Cara Tingkatkan Perceived Value Produk Untuk Bisnes e-Commerce

March 27, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Apa itu perceived value produk? Perceived value produk adalah persepsi atau penilaian dari hati dan fikiran individu terhadap sesuatu produk bisnes kita. Pandangan dan tanggapan manusia terhadap sesuatu produk dapat menentukan samaada dia sanggup bayar atau tidak harga produk tersebut.

 

Produk yang ada perceived value yang tinggi di hati dan fikiran pengguna menjadikan kita lebih kehadapan dari pesaing, membolehkan kita menjual dengan harga yang lebih tinggi dan membuatkan pelanggan pilih untuk membeli daripada kita.

 

Bagaimana Cara Tingkatkan Perceived Value Produk Untuk Bisnes e-Commerce?

 

Okay, untuk lebih jelas kat celah mana kita boleh buat usaha untuk tingkatkan perceived value produk yang kita jual dalam bisnes e-Commerce, cuba anda fikir dulu…kat mana tempat mula-mula orang akan nampak produk yang anda jual melalui kedai online e-Commerce anda?

 

Kalau anda follow panduan Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce, kita buat promosi produk yang kita jual kat kedai online e-Commerce kita guna FB Ads. Jadi orang akan nampak produk anda melalui iklan yang keluar kat newsfeed FB diorang.

 

Dan daripada iklan tu, kita letak satu link untuk bawak sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang produk tu ke satu halaman produk tersebut dalam kedai online e-Commerce kita, betul?

 

Jadi, tempat mula-mula orang akan nampak produk kita adalah melalui iklan FB Ads samaada iklan jenis gambar atau video dan kemudian siapa yang berminat akan klik link dan buat keputusan samaada nak beli atau tak kat halaman produk tersebut dalam kedai online e-Commerce kita.

 

Kat dua-dua tempat inilah peluang yang kita ada untuk tingkatkan perceived value produk kita pada pandangan orang yang nampak produk kita. Apa usaha yang kita boleh buat untuk tingkatkan perceived value produk untuk bisnes e-Commerce? Jom kita tengok caranya…

 

Buat Gambar Produk Yang Menarik! – Cara 1 Tingkatkan Perceived Value Produk Untuk Bisnes e-Commerce

 

Dalam video panduan Shopievo 2.0, kami ada buat satu video khusus pasal ‘Cara Design Gambar Yang Menarik’ dalam Fasa Teras yang panjangnya nak dekat 40 minit. Video ni kami buat untuk ajar anda design gambar disebabkan betapa pentingnya perlu ada gambar produk yang dapat menarik perhatian audience.

 

Gambar produk yang menarik akan digunakan untuk FB Ads dan kat dalam kedai online e-Commerce. Gambar iklan FB Ads anda perlulah menarik dan jelas sebab ia adalah salah satu faktor yang boleh mempengaruhi performance iklan anda nanti.

 

Saya jugak ada tulis satu artikel pasal design gambar menarik guna tool percuma Canva sebelum ni. Anda boleh baca artikel tu kat sini.

 

Apa sahaja produk yang anda nak jual, pasti ada pesaing yang menjual produk yang sama lebih-lebih lagi kalau buat bisnes dropship. Kebanyakan orang yang buat bisnes dropship, diorang akan gunakan gambar yang sama yang disediakan oleh supplier.

 

Jadi, kalau anda boleh hasilkan gambar produk yang berbeza dari yang lain, dan cun pulak tu, senang untuk orang perasan produk anda. Kelainan itulah yang buat kita diberi perhatian lebih.

 

Buat Video Produk! – Cara 2 Tingkatkan Perceived Value Produk Untuk Bisnes e-Commerce

 

Berdasarkan laman web Business.com, minda manusia proses info dalam video 60,000 kali lebih cepat berbanding info dalam penulisan. Selain guna gambar untuk iklan FB Ads, anda jugak boleh, malah disarankan guna iklan jenis video.

 

Melalui iklan jenis video, anda boleh sampaikan info produk dengan lebih efektif. Anda boleh tunjukkan kelebihan-kelebihan produk, tunjukkan produk secara live dari pelbagai sudut dan cara guna produk. Paling mudah, anda buat jer video slideshow guna beberapa gambar produk tersebut.

 

Selain guna video untuk FB Ads, anda jugak boleh masukkan video tu kat halaman produk tersebut dalam kedai online e-Commerce anda. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh laman web Animoto.com, video membantu 96% pengguna dalam membuat keputusan untuk membuat pembelian online.

 

Kedai online e-Commerce yang letak video produk dalam semua halaman produk dapat purata jumlah pembelian 68% lebih tinggi daripada kedai online e-Commerce yang letak video hanya untuk beberapa produk jer. Jadi, anda disarankan letak video produk kat semua halaman produk dalam kedai online e-Commerce anda.

