Proses Menghasilkan Ayat Copywriting Terbaik

November 15, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Sebelum ni saya ada kongsikan 3 cara tulis headline untuk copywriting iklan kat media sosial. Tulis headline yang ‘wow!’ ni penting sebab kita nak tarik perhatian orang untuk baca post iklan kita. Kat media sosial macam Facebook dengan Instagram tu dah sesak dengan pelbagai jenis post. Jadi, headline ni kira macam first impression samaada seseorang tu nak teruskan baca copywrting iklan kita ke tak.

.

Dalam artikel tu jugak, saya tunjukkan contoh 3 jenis copywriting iklan yang simple. Untuk setiap jenis copywriting tu, berbeza caranya untuk tulis headline. Melalui perkongsian tu, InsyaAllah dapat bantu anda buat headline yang dapat menarik perhatian orang kat media sosial dan lebih fokus dalam menulis copywriting iklan yang berkualiti.

.

Dalam artikel ni pulak, saya nak kongsikan proses menghasilkan ayat copywrting iklan yang terbaik. Proses ni kiranya macam SOP atau langkah-langkah tindakan yang anda perlu buat sebelum menggunakan copywriting yang anda hasilkan untuk dipost ke media sosial.

.

Ini adalah untuk memastikan copywriting iklan anda tu betul-betul mantap. Bukan itu sahaje, proses ni jugak dapat bantu anda untuk MULA menulis copywriting iklan. Sebab, sesetengah usahawan online dah ada idea nak tulis apa tapi tak rasa yakin samaada dia boleh hasilkan satu copywriting yang lengkap atau tak.

Okay, tak nak cakap banyak. Jom layan!

.

Buat Kajian Tentang Produk! – Proses 1 Menghasilkan Ayat Copywriting Terbaik

.

Sebelum anda mula menulis copywriting iklan, penting untuk anda buat kajian tentang produk yang anda nak promosikan tu. Info-info yang anda dapat berkaitan dengan produk tersebut sedikit sebanyak dapat membantu anda kembangkan idea apa yang nak ditulis nanti.

.

Sebagai contoh, melalui kajian pasal produk tu, anda boleh dapat info pasal kelebihan dan manfaat produk tersebut, apa bezanya dengan produk lain dan siapa yang sesuai dapatkan produk tersebut. Anda jugak mungkin akan jumpa keyword-keyword yang boleh anda gunakan dalam copywriting iklan anda nanti.

.

Lagi banyak anda tahu pasal produk dan ciri-ciri bakal pelanggan yang berminat dengan produk tersebut, lagi senang anda nak hasilkan copywriting iklan. Kalau anda nak tahu lebih lanjut macam mana nak kenal dengan produk dan bakal pelanggan, anda boleh rujuk artikel Latihan Buat Copywriting Ayat Jualan Power!.

.

Sediakan Beberapa Copywriting Iklan Yang Berbeza! – Proses 2 Menghasilkan Ayat Copywriting Terbaik

.

Kenapa anda perlu sediakan beberapa copywriting iklan yang berbeza untuk produk yang anda nak promosikan? Sebab, kita tak pasti lagi samaada satu copywriting yang kita buat tu dapat menarik perhatian audience atau tak.

.

Kalau anda dah bersedia dengan 2 atau 3 copywriting yang berbeza, anda tak akan alami masalah kalau salah satu tak menjadi. Anda boleh try yang lain pulak. Anda jugak boleh buat split test. Tengok mana satu copywriting yang berkesan dan banyak dapat engagement seperti like, komen dan share kat media sosial.

.

Untuk permulaan, anda tak perlu susah-susah fikir pasal nak hasilkan beberapa copywriting yang berbeza. Saya dah pun kongsikan 3 jenis copywriting iklan yang anda boleh buat dalam artikel sebelum ni iaitu copywriting iklan jenis ‘How-To’, copywriting iklan jenis ‘List’ dan copywriting iklan jenis persoalan. Anda boleh rujuk artikel tu.

.

Tulis Draft Kat Atas Kertas! – Proses 3 Menghasilkan Ayat Copywriting Terbaik

.

Okay, sesetengah usahawan tak dapat nak hasilkan satu copywriting iklan sebab diorang tak mula menulis. Diorang ada idea, tapi tak keluarkan. Saya sarankan anda mula menulis draft copywriting kat atas kertas dulu.

