Idea Kreatif Untuk Post Di Instagram Feed (PART 2)

December 3, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Berjumpa balik kita dalam siri artikel ‘Idea Kreatif Untuk Post Di Instagram Feed’ Part 2 pulak. Sebelum ni dalam artikel PART 1, saya dah kongsikan pada anda 3 idea kreatif yang anda boleh buat untuk post  ke akaun Instagram bisnes anda.

 

Dalam artikel tu, saya cadangkan anda post ayat-ayat positif, post gambar meme dan post video gifs. Saya jugak ada tunjukkan kat anda tool dan aplikasi yang dapat bantu anda buat 3 jenis post tu dengan mudah.

 

Tujuan saya buat siri artikel ni adalah supaya anda tak kering idea untuk hasilkan pelbagai jenis post untuk akaun Instagram bisnes dan boleh konsisten post 2 content setiap hari. Sebabnya, setiap kali anda post tu, itulah usaha marketing yang anda buat untuk bisnes anda.

 

Kalau tak ada idea nak post apa, kita pun tak post apa-apa kat akaun Instagram bisnes. Akaun Instagram bisnes kita jadi hambar. Orang pun tak tahu yang bisnes kita wujud. Orang tak tahu, duit pun tak masuk. Haa, sebab tu kena konsisten dalam usaha marketing.

 

Okay, dalam artikel ni saya akan tambah lagi idea-idea kreatif yang lain. Dah sedia? Jom layan! Kita akan sambung dengan idea nombor 4…

 

4. Post Video TikTok! – Idea Kreatif Untuk Post Di Instagram Feed

 

Bila saya fikirkan idea untuk post something kat Instagram, saya teringat TikTok. Mungkin sebab video-video TikTok ni memang tengah trending orang duk share kat Instagram dan ramai orang yang guna.

 

Sebenarnya, masa saya fikirkan idea ni, saya tak pernah pun download aplikasi ni, haha. TikTok adalah sebuah aplikasi media sosial. Bezanya dengan Instagram atau FB ialah, TikTok ni adalah aplikasi untuk pengguna hasilkan video 15 saat dengan background music. Dengan fungsi ni, pengguna hasilkan video ikut kreativiti masing-masing.

 

Sebelum ni, saya fikir TikTok ni hanya aplikasi media sosial untuk menari dan lips syncing berdasarkan background music sahaje. Tapi lepas saya install untuk explore sendiri aplikasi TikTok, sebenarnya Tiktok ni lebih dari tu! Bagi saya, TikTok ni media sosial untuk pengguna berkarya dan menjadi kreatif jugak.

 

Kalau Instagram tempat pengguna berkarya dan menjadi kreatif dengan gambar dan video, Tiktok pulak tempat untuk pengguna berkarya dan menjadi kreatif dengan video dan background music! Anda boleh explore sendiri hasil kreativiti orang dalam TikTok ni. Download dan install ‘TikTok’ dari Google Play kat fon anda…

 

Tik Tok - Idea Kreatif Untuk Post Di Instagram Feed (PART 2)

 

Bagaimana anda boleh manfaatkan aplikasi TikTok untuk akaun Instagram bisnes anda? Melalui apikasi TikTok, anda boleh search apa sahaje niche video yang anda nak. Sebagai contoh, kalau anda nak cari video berkaitan kucing, tulis dan search jer ‘cat’ kat bahagian searchbar tu.

 

Pilih video yang anda nak post dan tekan butang share ke Instagram. Lepas tu edit, tulis caption dan post ke Instagram macam biasa. Siap! Sekarang anda tak payah susah-susah dah nak cari content untuk akaun Instagram bisnes anda, hehe.

 

Anda memang boleh share terus video-video dari TikTok tu terus ke Intagram. Tak payah credit pada video creator tu pun tak apa, sebab bila anda share ke Instagram, video tu automatik ada logo TikTok dan TikTok ID video creator tu, jadi tu dah kira credit.

 

Jom tengok idea yang lain pulak…

 

5. Repost User Generated Content! – Idea Kreatif Untuk Post Di Instagram Feed

 

User generetad content ialah content seperti gambar atau video yang dihasilkan oleh followers atau pelanggan anda sendiri berkaitan bisnes anda. Kebiasaannya, diorang akan kongsikan pada anda melalui DM (Instagram direct messaging) ataupun diorang post kat akaun Instagram sendiri dan tag akaun Instagram bisnes anda.

