Hai! Kali ni saya ada tips lagi untuk orang yang bekerja dari rumah, samaada anda buat bisnes online ataupun buat kerja-kerja freelancer. Kalau sebelum ni saya tulis pasal macam mana nak kekalkan produktiviti bekerja dari rumah, kali ni saya tulis pasal tips untuk kekal fokus bekerja dari rumah.
Kanapa kita perlu fokus? Kita perlu fokus untuk selesaikan segala tugasan dengan secepat yang mungkin supaya kita boleh progress pada tugasan yang lain pulak. Bila kita tak boleh nak fokus pada sesuatu tugasan, kita tak boleh nak bagi yang terbaik pada apa yang tengah kita usahakan.
Bila tak dapat nak bagi yang terbaik pada apa yang tengah kita usahakan, kita boleh rasa down sebab tahu sebenarnya kita mampu buat yang lebih baik. Bila rasa down, kita dah tak ada mood nak buat sesuatu tugasan tu. Hilang produktiviti dalam kehidupan seharian. Semua benda tertangguh. Dan kita kena ambil masa untuk bangkit kembalikan produktiviti.
Benda ni boleh berulang-ulang kalau kita tak atasi masalah fokus pada awalnya. Jadi dalam artikel ni saya akan bagi anda beberapa tips untuk kekal fokus bekerja dari rumah. Jom layan…
Dapatkan Tidur Yang Cukup! – Tips 1 Kekal Fokus Bekerja Dari Rumah
Kerja is kerja, rehat is rehat! Pastikan anda dapatkan tidur yang cukup. Bagi saya ini memang point yang paling kritikal untuk kita kekal fokus dalam kehidupan seharian. Dapatkan tidur yang cukup. Susah nak buat sesuatu benda yang perlukan daya fikir dan konsentrasi minda bila si otak dah ‘tak ada mood’ nak jalankan tugas beliau. Semua benda jadi blank.
Tambahan pada tidur yang cukup, anda boleh makan makanan yang sihat dan amalkan gaya hidup yang sihat. Haaa…cliché sangat. Haha.
Rancang Kehidupan Seharian Anda! – Tips 2 Kekal Fokus Bekerja Dari Rumah
Lebih senang untuk kita fokus pada tugasan bila kita dah tahu nak buat apa dan bila kita nak buat tugasan tu. Jadi kita kena merancang. Rancang tugasan dan rancang jadual. Setiap orang pulak ada waktu masing-masing bila dia lebih produktif untuk buat sesuatu tugasan.
Ada yang jenis ‘morning person’ yang lebih produktif buat kerja waktu pagi dan ada pulak yang jenis ‘burung hantu’ yang lebih suka buat kerja lewat malam sampai pagi-pagi buta. Tak kira yang mana satu pun anda, anda boleh rancang kehidupan seharian anda ikut selera anda sendiri. You are the boss!
Bahagikan Tugasan! – Tips 3 Kekal Fokus Bekerja Dari Rumah
Pecahkan tugasan utama anda kepada beberapa tugasan yang kecil. Dan selesaikan satu per satu tugasan kecil sehingga dapat selesaikan tugasan utama. Ini akan memudahkan anda untuk selesaikan sesuatu tugasan tu dan lebih nampak ‘the bigger picture’ apa yang anda perlu buat sebenarnya.
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Jangan Multitask! – Tips 4 Kekal Fokus Bekerja Dari Rumah
Hidup sebagai usahawan yang bekerja dari rumah, anda mungkin ada pelbagai ‘side hustle’ yang anda tengah usahakan. Sebagai contoh, anda mungkin tengah usahakan bisnes dropship e-Commerce dan pada masa yang sama anda jugak buat kerja freelance menulis artikel kat sebuah laman web.
Setiap usaha yang anda buat tu pulak ada tugasan-tugasan yang anda kena selesaikan dengan kemahiran yang berbeza. Sebagai contoh, buat video lah, edit gambar lah, buat kajian produk hot lah, brainstorming idea lah dan sebagainya.
