Hai! Anda ada tak guna Instagram untuk bisnes dropship e-Commerce anda? Kalau belum, saya sarankan anda mula buat akaun instagram untuk bisnes sebab Instagram boleh jadi satu medium kita untuk dapatkan audience yang targeted, medium pemasaran dan peluang untuk kita bina ‘peminat’ untuk bisnes kita secara organik atau percuma.
.
Sama macam media sosial yang lain jugak, Instagram pun ada cara yang betul untuk kita gunakan secara berkesan. Jadi dalam artikel ni, saya akan tunjukkan pada anda 7 cara mudah nak naikkan follower kat Instagram. Jom layan!
.
Guna Hashtag Yang Berkaitan! – Cara 1 Naikkan Follower Instagram
.
Matlamat kita kat Instagram adalah untuk kekal berhubung dengan orang yang berminat dengan bisnes kita. Hasilkan gambar atau video yang kreatif dan menarik dapat tarik perhatian follower yang sedia ada.
.
Tapi untuk tarik perhatian follower baru, kita kena masukkan hashtag yang berkaitan kat bahagian caption content kita tu. Sebabnya, kalau ada orang yang search hashtag tu jugak kat instagram, dia akan jumpa post kita tu.
.
Macam mana nak cari hashtag yang berkaitan? Senang jer. Kita cuma perlu taip ‘keyword’ niche atau produk kita tu kat bahagian ‘tags search’ Instagram. Sebagai contoh, kalau anda jual tudung labuh, taip je ‘tudunglabuh’ kat bahagian ‘tags search’ Instagram, nanti akan keluar auto-suggestion hashtag-hashtag lain yang berkaitan.
.
Kita boleh masukkan 30 hashtag dalam satu-satu post, jadi sebolehnya anda cari dan guna 30 hashtag yang berkaitan.
.
Guna Hashtag Yang Berkaitan Dalam Story Post! – Cara 2 Naikkan Follower Instagram
.
Hashtag jugak boleh dimasukkan dalam Story Post dekat Instagram samaada dengan cara guna hashtag stickers ataupun taip jer hashtag tu kat bahagian caption Story Post tu. Contohnya, macam akaun Instagram kat bawah ni, dia guna hashtag ‘#gaminglaptop’…
.
.
Kalau anda guna hashtag pada Story Post, ada peluang post anda tu muncul kat bahagian Story untuk sesuatu hashtag tu.
.
Ok, sekejap… sebelum saya teruskan dengan Cara ke-3, anda boleh belajar Cara Naikkan Followers & Tingkatkan Jualan di Instagram melalui salah satu ebook kami nak rekemen kat bawah ni.
Kalau serius nak belajar short cut untuk buat marketing di Instagram, saya rekemenkan anda dapatkan ebook panduan IG Ads Turbo!
.
Orait? Okay, jom kita teruskan dengan Cara ke-3 Naikkan Followers Instagram.
.
Post Content Secara Konsisten! – Cara 3 Naikkan Follower Instagram
.
Post content anda seperti gambar atau video secara konsisten setiap hari. Sebolehnya 3 kali sehari selapas makan. Gitu, macam makan ubat pulak, huhu. Kalau tak mampu 3 kali sehari, cuba post content 2 kali sehari.
.
Konsisten bukan hanya terhad dari segi jumlah post jer, tapi konsisten jugak dari segi tema warna bisnes anda, penggunaan logo pada content dan susunan content tu kat profile akaun Instagram bisnes anda. Contohnya macam akaun Instagram kat bawah ni…
.
.
Bila orang masuk jer tengok profile akaun Instagram tu, dah rasa terpukau dengan cara dia post content, susunan dan penggunaan warna pada content. Kreatif kan? Anda tak ada idea nak post apa kat Instagram? Anda boleh baca artikel 3 Tool Percuma Hasilkan Content Untuk Media Sosial ni.
.
Post Pada Waktu Yang Terbaik! – Cara 4 Naikkan Follower Instagram
.
Waktu untuk post content tu rasanya tak ada masalah sangat, cukup sekadar post bila-bila waktu pagi, petang dan malam. Cuma waktu untuk post gambar atau video berbentuk promosi produk je yang kita kena cari waktu yang terbaik.
.
Kalau anda post pukul 3-4 pagi, mungkin ramai orang yang dah tidur. Kalau anda post pukul 5-6 petang, mungkin orang tak bukak Instagram sangat sebab pergi riadah. Senang cerita, kita nak post pada masa yang follower kita paling ramai bukak Instagram.
.
