Proses pemilihan produk hot yang senang nak jual adalah proses yang sangat kritikal dalam journey bisnes anda. Kalau nak ikutkan hati, kita boleh je jual apa sahaja barang yang kita rasa kita nak jual, kan?
Kalau boleh semua barang yang tak guna kat rumah tu semua nak jual jugak daripada ke lori sampah perginya, huhu.
“Hmm…iollss suka lah dengan perfume ni. Nak try jual lah!” Apa yang kita suka tu, kita ‘rasa’ orang pun suka jugak. Tak mungkin kan, apa yang kita suka, orang lain suka jugak? Mungkin ada, tapi tak tau berapa ramai.
Yang penting sekali, adakah produk yang kita nak jual tu, adalah benda yang orang NAK BELI?
Proses pilih produk hot adalah elemen penting dalam bisnes e-Commerce. Sebab kalau anda tak pilih produk yang betul untuk dijual kepada orang yang betul, bisnes e-Commerce anda akan kelam kabut dan terbengkalai.
Anda ingatkan susah nak jual dalam niche tertentu yang anda pilih, rupanya produk yang anda pilih tu tak berapa betul, huhu.
Bagi kami di Shopievo, walaupun anda power dalam bab pemasaran, tapi produk anda tu tak hot atau tak ada permintaan yang tinggi, sebenarnya ia sangat-sangat rugi untuk anda dan anda akan mengalami masalah untuk menjual kat kedai online e-Commerce anda nanti.
Jika anda main pilih je produk yang anda ‘rasa’ nak jual tapi sebenarnya tak ada permintaan, ia akan buatkan anda kehabisan banyak duit pada proses pemasaran berbayar seperti FB Ads nanti.
Sebab itulah strategi cara pilih produk hot tu sangat penting supaya anda senang nak jual produk tersebut kat kedai online e-Commerce anda nanti.
Dalam artikel ini, anda akan belajar cara pilih produk hot yang senang nak jual.
Sebelum tu, jom kita tengok jenis-jenis produk fizikal yang terdapat di pasaran dahulu.
Cara Pilih Produk Hot Yang Senang Nak Jual – Ambil Tahu Jenis-jenis Produk!
Ada 3 jenis produk fizikal yang terdapat di pasaran yang anda perlu kategorikan iaitu samaada produk tu jenis keperluan, kehendak dan trending. Lihat contoh dan beza produk jenis keperluan dan produk jenis kehendak dalam gambar di bawah;
Gambar 1: Beza Produk Jenis Keperluan & Kehendak ( Sumber dari Panduan Shopievo 2.0 )
Produk jenis keperluan adalah benda-benda yang setiap manusia ni perlukan dalam hidup dia. Kalau benda-benda nie tak ada, susah orang tu nak jalani kehidupan dengan tenang.
Berbeza dengan produk jenis kehendak yang mana ia lebih kepada minat nak kan sesuatu. Yang mana kalau benda-benda ni tak ada pun tak apa.
Contohnya anda boleh lihat di dalam gambar di atas. Anda juga pasti sudah jelas dan mampu untuk kategorikan produk-produk dalam jenis yang mana. Senang je kan?
Ke anda ni jenis yang setiap keluaran model terbaru Iphone pun satu keperluan jugak? Huhu.
Bagaimana pulak produk yang jenis trending? Produk yang trending adalah produk yang sangat sangat senang nak jual tapi produk trending ni dia ada tempoh masa dia boleh laku.
Produk trending ni boleh dikatakan datang sekali seumur hidup, haha. Dan kebanyakannya produk trending ni bukan keperluan. Lebih kepada kehendak.
Akan sampai satu masa produk trending ni menjadi tepu. Masa dia trending orang dah banyak dapatkan. Bila semua yang ‘minta’ dah dapat, hilanglah permintaan pada produk tersebut sebab dia bukan keperluan yang orang nak beli lagi dan lagi.
Kalau anda ni jenis yang peka dengan trend semasa seluruh dunia, banyak baca-baca artikel dan follow laman web-laman web yang mengkaji trend, anda mungkin dapat jadi antara yang terawal dapat tau sesuatu produk yang tengah trending.
Dan kalau anda sempat ambil peluang awal-awal dalam tempoh masa sesuatu produk tu tengah trending, anda dapat jual produk tersebut secara besar-besaran dan dapat keuntungan yang besar dari perkongsian pasaran produk trending.
Kalau terlambat, agak susah nak dapatkan jualan tapi berbaloi dan masyuk jika berjaya!
Kalau anda perasan, ada 2 produk yang trending pada tahun 2017 dan kedua-duanya memang bukan jenis produk keperluan. Lebih kepada kehendak. Orang beli, dia pun nak beli, haha.
2 produk tersebut ialah Fidget Spinner dan Interactive Finger Monkey. Sekarang kedua-dua produk ni dah pun jadi tepu.
