Wow! Tahniah sebab anda dah dapat orang yang klik butang ‘Add To Cart’ kat halaman produk dalam kedai online e-Commerce anda! Anda pun excited bila dapat emel ‘someone has placed an order’ kat kedai online e-Commerce anda. Tapi, bila anda check kat bahagian order, “Eh, tak buat payment lagi??”. Prospek tu tak selesaikan pembayaran untuk membeli.
Pertama sekali anda jangan risau sebab benda ni biasa berlaku dalam bisnes e-Commerce. Anda tahu tak bila orang klik butang ‘Add To Cart’ tu maksudnya orang dah berminat dengan produk anda! Cuma ada beberapa benda yang buatkan prospek tu tak teruskan buat pembelian.
Jadi dalam artikel ni saya kongsikan pada anda beberapa sebab kenapa orang Add To Cart tapi tak teruskan membeli. Dan dengan sedikit perubahan teknik dan strategi, kita boleh tukarkan orang yang klik Add To Cart kepada pelanggan yang mebeli. Jom layan!
Anda Paksa Orang Daftar Akaun! – Sebab 1 Kenapa Orang Add To Cart Tapi Tak Teruskan Membeli
Anda kena jelas, apa tujuan utama prospek yang dah masuk ke halaman produk anda, dah tahu harga produk, dah baca copywriting yang anda tulis dan dia klik ‘Add To cart’? Kenapa dia klik ‘Add To cart’?
Untuk beli online, itu jer. Dia memang dah berminat dengan produk tu, dah setuju dengan harga produk tu dan bersedia untuk membeli. Sebab tu dia klik ‘Add To cart’. Jadi, anda kena bantu prospek anda dan MUDAHKAN PROSES DIA UNTUK BELI ONLINE, itu jer. Jangan mintak dia buat benda lain.
Salah satu sebab kenapa orang Add To cart tapi tak teruskan membeli ialah anda ‘paksa’ dia daftar akaun kat kedai online e-Commerce anda. Cer tengok apa yang pelanggan anda nampak bila dia klik butang ‘Add To cart’ kalau anda ‘paksa’ prospek daftar akaun.
Diorang tak boleh nak Check Out dan buat bayaran online untuk beli selagi tak isi nama dan emel. Bukan semua orang tahan sabar untuk proses pembelian.
Sama macam kalau beli barang kat kedai luar, ada orang boleh ‘give up’ beratur panjang untuk beli barang sebab kena tunggu lama. Proses daftar akaun sebelum buat bayaran boleh jadi sebab diorang tak teruskan membeli. Disebabkan proses yang panjang dan mengganggu tujuan utama diorang.
Prospek boleh rasa rimas. Kebiasaannya sebab diorang dah tahu, kalau diorang daftar akaun nanti, mesti masuk emel-emel iklan atau promosi yang akan sesakkan emel diorang.
Jadi macam mana solusinya? Setkan bahagian Customer Account kepada ‘Optional’ atau ‘Disabled’. Ini bermaksud prospek ada pilihan sendiri nak daftar akaun atau tak nak ataupun anda setkan tak perlu daftar akaun langsung.
Kena Tambah Kos Penghantaran! – Sebab 2 Kenapa Orang Add To Cart Tapi Tak Teruskan Membeli
Gambar kat bawah ni tunjuk antara sebab popular kenapa pembeli online kat US klik ‘Add To Cart’ tapi tak teruskan membeli berdasarkan data dari website Statista.com. Cer tengok…
Kalau anda tengok dari data tu, ada 3 sebab berkaitan dengan kos penghantaran kenapa orang Add To cart tapi tak teruskan membeli. Pertama sebab kos penghantaran yang mahal. Kedua sebab tak ada kos penghantaran yang percuma. Dan ketiga sebab prospek tak tahu kena bayar kos penghantaran sebelum klik ‘Add To Cart’.
Jadi, kita boleh buat kesimpulan kat sini, prospek yang klik ‘Add To Cart’ ni hanya bersedia untuk membayar harga produk tu jer tapi tak bersedia nak tambah bayar harga kos penghantaran.
Sebagai contoh, prospek tu dah bersedia dan mampu untuk bayar harga produk RM37, tapi bila sampai part servis penghantaran, tengok-tengok dia kena tambah lagi harga kos penghantaran. Daripada dah boleh bayar, tiba-tiba dia rasa mahal pulak dan tak jadi beli.
Jadi macam mana solusinya? Seeloknya, kita jangan bagi prospek ‘kejutan’ tambah harga ni dengan tulis siap-siap kat bahagian copywriting produk yang diorang kena tambah harga kos penghantaran. Supaya diorang tahu sebelum klik ‘Add To cart’.
Kalau boleh, anda kaji balik harga produk dan keuntungan anda samaada anda boleh tawarkan kos penghantaran percuma atau tidak. Sebab orang memang suka benda-benda percuma ni.