 

Dengan video jugak dapat tukarkan orang yang hanya nak ‘tengok-tengok’ produk anda kepada pelanggan yang membeli. 88% daripada pemilik kedai online e-Commerce dalam kajian tersebut jugak bagitahu jumlah pembelian kat kedai online diorang meningkat lepas tambah video kat halaman produk.

 

Jadi, dengan data yang ada ini, anda boleh tingkatkan perceived value produk untuk bisnes e-Commerce anda dengan membuat video produk.

 

Ayat Iklan Yang Power! – Cara 3 Tingkatkan Perceived Value Produk Untuk Bisnes e-Commerce

 

Ayat iklan jugak digunakan kat dua tempat iaitu FB Ads dan kat halaman produk dalam kedai online e-Commerce. Ayat iklan kat FB Ads sebaiknya ringkas dan straight to the point bagitahu ini produk apa dan selitkan sikit kelebihan utamanya . Sebab kita nak orang senang nampak dan klik link untuk ke halaman produk tersebut.

 

Ayat iklan kat halaman kat halaman produk pulak, anda boleh buat panjang-panjang. Yang penting info produk yang berkaitan. Kat sini anda boleh letak segala manfaat dan kelebihan produk. Anda senaraikan dalam bentuk bullet point supaya nampak tersusun dan menarik.

 

Bila nampak tersusun dan menarik, orang jadi tak boring nak baca sampai habis. Jadi orang pun dapat semua info-info penting contoh macam masalah yang dihadapi, butiran produk, manfaat dan macam mana cara nak dapatkan.

 

Gunakan ruang ayat iklan ni sebaiknya supaya dapat tingkatkan perceived value produk untuk bisnes e-Commerce anda. Kami jugak ada sediakan satu artikel pasal macam mana nak buat ayat jualan power sebelum ni. Anda boleh baca artikel tu kat sini.

 

Guna Packaging Dengan Logo Bisnes Anda! – Cara 4 Tingkatkan Perceived Value Produk Untuk Bisnes e-Commerce

 

Kelebihan produk tidak terhad kepada manfaat produk jer. Bagaimana anda ‘layan’ produk anda tu sebenarnya dapat menentukan bagaimana prospek menilai produk anda. Bayangkan anda menjual baju T-shirt. Kebiasaannya pelanggan akan terima T-shirt dalam plastik dan mungkin ada tanda harga.

 

Bagaimana kalau anda buat packaging sendiri, paper bag dengan logo bisnes anda contohnya? Dan anda letak pulak satu kad bisnes atau sticker dengan logo bisnes anda. Sudah tentu orang akan melihat produk anda lebih berkualiti dan lebih tinggi nilainya walaupun produk yang sama.

 

Penilaian ini yang buatkan orang sanggup bayar lebih untuk dapatkan produk tersebut dari anda. Kalau dah ada packaging sendiri yang lebih menarik, bolehlah anda gunakan gambar produk dengan packaging sekali untuk FB Ads dan kat halaman produk untuk tingkatkan perceived value produk. Orang tengok pun, wow!

 

Tunjukkan Testimoni Dan Feedback! – Cara 5 Tingkatkan Perceived Value Produk Untuk Bisnes e-Commerce

 

Sesetengah orang beli sesuatu produk dari tempat tertentu hanya sebab ada orang yang rekemenkan. Walaupun produk tersebut lebih mahal berbanding tempat lain. Orang yang bagi recommendation ni sebenarnya dia bagi feedback yang positif. Kita yang nak beli barang online ni pun sebolehnya nak elakkan masalah membeli online.

 

Testimoni dan feedback yang positif dapat tingkatkan perceived value produk untuk bisnes e-Commerce. Ia dapat membantu pelanggan untuk membuat keputusan membeli berdasarkan feedback positif pembeli lain.

 

Jadi, anda boleh letakkan screenshot testimoni pelanggan yang pernah beli produk tersebut kat halaman produk dalam kedai online e-Commerce anda.

 

Kesimpulan Cara Tingkatkan Perceived Value Produk Untuk Bisnes e-Commerce

 

Okay, itu 5 cara tingkatkan perceived value produk yang anda boleh buat untuk bisnes e-Commerce anda. Perceived value produk dapat bagi rasa kepuasan dan nilai yang lebih tinggi di hati dan fikiran seseorang yang mana dapat meningkatkan peluang untuk orang buat keputusan membeli.

 

Saya harap semoga artikel ini dapat memberi anda sedikit sebanyak manfaat kepada anda dalam membantu anda lebih maju dalam mengusahakan bisnes e-Commerce. Jumpa lagi dalam artikel lain nanti! Woot woot!

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

1 Comments

1 Comment

  1. gate.io

    I have read your article carefully and I agree with you very much. This has provided a great help for my thesis writing, and I will seriously improve it. However, I don’t know much about a certain place. Can you help me? https://www.gate.io/fr/signup/XwNAU

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cara Tingkatkan Perceived Value Produk Untuk …

by admin time to read: 5 min
1