Langkah Mudah Bina Branding Bisnes Dropship e-Commerce

February 6, 2019

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Anda rasa penting tak bina branding untuk bisnes dropship e-Commerce? Bagi saya sangat penting sebab branding ni ialah usaha kita untuk bina satu bisnes dropship e-commerce yang stabil. Iaitu dengan cara bina satu bisnes yang orang senang ingat, percaya dan lebih menonjol daripada pesaing yang lain.

.

Berdasarkan sebuah artikel di blog LemondStand, dianggarkan ada 12 juta kedai online e-Commerce yang menjual produk kat internet ada tahun 2015, tapi hanya 650,000 kedai online yang berjaya membuat jualan melebihi RM4,000.

.

Dengan jumlah kedai online sebanyak tu, macam mana kita nak jadikan kedai online e-Commerce kita adalah salah satu yang orang kenal, percaya dan berminat membeli dari kita berbanding pesaing? Caranya adalah dengan membina branding. Jadi dalam artikel ni, saya akan kongsikan langkah mudah bina branding bisnes dropship e-Commerce. Jom layan…

.

Jelas Dengan Bakal Pelanggan Bisnes Anda! – Langkah 1 Bina Branding Bisnes Dropship e-Commerce

.

Sebelum saya menulis artikel pasal branding untuk bisnes dropship e-Commerce ni, saya ada baca beberapa buah artikel kat internet dulu memandangkan saya bukanlah orang yang pakar dalam bab branding.

.

Tambahan lagi, skop branding untuk bisnes ni sangatlah besar dan mustahil saya boleh cover semua benda. Tapi kita tak perlu pun tahu semua benda atau nak tunggu semua jadi perfect baru nak mulakan sesuatu. Kita masih boleh praktikkan beberapa langkah simple untuk bina branding.

.

Daripada pembacaan saya, ada satu point yang menarik perhatian saya pasal branding ni Iaitu sebelum membina branding bisnes dropship e-Commerce, kita perlulah terlebih dahulu kenal dengan target audience atau bakal pelanggan bisnes kita.

.

Point ni selari dengan pengalaman saya yang mana kita ‘perlulah jelas nak jual apa untuk siapa’. Dari situ, kita hanya akan fokus menonjolkan bisnes kita pada golongan tersebut sahaje. Kita tak perlu berhabis duit, masa dan tenaga mempromosi dan cuba menjual pada semua orang tapi hanya fokus pada target audience kita sahaje.

.

Penggunaan Warna Palet Yang Konsisten! – Langkah 2 Bina Branding Bisnes Dropship e-Commerce

.

Salah satu faktor kritikal untuk bina branding ialah penggunaan warna palet yang konsisten pada setiap sudut bisnes kita. Setiap warna ada aura nilainya yang tersendiri dan boleh memberikan pengalaman yang berbeza pada pelanggan. Berikut adalah roda warna yang menunjukkan emosi setiap warna tersebut berdasarkan psikologi warna dari laman web NeilPatel.com

.

.

Saya akan ajar anda bagaimana nak dapatkan warna palet yang anda boleh gunakan secara konsisten dalam bisnes anda. Pertama sekali, berdasarkan roda warna tersebut, pilih satu warna yang memberi gambaran pada bisnes anda. Sebagai pemilik bisnes, hanya anda sahaje yang tahu bagaimana ‘hati dan jantung’ bisnes anda.

.

Seterusnya pergi ke laman web Pexels.com. Klik ‘Explore’ dan pergi ke bahagian ‘Photos By Color’. Sebagai contoh, saya nak pilih warna biru untuk bisnes dropship yang menjual jewelry untuk orang yang sayangkan kucing. Jadi, saya klik pada filter wrna biru…

.

.

Daripada banyak-bayak gambar yang bertemakan warna biru tu, pilih satu gambar dengan gabungan warna yang menunjukkan aura dan jiwa bisnes anda. Oleh sebab saya menjual jewelry seperti necklace, bracelet dan earrings, saya rasakan gambar ni menepati gabungan warna untuk bisnes saya…

.

.

Download gambar tersebut. Anda jangan salah faham ye, gambar tersebut tak ada kene mengena dengan jewelry tapi gabungan warnanya yang memberi gambaran yang sesuai untuk bisnes saya. Daripada gambar tersebut, saya hanya nak dapatkan kod warna palet sahaje untuk saya gunakan dalam branding bisnes saya.

.

Bagaimana caranya? Pergi ke laman web Canva – Color Palette Generator. Klik pada ‘Upload An Image’ dan upload gambar yang dah anda pilih dan download tadi. Laman web secara automatik akan keluarkan 5 warna palet beserta kod warna yang anda boleh gunakan dalam setiap sudut bisnes anda.

.

.