Kalau anda boleh tawarkan kos penghantaran percuma, tulis jugak siap-siap kat bahagian copywriting produk ‘FREE SHIPPING’ atau sebagainya. Ini akan buatkan prospek teruja dan jelas yang mereka dah tak perlu tambah apa-apa harga lain lagi
Tempoh Penghantaran Yang Lama! – Sebab 3 Kenapa Orang Add To Cart Tapi Tak Teruskan Membeli
Ini juga berkaitan penghantaran produk dan sangat-sangat kritikal iaitu tempoh penghantaran. Prospek semestinya mahukan penghantaran yang cepat. Kebiasaannya tempoh penghantaran kat dalam Malaysia ni kalau guna Pos Laju ialah 3 hingga 4 hari bekerja bergantung pada tempat.
Kalau anda buat bisnes dropship dan pembekal produk anda adalah dari Aliexpress.com contohnya, penghantaran dari negara China ke alamat Malaysia ambil masa 18 hari hingga 30 hari. Lebih lama dari tempoh penghantaran yang biasa diterima kat dalam Malaysia.
Jadi, tempoh penghataran yang lama ni boleh jadi sebab kenapa orang Add To Cart tapi tak teruskan membeli. Bukan semua orang okay dengan tempoh penghantaran yang sampai 2 minggu.
Jadi macam mana solusinya? Solusi pertama, kalau anda buat bisnes dropship, cuba anda cari dulu pembekal produk dari dalam negara. Mungkin ada peniaga yang dah beli borong produk tersebut dan bawa masuk ke Malaysia. Jadi, anda boleh ada tempoh penghantaran yang singkat.
Solusi kedua, anda yang kena beli borong dulu dan simpan stok sendiri. Tapi anda kena ada modal yang besar, huhu. Oleh sebab kita nak mulakan bisnes dengan modal yang kecil, kita buat bisnes dropship jer dulu.
Kalau produk yang anda nak dropship tu memang tak ada pembekal dari Malaysia, dan hanya boleh diimport dari negara lain, pastikan anda jelaskan tempoh penghantaran produk tersebut kat bahagian copywriting produk supaya prospek jelas.
Untuk tempoh penghantaran yang sampai 2 minggu, anda boleh gunakan istilah ‘pre-order’.
Cara Bayar Online Yang Terhad! – Sebab 4 Kenapa Orang Add To Cart Tapi Tak Teruskan Membeli
Ini adalah sebab kritikal kenapa orang Add To Cart tapi tak teruskan membeli, cara bayar online yang terhad. Dalam panduan bisnes dropship secara e-Commerce Shopievo 2.0, kami ada satu bab dalam Fasa Pembangunan yang khusus untuk buat Payment Gateway.
Dalam video panduan tersebut, kami sarankan usahawan e-Commerce guna sistem pembayaran online dari Billplz yang boleh terima bayaran online kad debit dan kad kredit dari apa sahaja jenis bank secara automatik untuk pasaran Malaysia. Jadi, mudah untuk prospek buat bayaran online.
Untuk daftar sistem pembayaran online dari Billplz, usahawan perlu ada akaun bank semasa atas nama lesen perniagaan. Usahawan yang belum buat akaun bank semasa atas nama lesen perniagaan pasti akan gunakan servis Paypal.
Paypal juga boleh terima bayaran online kad debit dan kad kredit dari apa sahaja jenis bank secara automatik tapi ada satu kekurangan. Kebanyakan orang kat Malaysia ni tak biasa dengan Paypal dan diorang ingat kena ada akaun Paypal dulu baru boleh buat bayaran online. Jadi diorang tak jadi nak beli.
Jadi macam mana solusinya? Anda kena jugak usahakan buat satu akaun bank semasa atas nama lesen perniagaan supaya anda boleh daftar sistem pembayaran online dari Billplz, huhu.
Kesimpulan Kenapa Orang Add To Cart Tapi Tak Teruskan Membeli
Mungkin selama ni kita hanya fokus pada teknik dan strategi pemasaran untuk produk kita jer, tapi kita lupa kepentingan satu proses Checkout yang dapat memudahkan prospek untuk membeli online. Kita ingat produk tu tak laku tapi kita sendiri yang menyusahkan prospek untuk membuat pembelian.
Cara terbaik adalah, anda cuba jadi prospek yang nak beli di kedai online e-Commerce anda. Anda test sendiri proses Checkout kat kedai online anda samaada ia memudahkan atau menyusahkan. Dari situ, anda perbaiki. Apa sahaja proses semasa Checkout boleh buat prospek ‘turn on’ atau ‘turn off’ untuk membeli.
Okay, macam mana dengan pengalaman anda pulak? Apa sebab lain yang boleh buatkan orang Add To Cart tapi jadi ‘turn off’ untuk beli kat kedai online e-Commerce kita? Dan macam mana cara nak atasi benda tu?
Kongsikan jugak pengalaman anda kat bahagian komen supaya orang yang baca dapat manfaat dari anda dan dapat optimizekan kedai online diorang supaya dapat buat lebih jualan! Jumpa lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!
I may need your help. I’ve been doing research on gate io recently, and I’ve tried a lot of different things. Later, I read your article, and I think your way of writing has given me some innovative ideas, thank you very much.