.

Tulis terus kat laptop dengan tulis dulu kat atas kertas ni lain feeling dia. Kalau terus tulis kat laptop, anda akan rasa macam nak kena tulis sesuatu yang betul-betul perfect. Tapi kalau anda tulis kat atas kertas dulu, anda boleh conteng-conteng hanya untuk keluarkan semua idea yang anda dah fikirkan.

.

Lagipun, kita hanya nak buat draft dalam proses ni. Bila anda dah nampak satu rangka copywriting iklan anda nanti, barulah anda mula menulis kat laptop.

.

Buang Isi Kandungan Yang Tak Berkaitan! – Proses 4 Menghasilkan Ayat Copywriting Terbaik

.

Seterusnya adalah proses scanning dan edit copywriting iklan anda. Baca balik setiap ayat yang dah anda tulis. Pastikan anda dah hasilkan headline yang dapat menarik perhatian orang. Pastikan jugak copywriting iklan anda jelas dan berkait dengan headline yang anda tulis.

.

Buang isi kandungan yang tak berkaitan atau menunjukkan point yang sama. Elemen penting yang setiap usahawan online perlu ingat ketika merancang dan menulis copywriting iklan ialah supaya ayat seterusnya dibaca. Ayat seterusnya tu pulak membuatkan orang nak baca lagi ayat yang lepas tu. Kemudian, ayat seterusnya lagi. Lagi dan lagi. Sehinggalah ke ayat call to action.

.

Pastikan ayat iklan anda tidak terlalu panjang supaya pembaca dapat baca sampai ke ayat call to action.

.

Gunakan Gambar Atau Video Yang Berkaitan! – Proses 5 Menghasilkan Ayat Copywriting Terbaik

.

Selain headline dan ayat copywriting iklan yang terbaik, gambar atau video yang menarik jugak menjadi faktor yang dapat menarik perhatian pengguna media sosial. Apa yang penting, pastikan anda guna gambar atau video yang berkaitan dengan copywriting iklan anda sahaja.

.

Post Iklan Anda Di Media Sosial! – Proses 6 Menghasilkan Ayat Copywriting Terbaik

.

Step seterusnya? Post iklan anda kat media sosial! Anda tak akan tahu samaada copywriting iklan anda tu membuahkan hasil yang positif atau tidak selagi anda tak post ke media sosial atau buat iklan berbayar seperti Fb Ads dan Instagram Ads.

.

Hanya enggagement seperti like, komen dan share dari audience sahaje yang dapat menentukan samaada iklan anda tu berjaya atau pun tak. Kalau tak berjaya kali pertama? Guna pulak copywriting iklan yang lain yang anda dah sediakan! Huhu.

.

Kesimpulan Proses Menghasilkan Ayat Copywriting Terbaik

.

Okay, itu sahaja langkah-langkah menghasilkan ayat copywriting iklan yang terbaik. Senang jer kan prosesnya? InsyaAllah, SOP nak hasilkan ayat copywriting iklan ni akan bantu anda hasilkan copywriting iklan yang betul-betul mantap.

.

Dengan SOP ni jugak, dapat bantu anda untuk lebih berkeyakinan dalam menulis copywriting iklan. Cukup sampai setakat ni dulu untuk artikel kali ni. Jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya!

.

Woot woot!

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Pada bulan December 2019 yang lepas, bos Wazeen ada buat satu announcement dalam group IM Lejen pasal satu software baru yang kita semua memang akan guna untuk bisnes kita. Software ni free jer. . Dan walaupun memang semua orang boleh guna, macam biasa… group premium...

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

Hai dan salam! Untuk artikel kali ni saya nak tunjukkan secara ringkas dan padat langkah-langkah nak buat Facebook Shop seterusnya masukkan produk yang anda jual ke dalam FB Shop tu. Facebook Shop adalah bahagian ‘Shop’ atau katalog kat dalam Facebook Page untuk anda...

1 Comments

1 Comment

  1. gate io telegram

    I am a student of BAK College. The recent paper competition gave me a lot of headaches, and I checked a lot of information. Finally, after reading your article, it suddenly dawned on me that I can still have such an idea. grateful. But I still have some questions, hope you can help me.

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Proses Menghasilkan Ayat Copywriting Terbaik…

by admin time to read: 4 min
1