Tapi kan walaupun tepu, kalau kena dengan cara, anda masih lagi boleh jual produk ni dengan mudah. 🙂
Gambar 2: Fidget Spinner & Interactive Finger Monkey
Cara Pilih Produk Hot Yang Senang Nak Jual – Mana Nak Pilih Antara Keperluan, Kehendak Dan Trending!
Oleh sebab produk jenis trending ni tak ‘datang’ selalu, sekarang anda ada pilihan samaada nak mulakan dengan produk jenis keperluan atau kehendak. Kalau anda baru nak mulakan bisnes online dan bajet untuk marketing tak berapa banyak, eloklah anda mulakan terus dengan produk jenis keperluan dan jugak produk tersebut mestilah hot!
“Saya dah jumpa banyak produk jenis keperluan dalam niche saya tapi macam mana pulak nak tapis produk yang hot dan laku keras??!”
Kami di Shopievo ada sediakan satu checklist untuk menentukan sesuatu produk itu hot atau pun tidak. Checklist ni jugak dapat bantu usahawan untuk memudahkan pencarian produk pilihan mereka tanpa membazir banyak masa. Ada beberapa ciri yang kami letakkan pada bakal jodoh hot kami. Oppss…bakal produk pilihan kami untuk menentukan samaada ia hot ataupun tidak.
Kat dalam panduan dropship e-Commerce terbaru kami, Shopievo 2.0, kami ada tunjuk dan terangkan bab ini satu per satu secara mendalam.
Proses ni dalam panduan tersebut adalah proses Validasi Produk Fasa 1. Haaa…nampak tu strategi pemilihan produk hot ini hanyalah baru dalam fasa 1. Ada lagi satu fasa yang mana proses yang kami buat untuk menentukan samaada kita nak terus menjual produk tersebut atau pun tidak.
Untuk di artikel ini, kami akan terang proses validasi fasa 1 sahaja. Kami akan terangkan dahulu secara ringkas beberapa ciri produk hot yang kami letak dalam checklist produk hot kami. Jom layan!
Cara Pilih Produk Hot Yang Senang Nak Jual – Cari Produk Yang Jenis Problem Solver!
Produk yang ada ciri problem solver ini boleh dikatakan sebagai produk terbaik atau ‘winning product’ sebab ramai orang perlukan produk atau sesuatu yang dapat selesaikan masalah mereka. Contohnya, ubat sapu untuk hilangkan gatal-gatal bayi. Kenapa penting? Untuk hilangkan bayi menangis. Kenapa penting? Untung hilangkan stress mak bapak!
Kenapa orang perlu keluarkan duit untuk dapatkan produk anda? Apa manfaat yang mereka akan dapat jika mereka laburkan duit mereka untuk beli produk anda? Kenapa mereka perlu dapatkan produk anda hari ini jugak?
Kalau produk anda tidak memberi apa-apa manfaat kepada mereka, ataupun tidak boleh selesaikan masalah yang mereka hadapi, kemungkinan besar, produk anda tu sukar untuk dijual.
Ingat, nanti kita akan keluarkan duit untuk buat marketing!
Cara Pilih Produk Hot Yang Senang Nak Jual – Pilih Produk Yang Nampak Berkualiti Dan Bernilai!
Produk yang nampak macam berkualiti dan bernilai ini dalam bahasa inggerisnya kita gelar sebagai produk yang ada ciri ‘perceived value’. Kanapa saya cakap ‘nampak macam’ berkualiti dan bernilai?
Sebenarnya, anda dah tau sesuatu produk tu harga kosnya sangat rendah, tapi cara supplier mempamerkan produk tersebut pada gambar, ia nampak bernilai. Ataupun memang cara packaging produk tersebut nampak mernilai. Sebagai contoh, produk tersebut hanyalah seutas rantai. Rantai untuk orang yang hobinya berlari.
Gambar 3: Rantai Untuk Orang Yang Suka Berlari
Rantai ini harga kosnya murah jer. Tapi cara supplier packing rantai tersebut nampak diorang ni treat rantai ni macam produk yang mahal.
Contohnya, anda bayangkan mereka letak rantai ni dalam satu kotak ala-ala macam kotak cincin yang high class gituu. Bila prospek anda nampak sesuatu produk itu berkuali dan bernilai, jadi anda boleh jual dengan harga yang tinggi. Sebab itu lah jika anda dapat jumpa produk yang ada perceived value, ia sangat-sangat bagus untuk anda pilih.
Contoh rantai ini mungkin tidak berapa nak problem solver atau mungkin problem solver bagi sesetengah orang. Contohnya kalau seseorang yang hobinya berlari nak cari satu rantai untuk pergi ke majlis dinner kelab berlari. Tapi produk ni ada perceived value. Kalau anda dapat jumpa produk yang problem solver dan tambahan pulak perceived value, boom!
Cara Pilih Produk Hot Yang Senang Nak Jual – Terbukti Laku Keras Di Facebook, Instagram Dan Marketplace!
