Masih Belum Buat Jualan Dari Bisnes e-Commerce? Ini Tindakan Yang Anda Boleh Buat (Part 2)

May 6, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Artikel ni adalah sambungan dari artikel “Masih Belum Buat Jualan Dari Bisnes e-Commerce (Part 1)” yang lepas, huhu. Tujuan artikel ni saya buat adalah untuk kongsikan senarai checklist tindakan di setiap fasa bisnes e-Commerce sebagai audit pantas yang boleh bantu anda kenal pasti punca jika masih belum buat jualan dari bisnes e-Commerce setakat ni.

 

Jom sambung layan…

 

Kaji Balik Harga Produk – Jika Masih Belum Buat Jualan Dari Bisnes e-Commerce

 

Apa yang saya sendiri buat untuk tentukan samaada harga produk dropship yang saya letak tu diterima prospek ataupun tidak adalah dengan cara buat paid review kat Instagram. Iaitu dengan cara upah akaun Instagram lain dalam niche bisnes yang sama untuk post satu video pasal produk yang saya nak jual.

 

Dari situ, saya kaji berapa orang yang tengok video produk saya tu, berapa orang yang komen, berapa orang yang terus DM (Direct Message), berapa orang yang Whatsapp dan yang paling penting sekali berapa orang yang saya dapat close sale dengan harga produk yang saya letak mula-mula.

 

Untuk orang yang berminat tapi tak berjaya close sale pulak, saya akan cuba turunkan harga dengan bagi diskaun atau free shipping. Dari situ saya kaji lagi berapa orang yang saya berjaya close sale dengan harga produk yang baru.

 

Dengan cara ni, sebenarnya saya buat validasi untuk buat keputusan berapa harga yang patut saya letak untuk produk tersebut sebelum saya teruskan dengan iklan berbayar FB Ads. Anda jugak boleh buat benda yang sama.

 

Kenapa saya guna cara paid review Instagram? Sebabnya, kita guna FB Ads ni untuk ‘suruh’ FB kumpul data dan cari prospek yang mungkin berminat dengan produk kita sedangkan follower sesuatu akaun Instagram ni adalah prospek yang memang dah ada minat dalam sesuatu niche tu. Cuma perlu cari akaun Instagram dalam niche bisnes yang sama je untuk buat paid review.

 

Saya jugak sarankan anda cuba tawarkan free shipping pada produk dalam kedai online e-Commerce anda. Sebabnya, boleh jadi prospek hanya bersedia untuk membayar harga produk tu je tapi tak bersedia nak bayar dengan penambahan harga kos penghantaran.

 

Pastikan Anda Design Gambar Produk Yang Menarik – Jika Masih Belum Buat Jualan Dari Bisnes e-Commerce

 

Kita perlukan gambar yang menarik untuk guna dalam iklan FB Ads jika menggunakan format iklan ‘Single Image’ dan kita perlukan jugak untuk letak gambar-gambar produk kat dalam kedai online e-Commerce kita.

 

Gambar iklan FB Ads anda perlulah menarik dan jelas sebab ia adalah salah satu faktor yang boleh mempengaruhi performance iklan anda nanti. Gambar yang menarik dapat tarik perhatian audience untuk tahu lebih lanjut tentang produk tersebut.

 

Lagi satu, apa sahaja produk yang anda nak jual, pasti ada pesaing yang menjual produk yang sama lebih-lebih lagi kalau buat bisnes dropship. Kebanyakan orang yang buat bisnes dropship, diorang akan gunakan gambar yang sama yang disediakan oleh supplier.

 

Jadi, kalau anda boleh hasilkan gambar produk yang berbeza dari yang lain, dan cun pulak tu, senang untuk orang perasan produk anda. Kelainan itulah yang buat kita diberi perhatian lebih. Lagi bagus kalau anda ada satu stok poduk tersebut dan ambil gambar sendiri dengan cara anda sendiri.

 

Macam mana nak tahu gambar kita tu cun dan menarik ke tak? Simple, anda boleh minta pendapat orang sekeliling anda.

 

Dalam video panduan Shopievo 2.0, kami ada buat satu video khusus pasal ‘Cara Design Gambar Yang Menarik’ dalam Fasa Teras yang panjangnya nak dekat 40 minit. Video ni kami buat untuk ajar anda design gambar disebabkan betapa pentingnya perlu ada gambar produk yang dapat menarik perhatian audience.

 

Pastikan Kedai Online Anda Dapat Berikan Kepercayaan  – Jika Masih Belum Buat Jualan Dari Kedai Online e-Commerce

 

Rasa percaya dan selamat adalah satu benda yang  kritikal pada prospek yang melawat kedai online e-Commerce kita untuk membuat pembelian. Sebabnya, ia melibatkan duit untuk membeli barang secara online yang mana diorang tak ada peluang pun untuk tengok sendiri betul-betul kualiti sesuatu produk tu.

