E-Com Log 4.2: Cara Cari Idea Produk Guna FB Search (PART 2)

April 4, 2019

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Artikel ni adalah sambungan daripada artikel e-Com Log 4.1 sebelum ni. Kita masih lagi dalam proses nak cari dan dapatkan idea produk hot untuk bisnes dropship e-Commerce. Dalam artikel sebelum ni, saya dah tunjukkan kat anda langkah demi langkah cara cari idea produk guna fungsi FB search.

.

Ada beberapa tab kat bahagian hasil carian FB search yang kita boleh pilih untuk tapis hasil carian FB search. Kita hanya akan gunakan tab Photos, Videos, Pages dan Marketplaces sahaja untuk cari idea produk. Sebelum ni saya dah tunjukkan cari idea produk melalui post bergambar kat bahagian tab Photos.

.

Sebeum ni kita dah dapat beberapa idea produk hot melalui post bergambar berkaitan produk yang dapat lebih 500 jumlah like, komen atau share. Dalam artikel ni, kita akan sambung belajar guna tab Videos, Pages dan Marketplaces pulak. Senang jer.

.

Gunakan Keyword Berkaitan Niche Anda!

.

Sama jugak, kita perlukan keyword untuk buat carian kat FB Search. Saya akan sambung menggunakan keyword yang saya guna dalam artikel sebelum ni iaitu ‘cat lovers free shipping’. Saya masukkan perkataan ‘free shipping’ sebab kebiasaannya, post-post berkaitan menjual produk ni ada offer ‘free shipping’. Anda boleh teruskan dengan keyword yang sesuai untuk niche anda dan tambah perkataan ‘free shipping’.

.

Search Keyword Menggunakan FB Search!

.

Langkah seterusnya, taip keyword kita tadi kat ruang FB Searchbar dan tekan search! Ini yang saya dapat lepas saya search keyword ‘cat lovers free shipping’…

.

.

Saya dapat banyak post-post kat FB berkaitan produk yang sesuai untuk pencinta kucing hasil carian menggunakan keyword ‘cat lovers free shipping’. Anda akan tengok post-post secara umum di bawah tab ‘All’. Kita boleh tapis hasil carian anda tu menggunakan beberapa tab yang lain. Kali ni, kita akan gunakan tab Videos, Pages dan Marketplaces pulak. Jom kita pergi ke tab Videos dulu.

.

Cari Idea Produk Melalui Post Video!

.

Lepas dah search keyword tadi, pergi ke tab ‘Videos’. Anda akan nampak senarai video berkaitan keyword anda. Daripada hsil carian saya, banyak video berkaitan produk yang sesuai untuk pencinta kucing. Kebanyakan post tersebut ada keyword ‘cat lovers’ ataupun ‘free shipping’…

.

.

Okay, macam mana kita nak cari idea produk hot melalui senarai video ni? Apa yang anda perlu buat ialah, bukak satu per satu post-post video berkaitan produk. Lagi baik kalau anda gunakan fungsi ‘Open Link In A New Tab’. Tekan ‘Right-Click’ pada video dan pilih ‘Open Link In A New Tab’.

.

Anda kena cari post video berkaitan produk yang dapat lebih 500 jumlah like, komen atau share. Kalau lebih sampai beribu-ribu lagi bagus. Terbukti produk tu hot kat FB! Berdasarkan pengalaman saya, kita tak boleh menilai permintaan sesuatu produk melalui jumlah Video Views sahaja sebab walaupun Video Views banyak, belum tentu video tu dapat reaction, komen dan share yang banyak jugak.

.

Jadi, kita kena kaji satu per satu post-post video berkaitan produk tersebut. Ini adalah contoh idea produk yang saya jumpa untuk keyword ‘cat lovers free shipping’ melalui post-post video…

.

.

.

Saya jumpa kasut design kucing dan stokin design kucing. Kasut design kucing dapat 9.2k reactions, 4.1k komen dan 4.8k shares! Stokin design kucing tu pulak dapat 736 reactions, 64 komen dan 121 shares! Sekarang saya dapat tambah 2 lagi idea produk untuk kedai online saya nanti iaitu kasut design kucing dan stokin design kucing. Ini adalah senarai idea produk saya setakat ni…

.

  • Cincin design kucing
  • Mug design kucing
  • Kasut design kucing
  • Stokin design kucing

.

Semuanya sesuai untuk pencinta kucing. Bila anda dah jumpa idea-idea produk yang hot, jangan lupa screenshot post tersebut termasuk jumlah reactions, komen dan share dan save ke laptop anda supaya anda tak payah susah-susah nak cari balik idea-idea tu nanti. Gambar screenshot tu jugak boleh kita gunakan sebagai rujukan untuk cari produk dan supplier nanti.

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

E-Com Log 4.2: Cara Cari Idea Produk Guna FB …

by admin time to read: 2 min
0