Nak Ramai Followers Kat Instagram? Baca Ni.

May 20, 2019

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Sebelum anda teruskan pembacaan artikel ni, saya cuma nak bagitahu yang artikel ni ditulis dari sudut keusahawanan atau secara spesifik, bisnes online. Cara nak dapatkan ramai followers kat Instagram bisnes. Namun begitu, kemungkinan beberapa teknik dan strategi yang saya kongsikan ni sesuai untuk anda dapatkan ramai followers kat instagram peribadi anda jugak.

.

Kalau anda nak ramai followers kat Instagram peribadi semata-mata nak dapatkan like yang banyak daripada orang lain yang anda tak kenal setiap kali anda post, nasihat saya, pergilah mula belajar bisnes. Paling tidak pun, ada jugak benda bermanfaat anda buat dengan Instagram tu. Bukan apa, budak-budak sekarang ni…hmm…entah la, malas nak sembang ke situ. (Hahah) Okay, jom layan artikel ni…

.

Kenapa Nak Ramai Followers Kat Instagram Bisnes?

.

Benda pertama yang kita kena tanya ialah, kenapa kita nak ramai followers kat Intagram bisnes? Kita kena lah tahu dulu apa tujuannya kita nak ramai followers. Takde lah membuta tuli jer pasang teknik dan strategi naikkan followers lepas tu tak tahu nak buat apa dengan followers banyak-banyak tu.

.

Followers adalah orang yang berminat dengan bisnes kita. Dengan kata lainnya, prospek untuk bisnes kita. Prospek yang nak dapatkan update dari bisnes kita. Satu hari nanti, ada antara prospek ni akan jadi pelanggan. Orang yang membeli dan support bisnes kita. Dengan adanya pelanggan, kita membuat jualan dan dapat kembangkan bisnes.

.

Tanpa followers, bisnes kita tak ‘hidup’ kat Instagram. Semakin ramai followers, semakin tinggi peluang kita buat jualan. Itulah tujuan utama kita nak ramai followers kat Instagram. Untuk tingkatkan peluang membuat jualan.

.

Apa Yang Buatkan Orang Nak Follow?

.

Benda kedua yang kita kena fikirkan ialah, apa yang buatkan orang nak follow Instagram bisnes kita? Perlu ke diorang nak follow? Menarik ke akaun Instagram bisnes kita tu? Motif? Sebab tu lah kita kena ada niche untuk bisnes kita. Kenapa kita kena buat kajian dan pilih niche? Secara ringkasnya, kita nak menjual produk yang spesifik untuk segmen pasaran tertentu sahaja.

.

Dengan adanya niche, akan bantu kita untuk fokus pada bisnes yang kita nak buat. Dengan adanya niche, kita tahu orang yang macam mana kita nak diorang follow bisnes kta. Dengan adanya niche, kita akan mudah mencari followers yang betul-betul minat dengan bisnes kita. Dengan adanya niche, audience akan dapat gambaran bisnes anda ni berkaitan apa.  Jadi, ini adalah strategi yang pertama. Pilih niche untuk bisnes. Jom tengok strategi seterusnya…

.

Post Secara Konsisten!

.

Strategi kedua nak dapat ramai followers kat Instagram ialah post secara konsisten. Post content anda seperti gambar atau video secara konsisten setiap hari. Sebolehnya 3 kali sehari selapas makan. Gitu, macam makan ubat pulak, huhu. Kalau tak mampu 3 kali sehari, cuba post content 2 kali sehari.

.

Konsisten bukan hanya terhad dari segi jumlah post jer, tapi konsisten jugak dari segi tema warna bisnes anda, penggunaan logo pada content dan susunan content tu kat bahagian feed akaun Instagram bisnes anda. Contohnya macam akaun Instagram kat bawah ni…

.

.

Bila orang masuk jer tengok bahagian feed akaun Instagram tu, dah rasa terpukau dengan cara dia post content, susunan dan penggunaan warna pada content. Kreatif kan? Anda tak ada idea nak post apa kat Instagram? Anda boleh baca artikel 3 Tool Percuma Hasilkan Content Untuk Media Sosial ni.

.

Guna Hashtag Yang Berkaitan!

.

