Kisah Usahawan e-Commerce: Berubah Plan Dari Buat Produk Sendiri Kepada Bisnes Dropship

May 26, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Paul Lee adalah founder kepada kedai online e-Commerce HuskyBeard.com. Sebelum HuskyBeard diwujudkan pada awal tahun 2016, kehidupan Paul Lee sangat jauh dari bidang bisnes. Dia belajar dalam bidang seni kat sebuah kolej kat U.S, dan bekerja sepagai pelayan restoran dari pagi ke petang.

 

 

Sama macam kebanyakan kita, Paul Lee jugak tak minat dengan kerjanya. Bila restoran tu tengah hambar, dia habiskan masa membaca buku-buku pasal bisnes. Kat rumah pulak, dia banyak tengok video-video kat internet pasal bagaimana nak mulakan perniagaan sendiri dan bagaimana menjalani kehidupan bekerja dari rumah.

 

“Masa kat kolej dan tengah kerja, saya selalu rasa macam saya tengah buang masa. Saya tak pernah rasa bebas, rasa terikat dengan peraturan kerja dan asyik bekerja untuk orang lain je.”

 

Sejak itu, Paul Lee membina kedai online e-Commerce sendiri dalam niche janggut iaitu HuskyBeard.com sampai jadi bisnes enam angka. Dia berhenti kerja, berhenti kolej dan mula merancang masa depan dengan cara yang berbeza.

 

Bagaimana Paul Lee Bermula?

 

Paul Lee terfikir nak buat bisnes dalam niche janggut sejak dia sendiri teringin nak mula simpan janggut. Dari situ, dia mula kaji pasal pasaran dan minat golongan lelaki yang suka simpan janggut. Dia mula belajar pasal teknik-teknik trim janggut dan masalah-masalah berkaitan janggut seperti janggut tak terurus serta janggut kering.

 

Dia mula berinteraksi dengan komuniti lelaki yang simpan janggut kat Instagram, sampai terjumpa satu group yang betul-betul minat dalam menyimpan janggut dan suka ‘show-off’ atau berkongsi gaya janggut diorang, huhu.

 

Nampak Peluang Nak Buat Produk Sendiri!

 

Makin banyak dia mengkaji pasal janggut, makin dia nampak potensi pasaran yang ada. Walaupun dah ada brand-brand besar yang dah berjaya dengan bisnes dalam niche janggut, tapi masih ada komuniti yang bersedia untuk dapatkan produk baru.

 

Ketika Paul Lee mengkaji dan mencari idea produk untuk bisnes sendiri, dia banyak terjumpa produk-produk yang tak sah. Dia jugak jumpa orang jual vitamin biasa yang claim sebagai minyak janggut untuk pertumbuhan janggut dan formula pertumbuhan janggut yang ada kesan sampingan yang buruk.

 

Jadi, dia nampak peluang untuk mencipta produk pertumbuhan janggut yang betul-betul berkesan.

 

Berhadapan Dengan Risiko Yang Tinggi!

 

Paul Lee melaburkan masa, tenaga dan duitnya pada penyelidikan formula pertumbuhan janggut selama 3 bulan. Beliau berunding dengan penyelidik perubatan dan syarikat pertumbuhan rambut untuk menganalisis penyelidikannya dan menentukan sama ada formula ramuan tersebut berkesan ataupun tidak.

 

Seterusnya, beliau mengupah ahli kimia kosmetik untuk membantu membuat produknya. Dia membelanjakan $700 daripada duit simpanannya untuk membuat formula dan berunding dengan pakar. Dia teruja untuk terus maju, mendorong produknya semakin dekat menjadi kenyataan.

 

Tetapi keadaan bertukar menjadi susah apabila dia mengahadapi beberapa risiko.

 

Yang pertama, ahli kimianya memberitahu bahawa untuk membangunkan formulasi produk tersebut, sekurang-kurangnya memerlukan pengeluaran 1000 unit dan kos minimumnya adalah $10,000.

 

Yang kedua, pengawal selia undang-undang kosmetik memberitahu proses mendaftar produk baru dengan Food & Drug Association (FDA) kat U.S berharga lebih dari $2 juta dan boleh mengambil masa 4-8 tahun untuk diproses.

 

Paul Lee berasa down dan menerima bahawa plan bisnes tu tak akan menjadi setelah pelbagai usaha yang telah dibuat.

