Usahawan Online 103: Nak Buat Bisnes Online? Anda Perlu Ada 7 Benda Ini!

August 29, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Berjumpa lagi kita dalam siri artikel Usahawan Online kat blog Shopievo.com ni, huhu. Tujuan saya buat siri artikel Usahawan Online ni adalah untuk membantu sesiapa sahaje kat luar sana yang teringin nak mulakan satu bisnes online sendiri sebagai usaha untuk menjana pendapatan sampingan.

 

Semasa menulis, saya sentiasa fikirkan seseorang yang bermula dari ‘zero’ tapi sangat memerlukan manfaat yang boleh dapat dari mengusahakan bisnes online. Jadi, anda akan dapati perkongsian saya ni sangat mudah untuk diikut, ilmu anda berkaitan bisnes online juga berkembang sampaikan anda boleh mulakan sesuatu lepas baca siri artikel ni.

 

Dalam artikel Usahawan Online 101 sebelum ni, saya dah terangkan pasal konsep buat duit online. Dalam artikel tu jugak, saya terangkan 4 komponen penting dalam proses jana pendapatan secara online dan saya tunjukkan sekali 6 cara jana pendapatan secara online supaya anda tahu pelbagai jenis bisnes online yang anda boleh buat.

 

Dalam artikel Usahawan Online 102 pulak, saya dah bantu kembangkan lagi ilmu anda dengan beberapa kemahiran asas yang anda perlu tahu untuk jana pendapatan secara online. Dengan adanya kemahiran-kemahiran ni, ia dapat bantu anda dalam mengusahakan bisnes online.

 

Dalam artikel Usahawan Online 103 ni pulak, saya nak terangkan pada anda 7 benda yang anda perlu ada kalau nak buat bisnes online. Jom layan!

 

Nak Buat Bisnes Online? Anda Perlu Ada Lesen Perniagaan!

 

Teknologi dan internet yang kita dapat guna pada hari ni memudahkan seseorang tu untuk mula berniaga dan menjana pendapatan. Kita jugak mengharapkan manfaat daripada perniagaan online ni boleh dinikmati oleh pengguna. Bukan hanya memudahkan urusan berjual beli, malah meningkatkan keyakinan pengguna untuk menjalankan transaksi secara online.

 

Sebab itulah melalui Peraturan Pengguna (Urusniaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2013, semua perniagaan atas talian (perniagaan online) wajib berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Maklumat lesen perniagaan dapat berikan perlindungan menyeluruh kepada pengguna.

 

Usahawan online perlulah menyediakan cara yang sesuai bagi membolehkan pembeli untuk membetulkan sebarang kesilapan sebelum pembeli mengesahkan pesanan, mengaku terima pesanan kepada pembeli secepat yang mungkin dan mendedahkan maklumat berikut pada platform di mana perniagaan dijalankan;

 

  • Nama peniaga online (individu/ perniagaan/ syarikat).
  • Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat.
  • Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat peniaga online.
  • Perihal ciri utama barang atau perkhidmatan itu.
  • Harga penuh termasuk kos pengangkutan, cukai dan apa-apa kos lain.
  • Kaedah pembayaran.
  • Terma-terma dan syarat-syarat.
  • Anggaran masa penghantaran kepada pembeli.

 

Berikut adalah hukuman jika anda didapati bersalah dalam menjalankan perniagaan online, huhu;

 

 

Jadi, bersama-samalah kita menjadi usahawan online yang profesional, berkeyakinan dalam menjalankan bisnes online dan memberi keyakinan kepada pengguna untuk membeli dari kita.

 

Nak Buat Bisnes Online? Anda Perlu Ada Laman Web!

 

Setuju tak kalau saya cakap kepercayaan pengguna terhadap bisnes anda yang membuatkan mereka membeli dari anda. Ada banyak cara nak tingkatkan kepercayaan pengguna terhadap bisnes anda. Laman web merupakan satu aset alam maya yang penting bagi sesebuah bisnes terutamanya usahawan yang nak buat bisnes online.

 

Saya pernah menulis 7 sebab kenapa bisnes anda perlukan laman web. Usahawan online boleh buat macam-macam benda dengan laman web. Anda boleh jadikan laman web sebagai ‘kad identiti’ untuk anda perkenalkan bisnes anda, anda boleh jadikan laman web sebagai blog untuk berkongsi sesuatu dengan pengguna dan anda jugak boleh buat kedai online e-Commerce sendiri.

 

Kalau dah namanya bisnes online, anda kenalah wujudkan bisnes anda kat dunia online dengan laman web. Kalau bisnes anda tak ada laman web, memang tak ada peluang langsung orang nak jumpa bisnes anda bila diorang buat carian kat Google.

 

Tambahan lagi, dengan adanya laman web, menunjukkan yang bisnes kita ni serius untuk berjual beli tak kira menjual produk atau servis dan bersedia untuk berikan servis khidmat pelanggan yang terbaik. Di hati pelanggan, kita profesional dalam menjalankan perniagaan. Ini dapat tingkatkan kredibiliti bisnes kita dan tingkatkan kepercayaan pelanggan pada bisnes kita.

 

Nak Buat Bisnes Online? Anda Perlu Ada Akaun Instagram Untuk Bisnes!