 

Jadi macam mana kita tingkatkan kredibiliti kedai online e-Commerce kita supaya dapat memberikan rasa percaya dan selamat pada prospek? Ada beberapa benda yang kita boleh usahakan.

 

Yang pertama sekali adalah tanda ‘Secure’ dengan logo kunci mangga pada alamat URL kedai online kita macam kat bawah ni…

 

 

Itu adalah logo SSL Certificate yang menandakan sesuatu website tu selamat untuk transaksi pembayaran online dan pemberian info untuk daftar masuk akaun. Jika anda gunakan e-Commerce website builder, Easystore seperti yang kami ajarkan dalam Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce, automatik kedai online anda akan ada SSL Certificate ni. Jadi tak ada masalah kat sini.

 

Selain tu sudah tentu prospek akan nilai dari segi design kedai online anda samaada menunjukkan professional dan serius ingin menjual ataupun tidak. Kedai online yang professional semestinya tersusun kemas dengan penggunaan gambar dan warna tema yang konsisten. Contohnya macam kedai online EraidaBeauty.easy.com ni…

 

 

Tak lupa jugak info-info penting dalam kedai online seperti halaman About Us, Term Of Service, Privacy Policy, Refund Policy dan Shipping Policy. Anda jugak boleh masukkan info pendaftaran perniagaan dengan SSM di bahagian About Us dan emel serta nombor Whatsapp di bahagian Contact Us untuk tingkatkan lagi kredibiliti kedai online anda.

 

Pastikan Ada Butiran Produk Yang Lengkap – Jika Masih Belum Buat Jualan Dari Kedai Online e-Commerce

 

Bahagian butiran produk ataupun kita panggil ‘Copywriting Product’ adalah satu-satunya ruang untuk kita bantu prospek buat keputusan untuk membeli.

 

Bayangkan kalau prospek ingin membeli baju dari kedai online kita. Saiz adalah butiran produk yang paling penting. Tapi cukup ke sekadar kita letak ada saiz S, M, L je? Bagaimana saiz S? Bagaimana pulak saiz M? Berapa ‘cm’ panjang bahu? Berapa ‘cm’ diameter kolar dan lengan?

 

Jadi penting untuk kita tahu semua butiran-butiran produk yang penting untuk prospek tahu yang dapat membantu diorang buat keputusan untuk membeli. Info yang tak cukup mungkin akan buatkan diorang tak jadi beli dan membeli dari pesaing anda yang lain.

 

Masukkan butiran produk yang sesuai mengikut produk seperti ukuran saiz, berat, material produk, fungsi, kelebihan, tempoh penghantaran, promosi terhad dan sebagainya.

 

Pastikan Anda Follow Strategi Advance Fb Ads Shopievo – Jika Masih Belum Buat Jualan Dari Bisnes e-Commerce

 

Ini penting. Seperti kat dalam panduan bisnes dropship e-Commerce Shopievo 2.0, kita fokus pada menggunakan Facebook Ads sebagai medium pemasaran. Malah, kita jugak gunakan Facebook dari peringkat memilih niche, kajian dan pemilihan produk hot, buat validasi samaada sesuatu produk tu ada permintaan atau tak kat FB sampailah ke peringkat buat pemasaran guna FB Ads.

 

Video-video panduan dalam Fasa Perkembangan Shopievo 2.0 banyak melibatkan strategi dan teknik pemasaran yang advance menggunakan FB Ads untuk tarik pelawat ke kedai online e-Commerce dan membantu anda untuk membuat jualan.

 

Pastikan anda ikut penanda aras yang dah ditetapkan dalam setiap fasa iklan dibuat dan faham betul-betul konsep kenapa kita buat sesuatu jenis dan fasa iklan tersebut sebelum beralih ke peringkat iklan yang lain.

 

Kalau anda ada masalah, boleh terus bertanya soalan kat dalam group, huhu.

 

Kesimpulan Jika Masih Belum Buat Jualan Dari Bisnes e-Commerce

 

Alhamdulillah selesai artikel senarai checklist tindakan dan audit pantas Part 1 dan Part 2 yang anda boleh buat jika masih belum buat jualan dari bisnes e-Commerce. Audit pantas ni selari dengan pembelajaran seperti yang ada dalam panduan Shopievo 2.0.

 

Senang untuk anda recall balik pembelajaran kita dan tengok balik samaada anda betul-betul follow langkah-langkah kritikal dalam membina bisnes dropship e-Commerce yang berjaya. Dari sini, sedikit sebanyak dapat membantu anda perbaiki kedai online e-Commerce anda jika ada yang kurang.

 

Apa-apa pun, jangan give up selagi belum betul-betul all-out! Haha. Okay, cukup setakat ni dulu untuk artikel kali ni, jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!

 

 

 

 

 



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Masih Belum Buat Jualan Dari Bisnes e-Commerc…

by admin time to read: 5 min
0