Jom Bina Kerjaya Sebagai Personal Shopper!

August 10, 2019

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Sebelum ni saya pernah tulis satu artikel pasal peluang cipta kerja sendiri dalam industri MarTech. Dalam artikel tu, saya kongsikan macam mana saya mengubah cara melihat peluang pekerjaan daripada ‘menunggu’ peluang kepada mencipta kerja sendiri.

.

Dalam artikel tu jugak saya kongsikan apa itu industri MarTech, kenapa peluang mencipta kerja sendiri terhidang luas kat dalam industri ni, 12 niche yang kukuh dan pesat berkembang dalam industri MarTech, beberapa contoh kerjaya dan sedikit panduan nak cipta kerjaya atau bisnes servis dalam industri ni.

.

Dalam era globalisasi dan Revolusi Industri 4.0 sekarang, persaingan untuk mendapat pekerjaan semakin sengit. Tapi, pada masa yang sama teknologi dan internet ternyata memudahkan sesiapa sahaja menjana pendapatan sendiri. Jadi, sebagai seorang usahawan online, kita kena proaktif mempraktikkan mindset ‘cipta kerja, bukan cari kerja’.

.

Dalam artikel ni, saya nak kongsikan 1 lagi contoh kerjaya atau bisnes yang anda sendiri boleh mulakan iaitu Personal Shopper. Sebenarmya idea ni saya dapat dari hebahan emel Tuan Wazeen Azizan sendiri yang bertajuk “Kisah kerjaya sebagai Personal Shopper”. Bila saya baca jer perkataan ‘Personal Shopper’ tu, terus saya teringatkan yang ini jugak adalah satu peluang mencipta kerja sendiri!

.

Apa itu Personal Shopper?

.

Secara ringkasnya, Personal Shopper atau dalam bahasa Melayunya ‘pembeli peribadi’, adalah orang yang tolong belikan sesuatu produk yang dipesan atau dikirim oleh seseorang atau kenalan yang tak dapat nak beli produk tu sendiri disebabkan beberapa faktor seperti lokasi, masa dan pengangkutan.

.

Hari ni, Personal Shopper tu boleh dianggap sebagai kerjaya. Sebab ada orang yang dah buat full-time dan boleh menjana pendapatan sendiri yang dapat menampung segala perbelanjaan harian. Anda jugak boleh buat secara part-time ataupun full-time. Personal Shopper boleh dikategorikan sebagai bisnes yang menawarkan servis dan perkhidmatan.

Contoh Kerjaya Sebagai Personal Shopper

.

Tuan Wazeen jugak bagi contoh, ada beberapa orang kenalan dia yang jadikan Personal Shopper ni sebagai kerja part-time diorang. Pendapatan diorang ada yang cecah ribuan ringgit sebulan dan secara kasarnya, diorang ni tak perlu keluarkan modal pun sebab bisnes Personal Shopper ni menggunakan konsep yang sama macam ‘Pre-order’.

.

Bila ada tempahan produk, baru Personal Shopper pergi beli produk tu dan boleh buat keuntungan samaada dengan hanya kenakan caj servis untuk dapatkan sesuatu produk tu ataupun mark-up sekali harga sesuatu produk tu.

.

Sebagai contoh, seorang dari kenalan Tuan Wazeen (nama samaran Dina), fokusnya menjadi Personal Shopper untuk dapatkan produk dari pasaraya IKEA kat Damansara. Dina ni selalu ulang alik dari KL ke kampung kat Kelantan sebab suami dia bekerja dan selalu outstation.

.

Untuk pengetahuan anda, Kelantan belum lagi ada pasaraya IKEA, huhu. Jadi, kat situlah Dina nampak peluang untuk jadi Personal Shopper kepada kenalan-kenalan dia kat Facebook & Instagram yang duk kat Kelantan yang berminat dengan produk-produk IKEA.

.

Jadi, tiap kali dia kat KL, dia akan singgah kat pasaraya IKEA. Dan bila dia dah ada kat dalam pasaraya IKEA, dia akan start buat FB Live ataupun IG Live untuk tunjuk produk-produk yang ada kat dalam IKEA supaya kenalan dia dapat tengok dan pilih produk-produk yang diorang nak order kat Dina.

.

Jadi, Dina akan kenakan caj untuk setiap order tu termasuklah kos pengangkutan. Orang lain bila masuk IKEA, akan keluar duit berbelanja. Tapi Dina pulak, tiap kali dia masuk IKEA, dia akan jana pendapatan sehingga ribuan ringgit.

.

Anda Jugak Boleh Mulakan Kerjaya Sebagai Personal Shopper!

.

Anda dah baca secara ringkas kisah pasal Personal Shopper tadi. Dari situ anda dah boleh nampak macam mana kerjaya sebagai Personal Shopper ni. Apa yang best, sebenarnya anda boleh bina kerjaya sebagai Personal Shopper dengan model bisnes secara online jer!

.

Anda pun boleh jadi Personal Shopper secara part-time macam Dina jugak tapi kali ni anda boleh offer pelanggan anda dengan produk-produk Jepun yang rare. Yang menariknya, anda tak perlu penat kan diri pergi ke Jepun untuk dapatkan produk yang dikirim sebab anda boleh buat kerja Personal Shopper produk Jepun ni hanya terus secara online.

.

Kalau anda nak tahu cara dapatkan produk dari Jepun dengan harga jauh lebih murah terus secara online, kami sarankan anda tengok panduan Borong Jepun ni.

.

Kesimpulan Bina Kerjaya Sebagai Personal Shopper

.

Hakikatnya, tak ramai lagi tau lubuk produk Jepun ni. Jadi, ambil lah peluang ni untuk buat side income yang lumayan. Ideanya, anda boleh siapkan katalog yang anda jumpa kat lubuk produk Jepun tu nanti, dan berikan kepada pelanggan anda untuk pilih produk yang mereka mahu pesan atau kirim.

.

Orait, menarik tak? Ini peluang anda! Jadi, kalau anda belum dapatkan lagi panduan Borong Jepun, cepat-cepat grab sebelum naik harga lagi & kalau anda terlambat, anda bakal terlepas Bonus extra kami sediakan untuk anda. KLIK & ORDER kat sini (Link Affiliate Kami ). Woot woot!



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Pada bulan December 2019 yang lepas, bos Wazeen ada buat satu announcement dalam group IM Lejen pasal satu software baru yang kita semua memang akan guna untuk bisnes kita. Software ni free jer. . Dan walaupun memang semua orang boleh guna, macam biasa… group premium...

Manfaat IM Lejen Untuk Usahawan e-Commerce (PART 2)

Manfaat IM Lejen Untuk Usahawan e-Commerce (PART 2)

Hai dan salam! Artikel ni sebenarnya ialah sambungan untuk artikel bertajuk ‘Bagaimana IM Lejen Membantu Anda Dalam Bisnes e-Commerce?'’ yang lepas. Cuma tajuknya saya terpaksa ubah kali ni sebab tajuk yang asal tu panjang sangat lebih-lebih lagi bila saya nak tambah...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Bina Kerjaya Sebagai Personal Shopper!

by admin time to read: 3 min
0