 

User generetad content boleh jadi testimoni pelanggan, gambar pelanggan yang menggunakan produk anda, gambar dan video berkaitan sesebuah komuniti yang dihasilkan oleh komuniti tersebuat dan sebagainya. Untuk senang faham, user generetad content ni dihasilkan oleh orang lain tapi boleh dan sesuai di repost ke akaun Instagram bisnes anda.

 

 

Saya sempat cari beberapa contoh untuk tunjukkan kat anda. Contoh yang pertama, anda boleh tengok akaun Instagram @solarizmembers_official. Ini adalah komuniti penuggang motor khusus untuk yang pakai motor model Yamaha Solariz.

 

Melalui akaun Instagram ni, followers boleh berkongsi gambar atau video diorang dengan motor Yamaha Solariz masing-masing.

 

Contoh yang kedua pulak, anda boleh tengok akaun Instagram @mobilelegendsmalaysia___. Ini adalah komuniti pemain game handphone khusus untuk pemain Mobile Legends. Melalui akaun Instagram ni, followers boleh berkongsi video pendek aksi-aksi diorang bermain Mobile Legends.

 

Untuk contoh yang ketiga, anda boleh tengok akaun Instagram @tiktok__malaysia. Melalui akaun Instagram ni, adminnya repost dan kongsi video-video tiktok terpilih.

 

Apa yang bestnya adalah, admin untuk ketiga-tiga akaun Instagram yang saya tunjukkan tadi tak payah susah-susah mencari idea untuk post ke Instagram Feed. Diorang hanya repost sahaje content yang dikongsikan oleh followers diorang.

 

Ini adalah salah satu idea yang anda boleh buat untuk post sesuatu ke akaun Instagram bisnes anda. Jom tengok idea ang lain pulak…

 

6. Post Gambar Atau Video ‘Throwback’! – Idea Kreatif Untuk Post Di Instagram Feed

 

Post gambar atau video ‘throwback’ adalah antara idea yang simple kalau anda tak ada idea nak post apa kat Instagram. Gambar atau video throwback adalah gambar atau video lama berkaitan bisnes anda.

 

Anda boleh buat kempen ‘Throwback Thursday’ dan ‘Flashback Friday’ untuk jadual post Instagram bisnes anda. Maksudnya, pada setiap hari khamis dan jumaat, anda boleh post paling kurang 1 gambar atau video throwback.

 

Mungkin anda ada sesuatu untuk diceritakan pada followers berkaitan sejarah bisnes anda. Bagaimana anda memulakan bisnes tersebut, design lama produk anda, packaging lama produk anda dan sebagainya.

 

Kesimpulan Idea Kreatif Untuk Post Di Instagram Feed (PART 2)

 

Okay, cukup setakat tu dulu tambahan 3 idea kreatif yang boleh anda buat untuk post ke akaun Instagram bisnes anda. Anda boleh share semula video-video Tiktok berkaitan niche bisnes anda, repost content yang dihasilkan oleh followers Instagram bisnes anda dan post gambar atau video throwback.

 

Untuk artikel akan datang, saya akan kongsikan lagi idea-idea kreatif yang lain pulak. Woot woot!

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Bagaimana IM Lejen Membantu Anda Dalam Bisnes e-Commerce?

Bagaimana IM Lejen Membantu Anda Dalam Bisnes e-Commerce?

Hai dan salam pada semua komuniti Geng Shopievo dan Shopievo Superbstar! Anda mesti dah tahu kot yang baru-baru ni (26 Ogos 2019) Founder Shopievo kita, bos Wazeen bergabung dengan lejen Internet Marketer tempatan & international, bos Rashvin untuk tubuhkan satu...

10 Fungsi Asas Instagram Yang Anda Perlu Tahu

10 Fungsi Asas Instagram Yang Anda Perlu Tahu

Berdasarkan laman web Instagram For Business, 500 juta akaun Instagram seluruh dunia aktif setiap hari. 80% daripada jumlah tu follow paling kurang 1 akaun Instagram bisnes dan 200 juta orang yang guna Instagram lawat paling kurang 1 akaun Instagram bisnes setiap...

Nak Ramai Followers Kat Instagram? Baca Ni.

Nak Ramai Followers Kat Instagram? Baca Ni.

Sebelum anda teruskan pembacaan artikel ni, saya cuma nak bagitahu yang artikel ni ditulis dari sudut keusahawanan atau secara spesifik, bisnes online. Cara nak dapatkan ramai followers kat Instagram bisnes. Namun begitu, kemungkinan beberapa teknik dan strategi yang...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Idea Kreatif Untuk Post Di Instagram Feed (PA…

by admin time to read: 4 min
0