Susah nak tahu yang tepat sebenarnya, tapi kita boleh buat pemerhatian berdasarkan enggagement (like, video views & komen) yang kita dapat daripada content-content yang kita post sebelum ni.
.
Kita tengok waktu bila yang lebih banyak dapat enggagement. Kita perlukan enggagement dari follower sebab kengkawan diorang nanti boleh tengok jugak apa yang diorang like, jadi ada peluang untuk kengkawan diorang jumpa akaun Instagram bisnes kita jugak.
.
Curi Follower Instagram Pesaing! – Cara 5 Naikkan Follower Instagram
.
Salah satu cara terbaik untuk cari dan tarik follower baru ialah dengan ‘curi’ follower akaun Instagram pesaing dalam niche bisnes anda. Jangan risau, curi follower kat Instagram ni halal, sama macam curi hati, huhu.
.
Sebab orang yang follow akaun Intagram pesaing dalam niche bisnes anda ni dah ada minat yang sama jugak dengan bisnes anda dan ada peluang diorang akan berminat dengan produk atau servis anda.
.
Macam mana nak ‘pikat hati’ diorang supaya follow akaun Instagram kita? Cuba enggage dengan diorang seperti follow diorang dulu, like dan komen kat gambar Instagram diorang. Nanti diorang akan dapat notification dan dari situ diorang akan sedar dengan kewujudan akaun Instagram bisnes anda.
.
Buat Paid Review! – Cara 6 Naikkan Follower Instagram
.
Haaa…kalau anda nak usaha naikkan follower Instagram secara drastik, cara ni kena laburkan duit sikit, buat paid review dari akaun-akaun instagram yang ada followers yang besar.
.
Cara ni jugak dipanggil Influncer Marketing. Kita mintak seseorang atau akaun instagram yang dah ada kredibiliti dan followers yang ramai dalam sesuatu niche, untuk buat review atau rekemenkan akaun Instagram bisnes kita.
.
Cara terbaik adalah cari akaun Intagram dalam niche bisnes kita yang ada followers lebih dari 20 ribu (20k followers). Kebiasaannya, akaun Instagram yang ada buat paid review ni kat bio dia ada letak emel untuk kita contact untuk tujuan bisnes.
.
Anda contact je pemilik akaun Instagram tu, dan tanyakan info lanjut pasal paid review, macam mana car
.
Minta Orang Follow Instagram Kita! – Cara 7 Naikkan Follower Instagram
.
Tak ada salahnya kita terus Direct Message (DM) seseorang tu kat Instagram dan mintak dia follow akaun Instagram kita. Sama macam yang Youtuber selalu buat dalam video diorang kat Youtube. Kat akhir video tu diorang mintak penonton tekan butang ‘subscribe’ untuk follow.
.
Tapi cuba mintak orang follow dengan cara yang berhemah. Sebagai contoh, kita perkenalkan bisnes kita dulu, apa yang kita buat, apa yang akan kita sampaikan kat Instagram dan barulah mintak dia untuk follow kalau sudi dan berminat, huhu.
.
Kadang-kadang ada orang yang dah berminat dengan bisnes kita, dah like atau komen kat Instagram bisnes kita tapi terlupa nak tekan butang ‘follow’. Jadi, anda boleh terus mintak orang follow Instagram anda engan cara yang berhemah untuk naikkan follower Instagram anda.
.
Kesimpulan Naikkan Follower Instagram
.
Memandangkan ada 500 juta akaun Instagram seluruh dunia yang aktif setiap hari dan 80% daripada jumlah tu follow paling kurang 1 akaun Instagram bisnes, jadi sangat eloklah kalau kita dapat ambil peluang ni dan jadikan Instagram sebagai satu lagi medium pemasaran untuk tambah peminat dan follower dan tonjolkan produk atau servis kita.
.
Jadi, 7 cara mudah naikkan follower Instagram yang dah saya terangkan tadi dapat membantu anda cari audience untuk bisnes anda kat Instagram. Apa-apa pun, anda jangan terlalu kerap post pasal produk untuk promosi je. Cuba post content-content yang lain jugak supaya follower anda tak rimas dan sentiasa inginkan update dari Instagram anda.
.
Okay, cukup setakat tu dulu buat masa ni. Jumpa lagi kat artikel yang lain nanti! Woot woot!
Naikkan follow
Naik kan followers 12K🙏😔
_.ftasyuraa tolong naikkan 32k 🙏🏼
Tolong naikkan followers saya 12K @saif_kasparov
follow my ig zalishuhali
Terima kasih..membantu
Sy nak dapatkan follower banyak
Naikkan 1M ig saya @itsxme_Cynthia
A screening test to determine the presence of cervical cancer propecia regrowth