 

Selain laman web atau kedai online e-Commerce, anda boleh jadikan Instagram sebagai kedai online atau ‘tapak’ untuk anda berniaga. Nak mulakan bisnes online kat Instagram sangatlah mudah. Lebih profesional kalau anda ada akaun Instagram khas untuk bisnes yang berbeza dengan akaun Instagram peribadi anda.

 

Saya dah pun tunjukkan cara buat akaun Instagram untuk bisnes sebelum ni. Melalui artikel tersebut, anda boleh bertindak dan mulakan sesuatu. Anda jugak boleh dapatkan banyak lagi tips, teknik dan strategi berniaga kat Instagram daripada blog Shopievo.com.

 

Nak Buat Bisnes Online? Anda Perlu Ada FB Page!

 

FB Page merupakan satu lagi ‘tapak’ untuk anda berniaga secara online. Anda wajib ada FB Page untuk bisnes kalau anda nak gunakan FB Ads sebagai pemasaran untuk bisnes anda. Kalau anda salah seorang dari Geng Shopievo: 1Usahawan 1 e-Commerce, anda mesti tahu yang kami di Shopievo fokus pada pemasaran FB Ads. Jadi, anda diajar cara buat FB Page dalam panduan Shopievo 2.0.

 

Nak Buat Bisnes Online? Anda Perlu Ada Aplikasi Whatsapp Bisnes!

 

Kalau laman web, Instagram dan Fb Page tu adalah ‘tapak’ untuk anda berniaga secara online, Whatsapp bisnes pulak adalah medium komunikasi online untuk usahawan berhubung dengan sesiapa sahaje berkaitan bisnes terutamanya pelanggan.

 

Anda mungkin tak tahu ada aplikasi yang berlainan daripada aplikasi Whatsapp yang biasa kita guna iaitu aplikasi Whatsapp Business. Anda kena download dulu Whatsapp Business ni dekat Google Play.

 

 

Saya pernah kongsikan cara buat akaun Whatsapp untuk bisnes guna Whatsapp Business sebelum ni. Anda boleh rujuk artikel tersebut. Dengan Whatsapp bisnes penting untuk pelanggan berhubing dengan anda dari proses membuat tempahan sehinggalah proses membuat aduan jika berlaku sesuatu perkara yang tak diingini.

 

Nak Buat Bisnes Online? Anda Perlu Ada Ilmu Pemasaran Digital!

 

Untuk berniaga secara online, anda mestilah belajar cara-cara, teknik dan strategi yang berkesan untuk menjual secara online. Lain platform, lain tekniknya. Sebagai contoh, ada pelbagai teknik dan strategi untuk menjual di kedai online e-Commerce, marketplace, Facebook dan Instagram. Dan teknik-teknik tersebut sudah tentunya berbeza untuk setiap platform.

 

Kalau anda berminat buat bisnes dropship e-Commerce dan gunakan FB Ads sebagai medium pemasaran, anda boleh dapatkan panduan Shopievo 2.0. Kalau anda berminat nak buat apa-apa bisnes melalui laman web atau kedai online e-Commerce dan dapatkan trafik percuma daripada Google seterusnya membuat jualan, anda boleh dapatkan panduan terbaru kami, Lubuk Trafik.

Nak Buat Bisnes Online? Anda Perlu Ada Motivasi!

 

Akhir sekali, kalau anda betul-betul nak buat bisnes online, anda perlulah ada motivasi untuk usahakan sesuatu bisnes tersebut. Kejayaan tak datang dalam satu malam, tapi kejayaan datang bila anda sanggup laburkan masa, wang dan tenaga untuk menimba ilmu, mula bertindak usahakan sesuatu, dan konsisten dalam mengusahakannya.

 

Cukup sampai disini dari saya untuk siri artikel Usahawan Online kali ni, saya harap anda dapat mulakan satu usaha jana pendapatan sampingan melalui siri artikel Usahawan Online yang saya kongsikan. Anda pun perlu kongsikan jugak pendapat atau manfaat yang anda dapat daripada artikel- artikel ni kat bahagian komen, huhu. Jumpa lagi di artikel seterusnya, woot woot!

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Pada bulan December 2019 yang lepas, bos Wazeen ada buat satu announcement dalam group IM Lejen pasal satu software baru yang kita semua memang akan guna untuk bisnes kita. Software ni free jer. . Dan walaupun memang semua orang boleh guna, macam biasa… group premium...

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

Hai dan salam! Untuk artikel kali ni saya nak tunjukkan secara ringkas dan padat langkah-langkah nak buat Facebook Shop seterusnya masukkan produk yang anda jual ke dalam FB Shop tu. Facebook Shop adalah bahagian ‘Shop’ atau katalog kat dalam Facebook Page untuk anda...

2 Comments

2 Comments

  1. claudia

    saya ada buat online business shopify dropshiping, print on demand, ebay dropshiping etc.. saya nak beli kereta, jurujual minta lesen perniagaan online saya. saya belum daftar lagi. so saya nak tanya macam mana nak daftarkn dgn ssm?

    Reply
  2. LirewaiNa

    Between 15 and 25 of patients with diabetes will develop ulcers 21 buying cialis online usa Concomitant administration of HYTRIN terazosin hcl with a PDE 5 inhibitor can result in additive blood pressure lowering effects and symptomatic hypotension; therefore PDE 5 inhibitor therapy should be initiated at the lowest dose in patients taking HYTRIN terazosin hcl

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Usahawan Online 103: Nak Buat Bisnes Online? …

by admin time to read: 5 min
2