 

Terjumpa Dengan Model Bisnes Dropship e-Commerce!

 

Pada satu malam, masa Paul Lee tengah tengok video-video pasal bisnes kat Youtube, dia terjumpa dengan idea buat bisnes dropship e-Commerce. Dari situ, dia jumpa lebih banyak cerita pasal usahawan yang berjaya buat bisnes dropship.

 

Antara kelebihan buat bisnes dropship adalah dia tidak perlu keluar modal beli produk sendiri. Supplier sendiri yang akan simpan stok, dan dia hanya akan membayar kepada supplier bila dia dapat membuat jualan. Ini adalah model bisnes yang lebih selamat dan lebih bijak daripada melabur pada produk dengan modal $10,000 yang belum tentu terjual.

 

Dia jugak tak perlu menguruskan penghantaran sebab supplier sendiri yang akan hantar produk tu terus kepada pelanggannya. Tugas Paul Lee sebagai agen dropship hanyalah mencari produk dan mempromosikan produk.

 

Buat bisnes secara dropship ni ternyata cara terbaik untuk mulakan bisnes. Dia boleh ‘try’ macam-macam produk untuk di-dropship untuk menguji pelanggan yang sebenar, sebelum membuat keputusan untuk melabur membeli secara borong.

 

“Saya tukar model bisnes saya, dari membuat produk sendiri kepada bisnes dropship.” katanya.

 

Dia membina kedai online e-Commerce sendiri menggunakan pembina laman web e-Commerce Shopify dan memasang aplikasi Oberlo yang membolehkannya memasukkan apa sahaja produk secara automatik dari Aliekspress.com.

 

Jualan $100k Dalam Tahun Pertama!

 

Disebabkan Paul Lee menukar model bisnesnya kepada bisnes dropship, banyak benda yang dia kena belajar. Dia akui, “Pada mulanya, saya mengusahakan bisnes dropship e-Commerce selama 10-12 jam sehari tanpa henti.”

 

Dia mendapati bahawa kajian dan pemilihan produk adalah ‘kunci’ dalam kejayaan bisnes dropship. “Pada mulanya, saya banyak menghabiskan masa meng-explore AliExpress.com hanya untuk mencari apa-apa produk yang boleh dijual berkaitan dengan janggut.”

 

Setelah try & error pelbagai produk dan gagal untuk menjual dalam pasaran niche janggut, akhirnya dia jumpa ‘winning product’, produk yang betul-betul ada permintaan daripada target audience. Dari situ, dia tingkatkan usahanya, memberi tumpuan kepada menguasai strategi pengiklanan Facebook dan membina jenama HuskyBeard.

 

Dia masih ingat betapa dia gembira bila dia boleh dapat jualan $1000 dalam masa satu hari, ” saya rasa macam nak bagitau semua orang!”

 

 

Pada tahun pertama HuskyBeard.com ditubuhkan,  kedai online tersebut menjana jualan lebih dari $100k. Lepas beberapa bulan menguruskan HuskyBeard.com, Paul Lee berhenti dari pengajiannya kat kolej dan berhenti kerja.

 

Kesimpulan Cerita Paul Lee

 

Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih. Paul Lee banyak menghabiskan masa belajar pasal bisnes walaupun pengajian dan pekerjaannya tak berkaitan dengan bisnes yang akhirnya menemukan beliau dengan model bisnes dropship e-Commerce.

 

Ternyata, buat bisnes dropship adalah cara terbaik untuk memulakan bisnes. Kita tak perlu keluar modal beli produk sendiri. Supplier sendiri yang akan simpan stok, dan kita hanya akan membayar kepada supplier bila kita dapat membuat jualan.

 

Ini adalah model bisnes yang lebih selamat dan lebih bijak daripada melabur pada produk dengan modal ribu-riban atau ratus-ratus yang belum tentu terjual. Kita jugak tak perlu uruskan penghantaran sebab supplier sendiri yang akan hantar produk tu terus kepada pelanggan. Tugas kita sebagai agen dropship hanyalah mencari produk dan mempromosikan produk.

 

Saya harap, lepas anda membaca cerita ini, anda akan lebih termotivasi untuk terus berusaha menjalankan bisnes dropship sampai mendapat pendapatan yang stabil. Okay, jumpa lagi dalam artikel seterusnya, woot woot!



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah Usahawan e-Commerce: Berubah Plan Dari …

by admin time to read: 4 min
0