Cara Pilih Model Bisnes Online Yang Sesuai Dengan Diri

April 16, 2019

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



“Hmm…rasa nak buat bisnes online lah. Tengok orang lain buat macam masyukk jer. Tapi tak tau bisnes online apa yang sesuai untuk aku. Kang tersilap pulak pilih bisnes kalau main ikut-ikut orang lain. Macam mana nak buat keputusan pilih bisnes yang sesuai eh..?”

.

Memang betul bisnes online ni ada banyak cabang. Ada pelbagai model bisnes online. Untuk seseorang yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes online, mungkin tertanya-tertanya nak mula dari mana ataupun tak tahu nak mula buat bisnes apa. Jadi dalam artikel ni saya akan guide anda macam mana nak pilih model bisnes online yang sesuai dengan diri. Jom layan…

.

Buat Kajian Berkaitan Sesuatu Bisnes! – Cara Pilih Model Bisnes Online Yang Sesuai Dengan Diri

.

Sebelum anda mula beli mana-mana panduan bisnes online yang lalu kat newsfeed FB anda dan teringin jugak nak belajar sebab post tu nampak viral, saya sarankan anda buat kajian sikit berkaitan sesuatu bisnes, model bisnes online yang ada, model bisnes yang senang nak buat dan sebagainya. Ada banyak model bisnes yang popular. Ini antara senarai yang saya dapat fikirkan sekarang…

.

  • Bisnes Dropship Ecommerce (Jual produk fizikal melalui kedai online)
  • Bisnes Affiliate (Jual produk digital)
  • Bisnes Marketplace Tempatan (Jadi penjual kat Shopee, Lazada, 11street…)
  • Bisnes Marketplace International (Jadi penjual kat eBay, Amazon, Bonanza…)
  • Bisnes Instagram (Jual produk fizikal dan digital)
  • Jadi Personal Shopper beli barang dari luar negara (Caj servis pengurusan tempahan)
  • Buat servis perkhidmatan berdasarkan kemahiran yang ada (Freelance writer, graphic designer, video editor…)
  • Youtube Content Creator (Jana income melalui pengiklanan…)
  • Instagram Influencer (Jana income melalui pengiklanan…)

.

Senarai bisnes online tak terhad setakat itu sahaja. Anda mungkin akan jumpa banyak lagi yang lain kat Internet. Secara umumnya, kita menjual produk fizikal, menjual produk digital ataupun menawarkan servis perkhidmatan untuk memudahkan urusan orang lain.

.

Apa-apa pun, adalah baik sekiranya anda buat kajian terlebih dahulu berkaitan sesuatu model bisnes tersebut seperti proses, kelebihan, risiko, kemahiran yang diperlukan, tool yang diperlukan, modal yang diperlukan dan sebagainya supaya anda dapat gambaran apa yang anda akan lalui kalau mengusahakan bisnes tersebut.

.

Kenal Diri Sendiri Dapat Membantu Buat Keputusan! – Cara Pilih Model Bisnes Online Yang Sesuai Dengan Diri

.

Apa yang saya maksudkan dengan kenal diri sendiri ialah kenal dengan personaliti diri, kekuatan, kelemahan, potensi diri, kemahiran yang ada dan peluang-peluang yang ada kat sekeliling kita.

.

Setiap orang ada personaliti yang berbeza. Secara umumnya ada orang yang jenis extrovert dan ada orang yang jenis introvert. Daripada personaliti yang tersendiri, setiap orang ada kelebihan yang boleh diguna untuk bisnes online dan ada kekurangan yang mungkin menjadi penghalang.

.

Dengan lebih mengenali diri sendiri, anda dapat buat keputusan dengan lebih baik samaada nak teruskan buat sesuatu bisnes online atau tak. Sebagai contoh, kalau anda seorang yang introvert dan tak berapa berani menonjolkan diri, jadi Youtuber atau Instagram Influencer mungkin tak berapa sesuai untuk anda. Kalau anda nak tahu personaliti, kekuatan dan kelemahan diri, anda boleh cuba  jawab soalan kat laman web 16personalities.com.

.

Jadikan Pengalaman Sebagai panduan! – Cara Pilih Model Bisnes Online Yang Sesuai Dengan Diri

.

Mulakan dengan apa yang anda tahu. Mungkin anda ada kemahiran tertentu yang dapat selesaikan masalah orang lain. Anda hanya perlu promosikan secara online. Mungkin anda ada pengalaman berniaga kat sekolah, universiti atau tolong perniagaan mak ayah. Anda boleh cuba teruskan dan kembangkan secara online.

.

Tengok sekeliling anda. Ada tak apa-apa keperluan yang dapat memudahkan sesuatu proses atau adatak sesuatu kekurangan yang anda boleh perbaiki. Kalau ada, mungkin itu boleh jadi idea bisnes online anda.

.

Buat Apa Yang Anda Suka! – Cara Pilih Model Bisnes Online Yang Sesuai Dengan Diri

.

Kebanyakan orang memulakan sesuatu bisnes semata-mata sebab nak jadi kaya. Tapi anda tak boleh jadikan duit semata-mata sebagai motivasi untuk anda teruskan berbisnes. Anda jugak perlu buat apa yang anda suka, apa yang anda rasa enjoy nak buat. Itulah motivasi sebenar. Kalau anda tak suka apa yang anda buat, anda tak akan berjaya, suatu hari mental anda pasti letih dan mencari bisnes lain yang buat anda rasa betul-betul puas.

.

Buat Bisnes Yang Anda Mampu Nak Handle! – Cara Pilih Model Bisnes Online Yang Sesuai Dengan Diri

.

Apa-apa pun bisnes yang anda nak mulakan, ambil masa untuk sit down, fikir betul-betul untuk buat keputusan yang betul. Jangan ikut orang. Kalau anda bekerja makan gaji, jangan berhenti kerja semata-mata untuk mulakan bisnes. Jadikan bisnes online sebagai satu usaha sampingan dulu dan bagi komitmen dengan masa yang ada.

.

Bisnes yang menjadi kat orang lain, belum pasti menjadi untuk anda. Ataupun lebih tepat, bisnes yang orang lain mampu buat, belum tentu anda pun mampu buat disebabkan kemahiran yang berbeza. Okay, itu cukup setakat ni dulu untuk artikel kali ni, jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

Kenapa Group Support Penting Untuk Setiap Panduan Bisnes

Kenapa Group Support Penting Untuk Setiap Panduan Bisnes

Hai! Saya yakin kalau anda jugak adalah seorang usahawan online, mesti bersepah senarai group bisnes kat anda punya FB, Whatsapp ataupun Telegram, betul tak? Sampaikan kena off notification beberapa group sebab serabut sangat dapat macam-macam info dari pelbagai sudut...

Manfaat IM Lejen Untuk Usahawan e-Commerce (PART 2)

Manfaat IM Lejen Untuk Usahawan e-Commerce (PART 2)

Hai dan salam! Artikel ni sebenarnya ialah sambungan untuk artikel bertajuk ‘Bagaimana IM Lejen Membantu Anda Dalam Bisnes e-Commerce?'’ yang lepas. Cuma tajuknya saya terpaksa ubah kali ni sebab tajuk yang asal tu panjang sangat lebih-lebih lagi bila saya nak tambah...

3 Comments

3 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cara Pilih Model Bisnes Online Yang Sesuai De…

by admin time to read: 3 min
3