Dalam proses mengusahakan bisnes online, semakin banyak kita menimba ilmu…semakin kita sedar yang kita banyak buat silap. Semakin kita sedar luas lagi ilmu-ilmu bisnes online yang belum kita belajar dan semakin kita sedar banyak lagi benda yang kita kena ‘catch up’ disebabkan industri teknologi marketing yang sentiasa berkembang.
.
Hasilnya pulak, kita semakin nampak ‘the whole process’ yang terbaik untuk usahakan sesuatu bisnes online. Kita semakin jelas dengan benda-benda kritikal yang mesti kena buat dan yang tak perlu buat. Kita jugak semakin berhati-hati dan bijak dalam merancang plan tindakan usahakan apa-apa bisnes online. Sampaikan kadang-kadang kita tertanya “kenapalah aku tak tahu benda ni lebih awal dulu?”.
.
Tahun 2019 ni saya banyak belajar benda baru yang kritikal dalam bisnes online. Antaranya marketing untuk dapatkan database prospek, sales funnel, automated sales process dan kempen marketing. InsyaAllah, saya akan kongsikan satu persatu nanti. Untuk siri artikel Panduan Asas ManyChat ni, saya nak kongsikan pasal ManyChat dulu.
.
Apa Matlamat Siri Artikel Panduan Asas Manychat?
.
Kenapa saya nak cerita pasal ManyChat? Sebab bagi saya, penggunaan ManyChat ni tengah trending dalam industri teknologi marketinghari ini. Seingat saya, mula nak up pada awal tahun 2019 dan memang tengah hot sekarang dalam kalangan usahawan yang buat marketing untuk bisnes online masing-masing.
.
Jadi, sangat eloklah kalau saya dapat kongsikan macam mana cara untuk kita memanfaatkan penggunaan ManyChat ni dalam kempen pemasaran bisnes online. Sebelum saya terangkan serba sikit berkaitan ManyChat, saya nak terangkan dulu apa matlamat saya tulis siri artikel Panduan Asas Manychat ni. Antaranya ialah…
.
- Untuk bagi kesedaran pada usahawan online macam mana ManyChat ni dapat membantu dalam kempen pemasaran terutamanya untuk kumpul database prospek.
- Untuk tunjukkan beberapa fungsi asas ManyChat.
- Untuk tunjukkan cara guna ManyChat supaya usahawan online berkemahiran menggunakan ManyChat dalam kempen pemasaran.
- Dan sudah tentulah, saya nak mencari dan kongsikan satu kempen pemasaran yang guna ManyChat khusus untuk bisnes e-Commerce. Sebab kita dalam komuniti Geng Shopievo kebanyakannya mengusahakan bisnes e-Commerce.
.
Itu antara matlamat dan hasil yang saya nak anda dapat dari pembacaan siri artikel Panduan Asas ManyChat buat masa ni. Senang sikit dah ada matlamat…supaya tak adalah saya meleret-leret cerita benda-benda yang tak berkaitan nanti. Okay, jom kita teruskan…
.
Apa itu Manychat? – Panduan Asas Manychat 101
.
ManyChat adalah satu software automation untuk Facebook Messenger. Atau kita panggil dia Facebook Messenger Bot. Kebiasaannya, bila ada perkataan ‘BOT’ ni, ia melibatkan sistem yang membuat sesuatu tindakan secara automatik. Jadi, fungsi ManyChat ni ialah mengautomasikan perbualan anda (sebagai entiti bisnes) dan pelanggan anda dalam Facebook Messenger.
.
Apa Fungsi ManyChat Untuk Bisnes Anda? – Panduan Asas ManyChat 101
.
Dengan ManyChat, anda boleh menjawab soalan pelanggan secara automatik, reply komen, terangkan pasal bisnes dan produk, kumpul database prospek, berkongsi content dan membuat promosi untuk tingkatkan jualan…semuanya secara automatik. Anda rasa bisnes anda perlu guna ManyChat tak? Sudah tentu lah kan! ‘…Benda boleh automatik, buat apa nak manual?…’. Secara ringkasnya, ManyChat mengautomasikan proses kumpul database prospek dan proses membuat jualan untuk bisnes online anda.
.
Apa Persediaan Yang Anda Perlukan Untuk Mula Guna ManyChat?
.
Untuk mula guna ManyChat, anda hanya perlu ada Facebook Page untuk bisnes anda jer. Jadi, pastikan anda dah ada FB Page untuk bisnes. Lepas tu kita kena connect FB Page tu dengan ManyChat untuk log masuk ke ManyChat. Caranya, pergi ke halaman utama ManyChat dan klik ‘GET STARTED FREE’…
.

.
Lepas tu tandakan pada kotak privacy policy dan klik ‘Sign In With Facebook’. Kemudian, log masuk ke akaun FB guna emel dan password macam biasa…
.

.
Anda akan diminta untuk pilih FB Page yang nak dihubungkan dengan ManyChat. Ikut sahaja proses log masuk ManyChat tu sampailah anda pergi ke bahagian ‘Dashboard’ macam kat bawah ni. Itu maksudnya anda dah pun log masuk ke ManyChat dan dah boleh guna beberapa fungsi ManyChat. Kita akan guna versi percuma sahaja dulu…
.

.
Kesimpulan Panduan Asas ManyChat 101
.
Melalui artikel ni, anda dah tahu apa itu ManyChat, apa fungsinya untuk bisnes anda dan apa persediaan yang anda perlukan untuk mula guna ManyChat. Anda pun dah berjaya log masuk ke ManyChat, tinggal lagi nak mula guna jer, huhu. Dalam siri artikel seterusnya nanti, saya akan terangkan pulak beberapa fungsi asas yang kita boleh guna dalam ManyChat ni. Okay, cukup setakat ni dulu…kita sambung lagi dalam artikel seterusnya. Woot woot!
.
I love the fɑct thhat it’s completеly free spoorts
betting tokens еach hour, but 20 tokens aren’t еnough foг me!
Maybe in myy opinion ѡe sһould һave one free legendary 4 card game for
eᴠery daʏ, togеther witһ the daily 20 free
tokens…my vіew..
vip bayan escort için tıkla ve ulaş bayan sizi bekliyor
otele gelen ucuz escort bayan ile tıklayın
arabada görüşen escort için tıkla
en iyi balık etli escort burada tıkla ulaş ona
arabada ucuz veren escort burada tıkla ve ulaş ona
en iyisinde güzel rus escort bayan
en iyi kaliteli escort bayan burada
kaliteli yerli escort bulmak için tıklaman yeterli olacaktır sadece
eve otele gelen tek escort burada vip escort tıkla ulaş ona
Traditional grading for chemotherapy induced alopecia does not account for the patterns of loss seen in PCIA, of which the most common appears to be a female pattern with accentuated hair loss in androgen dependent regions of the scalp where can i buy cialis on line Basic mechanisms of ER mediated transcriptional regulation
Çalışma Şarları Mükemmel malatya escort yararlanmaya başlayın hoş vakitler geçirin.