6 Ciri Usahawan Berjaya

January 2, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



6 Ciri Usahawan Berjaya

Hi, Wazeen kat sini. Okay, post artikel topik ini sebenarnya dari blog lama saya. Jadi saya re-post balik kat blog baru kami ini, kali ini berkenaan dengan 6 Ciri Usahawan Berjaya. Usahawan yang merupakan seseorang mempunyai idea, merancang bagaimana membangunkan perniagaan. Akhirnya baru boleh menjalankan perniagaan mereka.

  1. Tidak Lupa Daratan

Usahawan yang berjaya adalah mereka dari golongan yang tidak lupa diri di mana mereka ketika belum berjaya dulu. ‘Down to earth’ adalah satu karakteristik yang sememangnya ada di kalangan usahawan yang berjaya. Mereka akan terus ingat bagaimana kehidupan mereka yang dahulu dan mereka akan teruskan dengan cara hidup yang bersederhana tanpa menjadi orang yang sombong dalam kehidupan ini.

Usahawan ini tahu bahawa orang lain tengok dengan duit yang mereka berjaya dapatkan, tetapi mereka tetap hidup seperti orang kebanyakan dan yakin dengan pemberian itu adalah daripada Allah dan perlu dikongsi kepada mereka yang memerlukan dengan bersedekah dan menderma.

  1. Mempunyai Sifat Kejahilan

Mungkin anda terfikir, kejahilan hanyalah untuk sesuatu yang buruk sahaja tetapi sebenarnya usahawan yang berjaya ini mempunyai sifat kejahilan dari sudut pengalaman dan kurangnya dari segi penghakiman. Mereka keluar daripada dunia realiti dan menuju kepada impian dan angan-angan mereka. Di sinilah lahirnya genius dan usahawan yang hebat.

Kejahilan inilah memberikan usahawan ini keyakinan yang palsu di mana mereka tidak akan dapat lihat apa-apa yang mereka lakukan tetapi yang sebenarnya mereka telah berada pada jalan yang betul dan cerah untuk masa hadapan. Kebiasaannya, usahawan ini akan menghabiskan masa mereka dalam khayalan palsu mereka yang bersembunyi di sebalik akal fikiran di mana orang lain tidak pernah nampak perkara yang ada di sebalik khayalan usahawan ini.

Selagi masalah yang difikirkan dalam imaginasi mereka tidak dapat diselesaikan, usahawan ini sanggup meninggalkan keselesaan masa lapang mereka untuk menerokai pelbagai sudut perniagaan sebagai seorang usahawan.

  1. Risiko Sentiasa Bersama Kejayaan Mereka

Sejak dari dulu sampai sekarang ni, saya sentiasa dengar tentang risiko untuk mereka yang ingin berniaga. Risiko sentiasa bermain-main disamping usahawan yang berjaya. Saya dapati ia adalah tepat. Usahawan yang genius dan juga berjaya akan selalu meletakkan mereka di dalam kedudukan di mana risiko itu wujud. Mereka perlukan kekuatan untuk berhadapan dengan risiko yang mendatang. Mereka tidak pernah mengaku kalah lebih awal apabila bertentang dengan risiko.

Dengan cara ini, mereka akan bekerja keras, tabah, konsisten, berusaha, dan ia didorong dengan impian palsu mereka yang tadi kerana mereka tahu risiko suka berkeliaran di samping mereka.

  1. Kemahiran Yang Pelbagai

Usahawan yang berjaya kebiasaannya mempunyai pelbagai kemahiran. Mereka tidak percaya bahawa mereka hanya mahir dalam sesuatu perkara sahaja kerana mereka yakin bahawa untuk bermula, mereka sendiri perlu belajar pelbagai kemahiran dan segala-galanya mereka perlu buat sendiri di dalam perniagaan mereka kecuali jika mereka bermula dengan dengan modal yang besar dan mampu bayar gaji.

  1. Ketua Yang Prihatin

Seorang usahawan yang berjaya adalah seorang ketua yang prihatin apabila mereka telah mempunyai empayar mereka sendiri. Mereka akan menjadi pemimpin yang prihatin dalam legasi mereka kerana mereka tahu, jika mereka tiada hati perut terhadap pekerjanya, dan pelanggannya tidak akan berjaya.

Perniagaan yang stabil dan konsisten akan menghasilkan pulangan yang terbaik dengan keprihatinan seorang pemimpin terhadap pekerja dan pelanggan mereka. Usahawan seperti inilah yang akan diingati oleh orang ramai.

  1. Seorang Yang Unik dan Berbeza

Mereka ini adalah yang berbeza dan secara amnya mereka adalah seorang yang unik berbanding orang lain. Mereka meletakkan diri mereka di kelilingi oleh mereka yang berjaya dan berusaha ke arah kejayaan. Mereka sentiasa akan bekerja keras dan berusaha untuk memperbaiki diri hari ke hari.

Usahawan ini akan memberi tumpuan kepada sesuatu perkara yang mereka suka dan lakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam membuat perkara yang mereka sangat suka.

Perbezaan adalah sesuatu yang bagus dan ia adalah unik dan dengan keunikan ini mereka membawa diri mereka kepada suatu kejayaan yang besar.

Sekiranya anda berminat untuk jadi usahawan yang berjaya, saya nak rekemenkan anda supaya dapatkan panduan lengkap mengenai buat bisnes produk fizikal melalui e-commerce iaitu panduan SHOPIEVO 2.0.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Pada bulan December 2019 yang lepas, bos Wazeen ada buat satu announcement dalam group IM Lejen pasal satu software baru yang kita semua memang akan guna untuk bisnes kita. Software ni free jer. . Dan walaupun memang semua orang boleh guna, macam biasa… group premium...

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

Hai dan salam! Untuk artikel kali ni saya nak tunjukkan secara ringkas dan padat langkah-langkah nak buat Facebook Shop seterusnya masukkan produk yang anda jual ke dalam FB Shop tu. Facebook Shop adalah bahagian ‘Shop’ atau katalog kat dalam Facebook Page untuk anda...

2 Comments

2 Comments

  1. Nazrin Amin

    Ciri-ciri yang wajib ada pada setiap yang bergelar usahawan.
    jika setiap usahawan ade ciri-ciri ni.InsyaAllah sustain dalam perniagaan

    Reply
  2. Wazeen Azizan

    Terima kasih for your comment boh.. terbukti boh la lelaki terkacak tu sebab jadi orang first komen kat blog baru Shopievo ni.

    Woot!

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 Ciri Usahawan Berjaya

by admin time to read: 3 min
2