Cari ‘winning product’ yang sudah terbukti terjual oleh usahawan lain. Ada 3 tempat yang anda boleh spy. Di Facebook, Intagram dan marketplace seperti Lazada dan Shopee jika anda menjual produk untuk market Malaysia. Untuk market International USA contohnya, anda boleh spy di marketplace Amazon atau eBay.
Produk yang dikatakan terbukti laku keras di Facebook dan Instagram kita tengok pada jumlah enggagement orang pada gambar atau video produk tersebut seperti like, komen dan share. Jika jumlah enggagement post tersbut melebihi 500, anda boleh cuba jual produk tersebut.
Tapi pastikan juga anda check reaksi apa yang orang bagi pada post tu ye! Haha. Contohnya orang bagi reaksi muka suka ke, muka gelak ke atau muka marah ke. Lepas tu anda baca jugak komen-komen orang samaada lebih kepada positif atau negatif.
Kalau anda tengok sekilas pandang je, mungkin produk tu dapat banyak enggagement tapi sebenarnya banyak orang bagi muka marah dan komen-komen yang negatif sebab mungkin produk tu mencetuskan kontroversi bagi sesetengah pihak.
Produk yang dikatakan terbukti laku keras di marketplace pulak adalah produk yang dalam kategori best seller marketplace tersebut. Sebagai contoh, di marketplace Lazada, diorang ada kategori most popular. Jika anda pergi ke sesuatu kategori atau niche pun, anda boleh filter susunan produk tersebut mengikut popularity.
Gambar 4: Lazada Most Popular
Dengan ini anda dapat tengok produk-produk yang banyak dapat review di atas. Di sini anda kena check satu-satu produk yang banyak dapat review tu. Pergi kat bahagian review di setiap page produk dan tengok samaada banyak yang positf atau yang negatif. Jika banyak yang positif, anda boleh masukkan dalam list produk hot anda.
Cara Pilih Produk Hot Yang Senang Nak Jual – Ada Beberapa Produk Hot Lain Dalam Niche Yang Sama!
Ciri-ciri produk hot yang keempat dan terakhir adalah terdapat beberapa lagi produk hot yang lain dalam niche yang sama dengan produk hot utama yang anda nak pilih. Anda kena kenal pasti ade tak produk lain selain yang anda jumpa dengan 3 ciri di atas yang anda boleh jual nanti. Sebabnya, kita nak guna produk-produk lain jugak untuk tujuan kita nak kembangkan bisnes kita nanti.
Kesimpulan Cara Pilih Produk Hot Yang Senang Nak Jual
Okay, itu adalah 4 ciri penting yang terdapat dalam checklist produk hot kami. Produk tersebut mestilah ada ciri problem solver, nampak berkualiti dan bernilai, terbukti laku keras di Facebook, Instagram atau marketplace dan terdapat produk-produk hot yang lain dalam niche bisnes anda yang sama.
4 kiriteria ini sudah cukup untuk menbantu anda menjimatkan masa memilih produk-produk hot yang senang nak jual walaupun dalam panduan Shopievo 2.0, ada lagi strategi ‘premium’ yang kami ajarkan seperti produk yang ada ciri B.O.S, Manipulasi, Mirror dan Bundling.
Kami juga tunjukkan satu per satu proses secara live bagaimana kami menggunakan kesemua strategi ini semasa memilih produk hot yang senang nak jual. Jom join komuniti premium Shopievo kami hari ini!
Apa pendapat anda dengan 4 strategi yang kami buat untuk proses pemilihan produk hot ni? Kami dah buat dan terbukti membantu dan berkesan. Anda mungkin ada cara lain yang anda guna dalam proses pemilihan produk hot. Mungkin anda guna software yang lagi boleh jimat masa? Kongsikan di bahagian komen! Woot woot!
.
Terima Kasih En. Asyraf di atas perkongsian maklumat berkaitan penjualan produk secara online. Saya baru berjinak-jinak di dalam bidang ini dan akan menggunakan teknik-teknik yang diterangkan di dalam blog ini serta mengharapkan ianya akan membuahkan hasil yang baik. Terima Kasih.
Hi & salam bos Rizal 🙂 Terima kasih jugak sebab sudi baca n komen sekali kat sini, huhu. InsyaAllah, perkongsian saya mudah untuk diikut sebab kebanyakannya simple dan praktikal. Saya harap bos pun dah join komuniti kami Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce!
Ini linknya: https://shopievo.convertri.com/join-freemium
Terima kasih atas perkongsian bermanfaat. Boleh juga pilih produk kecantikan yang senang nak jual, jemput singgah website kami.
Perkongsian yang bermanfaat. Terima kasih.
Perkongsian ilmu yang sangat berguna bagi newbie seperti saya yang baru nak berjinak2 dalam bisnes online.Terima kasih tuan.
Data for patients from 2014 to 2018 was recorded for patient s age, ER PR status, Ki 67, nodal status, tumor grade, NPI along with Oncotype Dx score generic cialis 20mg