Jangan multitask atau buat semua kerja serentak dan cuba selesaikan satu per satu sebab minda kita kita dapat ‘bekerja’ denganlebih baik kalau kita fokus pada satu tugasan dalam satu-satu masa.
Selesaikan Hal Lain Sebelum Mula Tugasan! – Tips 5 Kekal Fokus Bekerja Dari Rumah
Sama macam kita nak buat persediaan untuk solat, yang mana kita disarankan untuk selesaikan segala hal peribadi dulu seperti makan, minum dan pergi tandas sebelum mula solat. Tujuannya, supaya kita boleh khusyuk dalam solat kita.
Macam tu jugak bila kita nak mula buat sesuatu tugasan. Kita jugak boleh apply konsep ni dalam kehidupan seharian. Selesaikan segala hal peribadi lain dulu sebelum nak mulakan sesuatu tugasan. Supaya minda kita lebih fokus dan tak beralih pada benda lain.
Kemas Tempat Kerja Anda! – Tips 6 Kekal Fokus Bekerja Dari Rumah
Clear desk, clear mind! Pastikan anda kemas ruang tempat anda buat tugasan. Bila anda perlu fokus untuk buat tugasan, penting untuk anda alihkan semua benda yang boleh serabutkan minda anda.
Kertas-kertas yang anda guna untuk conteng-conteng semalam? Buang dalam tong sampah. Dokumen-dokumen berselerak yang anda guna untuk buat rujukan? Susun kat tempat yang sepatutnya. Wayar-wayar extension, speaker dan wayar usb kat keliling laptop anda? Cuba letakkan kat bawah meja.
Kemas dan alihkan semua benda yang tak perlu kat meja atau tempat anda buat tugasan anda.
Hargai Diri Dengan Sesuatu! – Tips 7 Kekal Fokus Bekerja Dari Rumah
Penting untuk anda tahu kalau anda dah capai tahap produktiviti yang memuaskan pada tugasan tertentu dan tidak bekerja secara berlebih-lebihan. Bila duduk pun dah rasa sakit punggung dan fikiran anda tak berapa nak perform lagi, dapatkan rehat dulu. Anda boleh kembali pada tugasan bila otak anda dah segar balik.
Kadang-kadang walaupun kita suka buat tugasan yang kita lakukan, pasti ada masa-masa kita akan rasa struggle jugak. Dan kita akan bekerja lebih baik kalau kita termotivasi untuk buat sesuatu tugasan tu.
Macam mana nak kasi supaya kita lebih termotivasi sikit? Anda boleh bagi ganjaran pada diri setiap kali lepas siap sesuatu tugasan. Ganjaran tak perlu pun sampai belikan hadiah untuk diri sendiri. Cukup sekadar buat benda yang anda suka. Mungkin anda suka minum kopi. Ataupun pergi main Mobile Legend. Bagi masa untuk buat kerja, bagi masa untuk hargai diri sendiri jugak, huhu.
Kesimpulan Tips Kekal Fokus Bekerja Dari Rumah
Berdasarkan artikel yang saya baca di Wall Street Journal, orang yang bekerja kat ofis boleh terganggu dan hilang fokus setiap 11 minit. Jadi, untuk orang yang bekerja 8 jam sehari, anda boleh terganggu 43 kali sehari secara purata. Bayangkan kalau yang bekerja dari rumah? Mesti lagi senang untuk hilang fokus sebab tak ada siapa yang kawal kita, huhu.
Dan setiap kali lepas seseorang itu hilang fokus disebabkan teralih perhatian pada benda-benda lain, ia akan ambil masa secara purata 25 minit untuk kembali fokus pada tugasan yang asal. Senang terganggu setiap kali 11 minit dan kembali fokus lepas 25 minit! Wow, senang untuk bazir masa gitu je!
Tak hairanlah kalau kita tak fokus pada tugasan yang kita buat boleh bawa kepada hilangnya produktiviti dalam kehidupan seharian. Jadi, saya harap artikel ni dapat bantu anda untuk lebih fokus bekerja dari rumah lepas ni. Okay, cukup setakat ni dulu, nantikan artikel seterusnya! Woot woot!
0 Comments