapa anda nak mulakan satu bisnes sebelum ni. Kita semua ada sebab sendiri nak mulakan bisnes. Tuliskan matlamat dan big why anda supaya anda tak mudah lupa. Ingatkan diri bahawa matlamat anda lebih besar daripada semua perasaan negatif yang anda hadapi.
.
Saya pernah tulis satu artikel kenapa kita perlu sentiasa berusaha push diri kita untuk cari duit lebih, stabilkan kewangan dan tak boleh senang-senang berputus asa. Artikel tu jugak akan bagi anda sebab yang kukuh untuk berusaha menjadi seorang usahawan yang kaya dan berjaya.
.
Okay itu sahaja 4 cara yang sempat saya kongsikan pada anda untuk naikkan balik semangat anda dari perasaan nak putus asa. Semoga artikel ni dapat bantu anda elakkan diri jadi orang yang berputus asa kat tengah jalan ataupun berputus asa lepas gagal baru dua tiga kali. Woot woot!
0 Comments