.
Hari ni, ramai orang yang dah boleh mula buat bisnes online dengan cara dropship atau pre-order sahaja. Sebab, inilah model bisnes yang paling mudah untuk mula tanpa perlu keluarkan modal besar beli stok produk. Promote dulu, ambil order, lepas tu baru beli dari supplier.
.
Semua orang yang mulakan bisnes dropship ada impian, cita-cita dan semangat yang tinggi. Tapi untuk tengok bisnes berjaya, bukan sekadar semangat sahaja yang diperlukan. Anda perlu sertakan dengan usaha. Usaha promosikan produk anda, mencari pelanggan baru dan tingkatkan jualan daripada pelanggan sedia ada.
.
Macam perniagaan lain jugak, dalam bisnes dropship pun ada perkara-perkara yang perlu dielakkan supaya tak menjadi punca yang akan menyekat perkembangan bisnes kita. Jadi dalam artikel ni, saya nak kongsikan 5 kesilapan yang perlu dielakkan ketika memulakan perniagaan dropship. Jom layan!
.
Buat Bisnes Dropship Tanpa Ilmu! – Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Ketika Memulakan Perniagaan Dropship!
.
Kalau anda pernah baca penulisan saya berkaitan komponen penting dalam proses buat bisnes online, benda pertama yang saya tekankan adalah ilmu. Sebelum memulakan sesuatu bisnes online, kita kena ada ilmu. Tindakan tanpa ilmu adalah sia-sia. Sebabnya, ibarat kita nak mencari jalan dan cuba explore sesuatu yang baru. Ini akan membazirkan masa dan tenaga kita.
.
Cara terbaik dalam memulakan bisnes dropship adalah dengan belajar ilmu daripada usahawan dropship yang lain yang dah buat dah dah berjaya buat. Untuk buat bisnes dropship, anda boleh belajar langkah demi langkah melalui video panduan Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce. Dalam video panduan Geng Shopievo tu jugak, anda akan belajar secara lebih terperinci konsep buat bisnes dropship dan bagaimana agen dropship membuat keuntungan daripada bisnes dropship.
.
Tak Tahu Siapa Bakal Pelanggan! – Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Ketika Memulakan Perniagaan Dropship!
.
Ini jugak adalah salah satu kesilapan yang kritikal dalam memulakan bisnes dropship. Kebanyakan usahawan cuba menjual terlalu banyak jenis produk kepada terlalu banyak jenis audience. Anda tak betul-betul jelas siapa bakal pelanggan anda. Apa jantina diorang? Berapa anggaran umur diorang? Kat mana diorang tinggal? Apa minat atau hobi diorang?
.
Cuba anda tengok 2 laman web supplier untuk bisnes dropship yang biasa orang guna iaitu Aliexpress.com atau Kumoten.com. Terlalu banyak jenis produk dalam pelbagai jenis kategori. Semua tu produk yang kita boleh jual, rambang mata nak pilih. Sampaikan tak tahu nak pilih mana satu. Kat sini fungsinya ada niche dalam bisnes dropship.
.
Niche dapat membantu anda untuk lebih fokus menjual produk-produk dalam satu topik atau minat yang lebih spesifik dengan audience yang lebih spesifik. Jadi, pastikan anda pilih dan fokus pada satu niche! Untuk permulaan, anda boleh pilih niche berdasarkan hobi anda sendiri.
.
Pilih Produk Ikut Syok Sendiri! – Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Ketika Memulakan Perniagaan Dropship!
.
Kebiasannya, ketika mencari produk untuk dijual, sesetengah usahawan akan pilih produk yang diorang suka ikut syok sendiri dan tak pilih produk yang ada permintaan. Kalau anda main pilih jer produk yang anda ‘rasa’ nak jual tapi sebenarnya tak hot atau tak ada permintaan, ia akan buatkan anda kehabisan banyak duit pada proses pemasaran berbayar seperti FB Ads atau Instagram Ads nanti. Sebab tu lah anda kena tahu dulu kriteria produk hot yang kita perlukan untuk bisnes dropship.
.
Tak Fokus 1 Saluran Pemasaran! – Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Ketika Memulakan Perniagaan Dropship!
.
Salah satu kesilapan usahawan yang nak mulakan bisnes dropship ialah tak fokus pada 1 saluran pemasaran tertentu. Sebagai contoh, FB Ads, Instagram Ads, Google Ads, Messenger Marketing dan sebagainya. Untuk permulaan, anda tak perlu tahu semua teknik dan strategi pemasaran tersebut. Cukup sekadar anda menguasai 1 sahaja dan fokus.
.
Setiap saluran pemasaran ada teknik dan strategi yang berbeza untuk anda belajar dan hadam. Belajar jer dah memakan masa, belum lagi nak take action. Bayangkan pulak kalau anda nak tahu semua benda. Kat sini jer anda akan membazir banyak masa belajar, belajar dan belajar sedangkan anda tak mula pun promosi dan buat jualan.
.
Tengok balik semua benda yang anda rasa nak buat dan bandingkan dengan masa dan kemampuan anda. Jujur dengan diri, berapa banyak sebenarnya yang anda mampu buat sendiri? Jadi, seeloknya fokus pada 1 sahaja saluran pemasaran dan kembangkan bila anda dah berjaya buat jualan nanti.
.
Tak Kumpul Database Bakal Pelanggan! – Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Ketika Memulakan Perniagaan Dropship!
.
Tugas utama seorang agen dropship adalah membuat promosi. Kita promosikan sesuatu produk milik supplier kepada audience tertentu. Kalau tak promosi, tak ada orang yang tahu apa yang kita jual. Kalau tak ada siapa yang tahu, kita tak ada peluang nak buat jualan. Jadi, kebanyakan kita buat pemasaran sebab nak orang lain nampak dan kalau boleh nak diorang buat pembelian masa tu jugak.
.
Mindset macam tu salah. Promosi sesuatu produk pada audience tertentu supaya diorang tahu kewujudan bisnes kita tu dah betul. Cuma, kita jangan mengharapkan jualan ‘instant’ dari teknik dan strategi pemasaran kita tu. Kita kena ubah sikit mindset. Lepas ni, mindset setiap teknik dan strategi pemasaran kita adalah untuk dapatkan database prospek seperti subcriber emel, nombor Whatsapp atau subscriber Messenger.
.
Jarang orang beli pada kali pertama diorang nampak iklan kita. Jadi, kat sinilah pentingnya database yang kita kumpul. Melalui database ni, kita boleh follow up prospek berkali-kali. Dengan mindset macam ni, kita sebenarnya buat pemasaran untuk dapatkan asset. Kita keluarkan duit buat FB Ads atau Instagram Ads untuk dapat asset yang jauh lebih bernilai.
.
Kesimpulan
.
Kalau anda baca, 5 kesilapan yang saya kongsikan tadi adalah kesilapan kecil tapi dapat berikan impak negatif yang besar pada pada bisnes dropship anda. Kesilapan tersebut adalah buat bisnes dropship tanpa ilmu, tak tahu siapa bakal pelanggan, pilih produk ikut syok sendiri, tak fokus 1 saluran pemasaran dan tak kumpul database bakal pelanggan.
.
Melalui artikel ni, saya dah kongsikan kesilapan-kesilapan yang anda perlu elakkan. Semoga ia jugak dapat bantu anda buat keputusan terbaik dan tindakan terbaik yang perlu diambil dari awal anda mengusahakan bisnes dropship. Okay, cukup setakat ni untuk artikel kali ni, jumpa lagi dalam artikel seterusnya, woot woot!
0 Comments