Anda boleh gunakan warna palet tersebut dalam design gambar, iklan, logo, laman web, media sosial, emel, packaging, dokumen dan sebagainya. Dengan cara ni, anda membina branding dengan meggunakan warna palet yang konsisten pada setiap sudut bisnes anda. Simple tapi powerr kan cara ni? Huhu.

.

Tentukan Nama Bisnes! – Langkah 3 Bina Branding Bisnes Dropship e-Commerce

.

Bila kita nak mulakan sesebuah bisnes, pilih nama yang terbaik untuk bisnes kita adalah antara langkah yang kritikal untuk bina bisnes yang orang senang ingat, stabil dan boleh berikan keuntungan.

.

Nama bisnes adalah pemasaran anda yang pertama sekali yang orang akan tengok, dengar, ingat dan cari kat internet. Jadi, kalau anda boleh konsisten dengan pengunaan nama bisnes kat mana-mana pun, anda jugak membina branding.

.

Shopify Business Name Generator adalah tool percuma dari Shopify yang anda boleh gunakan untuk dapatkan idea-idea untuk nama bisnes anda. Pastikan anda pilih nama bisnes yang umum dan tak menunjukkan sesuatu niche. Ini akan memudahkan anda di kemudian hari kalau anda nak tukar produk.

.

Pastikan nama bisnes anda tu tak ada orang guna lagi. Check dulu kat media sosial contohnya FB dengan Instagram termasuk nama domain. Sebab, kita nak konsisten dengan pengunaan nama bisnes ni kat media sosial sebagai usaha branding bisnes kita. Kalau tak ada orang guna, anda boleh teruskan.

.

Buat Logo Yang Simple! – Langkah 4 Bina Branding Bisnes Dropship e-Commerce

.

Selama saya usahakan bisnes dropship e-Commerce, saya memang design logo sendiri jer, huhu. Dan saya hanya guna satu cara jer nak design logo. Kebiasaannya, saya boleh siapkan logo sendiri tak sampai 30 minit pun, huhu.

.

Kat sini saya akan kongsikan macam mana saya hasilkan logo yang simple dengan mudah. Laman web yang saya gunakan untuk design logo ialah LogoMakr. Saya gunakan laman web ni untuk dapatkan gambar grafik jer untuk logo saya nanti.

.

Caranya, search gambar grafik yang anda nak guna pada logo anda kat bahagian searchbar laman web LogoMakr tu. Sebagai contoh, saya search gambar grafik berkaitan ‘cat’. Nanti akan keluar banyak gambar berkaitan kucing yang saya boleh pilih…

.

.

Saya berminat dengan gambar grafik kucing yang ni…

.

.

Anda jugak boleh tukar warna gambar grafik kucing tu dengan warna yang anda inginkan yang sesuai dengan warna branding bisnes anda. Sebelum save gambar tersebut, resize dan besarkan gambar tersebut sehingga ketinggian dan lebar mencecah minimum 500px. Kemudian klik pada ‘Save Logo’. Gambar tu akan disimpan dalam laptop anda dalam format PNG.

.

KEJAPP!! Belum siap lagi. Langkah seterusnya adalah anda pergi ke laman web Canva. Log in ke akaun Canva anda. Saya pernah kongsikan cara basic nak guna Canva ni untuk design gambar menarik. Memang free jer nak guna, huhu. Klik pada template nak design logo…

.

.

Anda boleh pilin mana-mana template logo yang ada minat, edit dan ubah warna guna kod warna branding bisnes anda. Anda jugak boleh upload gambar grafik yang anda dah pilih kat laman web LogoMakr tadi untuk lengkapkan logo bisnes anda. Tengok contoh hasil yang saya buat ni. Dengan masa yang anda ada, InsyaAllah anda boleh buat lebih baik lagi…

.

.

Kemudian, download logo tersebut dan anda boleh gunakan kat mana-mana jer untuk branding bisnes anda. Sebagai contoh, logo untuk kedai online e-Commerce, gambar profile Facebook Page, gambar profile Instagram dan sebagainya.

.

Kesimpulan Bina Branding Bisnes Dropship e-Commerce

.

Internet adalah tempat yang paling mudah dan cepat untuk seseorang tu memulakan bisnes. Tapi kebanyakan usahawan online tak beri perhatian pada usaha membina branding. Dengan langkah mudah yang saya kongsikan dalam artikel ni, InsyaAllah dapat membantu anda bina branding untuk bisnes dropship e-Commerce anda.

.

Dengan branding, anda boleh membina satu bisnes yang orang senang ingat, percaya dan lebih menonjol berbanding pesaing seterusnya membuat jualan dan keuntungan. Cukup sampai kat sini dulu perkongsian saya untuk kali ni, jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Langkah Mudah Bina Branding Bisnes Dropship e…

by admin time to read: 5 min
0