Matlamat kita kat Instagram adalah untuk kekal berhubung dengan orang yang berminat dengan bisnes kita. Hasilkan gambar atau video yang kreatif dan menarik dapat tarik perhatian followers yang sedia ada. Tapi untuk tarik perhatian followers baru, kita kena masukkan hashtag yang berkaitan kat bahagian caption content kita tu. Sebabnya, kalau ada orang yang search hashtag tu jugak kat instagram, dia akan jumpa post kita tu.

.

Macam mana nak cari hashtag yang berkaitan? Senang jer. Kita cuma perlu taip ‘keywordniche atau produk kita tu kat bahagian ‘tags search’ Instagram. Sebagai contoh, kalau anda jual tudung labuh, taip je ‘tudunglabuh’ kat bahagian ‘tags search’ Instagram, nanti akan keluar auto-suggestion hashtag-hashtag lain yang berkaitan. Kita boleh masukkan 30 hashtag dalam satu-satu post, jadi sebolehnya anda cari dan guna 30 hashtag yang berkaitan.

.

.

Curi Followers Instagram Pesaing!

.

Salah satu cara terbaik untuk cari dan tarik followers baru ialah dengan ‘curi’ followers akaun Instagram pesaing dalam niche bisnes anda. Jangan risau, curi followers kat Instagram ni halal, sama macam curi hati, huhu. Sebab orang yang follow akaun Intagram pesaing dalam niche bisnes anda ni dah ada minat yang sama jugak dengan bisnes anda dan ada peluang diorang akan berminat dengan produk atau servis anda.

.

Macam mana nak ‘pikat hati’ diorang supaya follow akaun Instagram kita? Cuba enggage dengan diorang seperti follow diorang dulu, like dan komen kat gambar Instagram diorang. Nanti diorang akan dapat notification dan dari situ diorang akan sedar dengan kewujudan akaun Instagram bisnes anda.

.

Kesimpulan Naikkan Follower Instagram

.

Itu sahaja 4 strategi simple nak dapatkan ramai followers kat Instagram bisnes anda. Pilih niche untuk bisnes, post secara konsisten, gunakan hashtag setiap kali post dan curi followers Instagram pesaing anda. Saya jugak dah terangkn kenapa pentingnya kita kena ada ramai followers kat Instagram bisnes.

.

Kalau anda masih bersemangat nak tahu lagi strategi dapatkan ramai followers, anda boleh baca artikel 7 Cara Mudah Naikkan Followers Instagram ni. Okay, cukup sampai kat sini untuk artikel kali ni, jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya. Woot! Woot!



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Bagaimana IM Lejen Membantu Anda Dalam Bisnes e-Commerce?

Bagaimana IM Lejen Membantu Anda Dalam Bisnes e-Commerce?

Hai dan salam pada semua komuniti Geng Shopievo dan Shopievo Superbstar! Anda mesti dah tahu kot yang baru-baru ni (26 Ogos 2019) Founder Shopievo kita, bos Wazeen bergabung dengan lejen Internet Marketer tempatan & international, bos Rashvin untuk tubuhkan satu...

10 Fungsi Asas Instagram Yang Anda Perlu Tahu

10 Fungsi Asas Instagram Yang Anda Perlu Tahu

Berdasarkan laman web Instagram For Business, 500 juta akaun Instagram seluruh dunia aktif setiap hari. 80% daripada jumlah tu follow paling kurang 1 akaun Instagram bisnes dan 200 juta orang yang guna Instagram lawat paling kurang 1 akaun Instagram bisnes setiap...

Idea Kreatif Untuk Post Di Instagram Feed (PART 2)

Idea Kreatif Untuk Post Di Instagram Feed (PART 2)

Hai! Berjumpa balik kita dalam siri artikel ‘Idea Kreatif Untuk Post Di Instagram Feed’ Part 2 pulak. Sebelum ni dalam artikel PART 1, saya dah kongsikan pada anda 3 idea kreatif yang anda boleh buat untuk post  ke akaun Instagram bisnes anda.   Dalam artikel tu,...

1 Comments

1 Comment

  1. baccarat online

    I am very impressed with your writing baccarat online I couldn’t think of this, but it’s amazing! I wrote several posts similar to this one, but please come and see!

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Ramai Followers Kat Instagram? Baca Ni.

by admin time to read: 3 min
1