Cara Pasarkan Produk Dropship

January 3, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Saya rasa semua orang nak tahu cara untuk menjana duit dengan dropship. Lebih-lebih lagi kalau anda dapat jual produk tu dalam USD. Untung banyak ok. Bukan sikit-sikit. Tak main sikit-sikit ni. Nak banyak buat duit kenalah dapatkan untung yang tinggi.

Jadi Insya Allah saya akan terangkan sedikit berkenaan dengan Dropship.

Apa Itu Dropship?

Dropship ni secara rumusnya kita mempromote produk orang tanpa kita pegang produk tu sendiri.

Contoh anda promote T-Shirt Star Wars. Selepas ada pelanggan membuat pembelian dengan anda, anda akan terus contact supplier untuk kirimkan barang tersebut direct ke pelanggan anda.

Bermaksud anda akan markup sedikit harga daripada supplier anda jual kepada pelanggan anda tadi. Anda memang tak perlu nak pegang barang pun.

Jadi dropship ni adalah permulaan yang bagus untuk anda mulakan bisnes anda tanpa modal yang banyak.

Kajian & Pemilihan Produk

Sebelum anda menjual, anda wajib buat sedikit research. Yelah kalau takde orang nak beli produk tu, buat apa anda nak jual kan?

Untuk tahu tentang demand produk, anda boleh check di forum-forum atau website eCommerce seperti Lazada, Mudah.my, Shopee, dan lain-lain.

Untuk proses ini, anda wajib tahu tentang trend-trend semasa. Sebab ada produk yang hot dan ada yang kurang permintaannya. Benda ni memang kena kaji betul-betul kalau anda nak buat duit yang banyak.

Supplier

Kalau anda dah tahu produk apa yang anda nak jual, kenalah cari supplier pulak lepas tu.

Ini merupakan senarai supplier yang menyediakan program dropship.

  • Aliexpress
  • Kumoten.com
  • Taobao
  • Zawara
  • Yosh.my

Check senarai di atas tu satu persatu dan register dengan diorang. Biasanya untuk pendaftaran adalah percuma tapi ada juga platfrom dropship yang mengenakan yuran.

Platfom Mempromosikan Produk Dropship

Sekarang anda sudah boleh menjual tapi macam mana nak menjual?

Zaman sekarang ni dah tak susah macam dulu. Teknologi yang ada sekarang ni dah memudahkan kita untuk untuk berniaga. Cuma saya akan suggest dekat anda untuk mulakan di sosial media.

Perbanyakkan platfom untuk anda mempromosikan produk dropship anda.

Anda bukan je boleh promote dekat sosial media tapi anda boleh iklankan produk dropship anda di laman web seperti Mudah.my.

Trafik disitu sangat banyak dan mudah untuk anda lakukan jualan.

Banyak lagi platfom yang anda boleh guna cuma pastikan platfom tersebut bersesuaian dengan produk yang anda jual.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cara Pasarkan Produk Dropship

by admin time to read: 1 min
0