Berdasarkan laman web Instagram For Business, 500 juta akaun Instagram seluruh dunia aktif setiap hari. 80% daripada jumlah tu follow paling kurang 1 akaun Instagram bisnes dan 200 juta orang yang guna Instagram lawat paling kurang 1 akaun Instagram bisnes setiap hari.
.
Instagram adalah satu media sosial yang orang guna untuk berhububung dan berkarya secara visual. Kenapa visual? Sebab content Instagram hanya fokus pada content jenis gambar dan video pendek yang menarik. Dalam artikel ni saya akan kongsikan 10 fungsi asas Instagram yang anda perlu tahu untuk memaksimumkan penggunaan Instagram untuk bisnes anda! Jom layan…
.
Tukar Ke Akaun Instagram Bisnes Bila-Bila Masa
.
Bagi anda yang nak guna Instagram untuk tujuan bisnes, anda boleh terus tukarkan akaun Instagram peribadi anda kepada akaun Instagram bisnes tanpa perlu bukak akaun Instagram yang lain. Caranya, pergi ke bahagian Setting dan klik pada Account. Kemudian, klik pada Switch To Business Account. Instagram akan mintak anda linkkan pada FB Page bisnes. Jadi, anda wajib ada FB Page untuk bisnes.
.
Dengan cara ni, anda tak perlu daftar akaun Instagram yang lain melainkan anda nak asingkan akaun Instagram peribadi dan akaun Instagram bisnes. Saya jugak pernah kongsikan artikel Cara Buat Akaun Instagram Untuk Bisnes secara lebih terperinci.
.
Tukar Gambar Profile, Username dan Nama Akaun Bila-Bila Masa
.
Kat Instagram, anda tak perlu susah-payah fikir pasal gambar logo, username dan nama semasa anda nak mula daftar samaada akaun Instagram peribadi ataupun akaun Instagram bisnes. Sebab anda boleh tukar seberapa banyak kali pun pada bila-bila masa sahaja. Jadi, in case anda terpaksa tukar idea bisnes dengan nama lain, anda tak perlu bazir masa untuk bukak akaun Instagram yang lain.
.
Kawal 4 Akaun Instagram Dalam Satu-satu Masa
.
Anda ada lebih dari satu bisnes? Ataupun anda nak kawal akaun Instagram peribadi dan akaun Instagram bisnes secara serentak? Tak ada masalah! Sebab anda boleh log in 4 akaun Instagram serentak dalam satu-satu masa kat fon anda. Cumanya, anda perlu ada email yang berbeza untuk setiap akaun dan perlu daftar akaun Instagram yang baru guna emel yang berbeza tu.
.
Fungsi ni sebenarnya menjimatkan masa anda dn meningkatkan produktiviti kalau anda ada beberapa projek bisnes Instagram. Sebabnya, anda tak perlu log off dan log in mana-mana akaun setiap kali anda nak gunakan akaun tersebut. Anda hanya perlu switch sahaja ke akaun yang lain.
.
Boleh Post Video, Gambar Atau Kedua-duanya Sekali Dalam Satu Post!
.
Instagram adalah media sosial untuk pengguna berkarya dan berkongsi apa sahaja secara visual. Dua media utama untuk post kat Instagram adalah video pendek dan gambar. Anda boleh post video, gambar atau kedua-duanya sekali dalam satu post. Ya, gambar atau video yang menarik dan berkualiti sememangnya menarik perhatian audience kat Instagram.
.
Jangan risau sekiranya anda bukan photographer atau pereka grafik dan tak pandai nak hasilkan gambar atau video cantik dan kreatif. Buat content yang berkualiti dekat Instagram tak perlu pun skill fotografi dan grafik. Anda boleh hasilkan gambar atau video dengan smartphone anda jer. Saya pernah kongsikan satu artikel tunjukkan bagaimana nak design gambar menarik guna tool percuma Canva.
.
Ukuran Saiz Post Terbaik Kat Instagram Ialah 1080px X 1080px
.
Bentuk post kat Instagram terbaik kat Instagram ialah petak segi empat sama dengan ukuran saiz 1080px X 1080px. Saiz ukuran pixel yang besar ni bertujuan supaya gambar dan video anda tetap berkualiti walaupun selepas di zoom atau dilihat melalui gadjet dengan saiz skrin yang lebih besar seperti tab ataupun laptop.
.
42 Jenis Filter Kat Instagram
.
Sehinggan artikel ni ditulis, ada 42 jenis Instgram filter pada gambar dan video yang anda boleh pilih sebelum anda post ke Instagram. Fungsi Instagram filter adalah untuk menambah ‘mood’ pada gambar atau video anda mengikut pada citarasa yang anda inginkan.
.
Instagram Stories Dapat Meningkatkan Engagement Dari Followers Anda
.
Melalui Instagram Stories, entiti bisnes berpeluang untuk berhubung dengan audience dan followers secara visual menggunakan gambar atau video. Bagaimana Instagram Stories berfungsi? Saya pasti anda mesti dah biasa dengan benda ni, kat bahagian atas sekali sebelum kita scroll newsfeed Instagram, ada highlights stories daripada akaun kengkawan dan bisnes yang kita follow. Setiap Instagram Stories akan hilang lepas 24 jam.
.

0 Comments