Hai! Kalau ada sesiapa saja tak kira family atau kengkawan yang dah mula terfikir nak buat satu bisnes sendiri yang boleh berikan diorang pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan kehidupan, saya akan sarankan diorang mula buat bisnes dropship.
Dalam bisnes dropship, kita hanya bertindak sebagai wakil jualan. Fokus kita hanya mempromosikan dan membuat jualan produk milik supplier (pembekal produk).
Ada banyak kelebihan buat bisnes dropship untuk sesiapa saja yang nak mula buat bisnes. Dalam artikel ni, saya akan terangkan 7 kelebihan buat bisnes dropship yang akan buka fikiran anda kenapa anda kena mulakan buat bisnes dropship hari ni jugak! Jom layan…
1. Sangat Senang Nak Mula! – Kelebihan Buat Bisnes Dropship
Kalau kita nak mohon kerja pun kadang-kadang kita jumpa kerja yang mintak kita berpengalaman 5-6 tahun. Celah mana nak ada pengalaman kerja banyak tu kalau baru je habis belajar?
Tapi untuk mula buat bisnes dropship, anda tak perlu pun ada pelajaran dalam bidang bisnes dan tak perlu pun ada pengalaman berbisnes. Anda cuma perlu faham macam mana konsep menjalankan bisnes dropship dan langkah-langkah untuk mulakan bisnes dropship.
Selain tu, anda hanya perlu dapatkan lesen menjalankan perniagaan sendiri dengan SSM. Lepas tu, boom! Anda dah boleh mula buat bisnes. Itu je. Senang kan?
2. Anda Tak Perlu Keluar Modal Beli Produk Sendiri! – Kelebihan Buat Bisnes Dropship
Bisnes dropship ni jugak satu bisnes berjual beli sesuatu produk fizikal. Cumanya, kalau anda buat bisnes secara dropship, anda tak perlu pun keluar modal dulu untuk beli atau buat produk sendiri.
Kalau kita nak beli borong dulu sesuatu produk untuk dijual, awal-awal lagi kita dah kena keluar modal. Kalau kita nak buat bisnes bukak gerai pun, banyak jugak modal yang perlu diguna untuk beli peralatan dan bahan-bahan. Kalau nak buat produk sendiri lagi banyak.
Tapi kalau buat bisnes secara dropship, kita tak perlu keluar modal untuk beli produk. Kenapa? Sebab dalam bisnes dropship, kita bertindak sebagai wakil jualan atau orang tengah. Tugas kita sebagai agen dropship cuma promosikan produk milik supplier (pembekal produk) sahaje.
Dengan segala info produk seperti gambar dan butiran produk yang supplier bekalkan pada kita, kita promosikan je dulu kat media sosial atau kedai online e-Commerce dan jual dengan harga mark-up.
Kalau ada orang yang berminat dan nak beli dari anda, baru anda bayar pada supplier untuk produk tu dengan harga agen yang telah ditetapkan. Anda buat untung dari harga jualan yang telah anda mark-up tadi!
3. Anda Tak Perlu Simpan Stok Produk – Kelebihan Buat Bisnes Dropship
Sebagai agen dropship, anda tak perlu fikir pasal nak sewa warehouse atau ruang nak letak produk sebab anda sendiri tak perlu simpan stok produk! Huhu. Disebabkan semua produk yang kita nak jual adalah milik supplier, diorang sendiri yang akan simpan dan jaga keluar masuk stok produk.
Melainkan bila bisnes anda dah slow-slow berkembang dan dah ada modal lebih sikit nanti, anda boleh upgrade dari agen dropship kepada stokis pulak. Bila dah jadi stokis, barulah anda kena fikir pasal mana nak letak stok produk sebab stokis kena beli secara borong daripada supplier.
4. Anda Tak Perlu Uruskan Penghantaran Produk! – Kelebihan Buat Bisnes Dropship
Bila stok produk pun anda tak simpan, anda jugak tak perlu uruskan penghantaran produk kepada alamat pelanggan yang membeli dari anda. Cuba teka siapa yang kena ke pejabat pos untuk buat penghantaran produk? Supplier lagi! Supplier produk anda yang akan buat penghantaran produk kepada pelanggan anda.
Bila pelanggan buat pembelian dari anda dan membayar pada anda harga jualan yang anda tetapkan, anda cuma perlu pass-kan butiran order pelanggan seperti nama, alamat dan nombor fon pelanggan kepada supplier produk tersebut sebab diorang nak kena buat penghantaran produk.
Anda juga hanya perlu bayar harga agen yang telah ditetapkan untuk produk tersebut kepada supplier bersama-sama butiran pelanggan yang anda berikan. Sekarang anda dah boleh nampak sikit-sikit kan proses buat bisnes dropship macam mane? Huhu.
5. Jimat Masa Anda! – Kelebihan Buat Bisnes Dropship
Anda tak payah beli produk dulu, anda tak payah simpan stok produk dan penghantaran produk pun supplier yang uruskan. Ai, goyang kaki betul buat bisnes dropship ni ye? Kita kena buat apa je lagi?
Takdelah sampai goyang kaki, kita sebagai agen dropship atau wakil jualan mesti kena usaha jugak buat promosi, tarik prospek, dapatkan pelanggan dan buat jualan. Dan semua benda ni perlukan ilmu, masa dan usaha.
Jadi, dengan lebihan masa yang ada, anda boleh gunakan untuk fokus pada menimba ilmu dalam bisnes dropship, membuat kajian produk yang hot, memilih supplier yang berkualiti dan belajar teknik-teknik menjual secara online.
6. Anda Tak Perlu Team Atau Pekerja! – Kelebihan Buat Bisnes Dropship
Serius cakap, anda boleh mula buat bisnes dropship ni sorang-sorang je. Orang putih cakap, solopreneur. Bergaya gitu. Anda tak perlu upah team atau pekerja sebab bisnes dropship ni senang je nak handle.
Lagipun, untuk kita yang baru nak mula buat bisnes kecil-kecilan ni, selagi boleh nak jimatkan kos dan modal jadi tak perlu sampai upah team atau pekerja.
7. Bisnes Dropship Mengajar Anda Uruskan Bisnes! – Kelebihan Buat Bisnes Dropship
Sebelum anda melangkah ke level bisnes yang lebih besar dan lebih banyak risiko seperti membuat produk sendiri contohnya, buat bisnes dropship dapat mengajar anda uruskan bisnes dan bagi anda pengalaman tentang selok-belok buat bisnes.
Anda akan belajar proses menjalankan perniagaan daripada memilih produk yang ada permintaan, membuat perbincangan dan perjanjian dengan supplier, merancang strategi dan teknik-teknik mempromosikan produk, merancang supaya produk sampai ke tangan pelanggan dengan lancar, menawarkan servis khidmat pelanggan yang terbaik dan sebagainya.
Kalau anda berminat untuk mula belajar jalankan bisnes dropship dan menjual secara online hari ini jugak, kami nak jemput anda join komuniti usahawan online Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce yang kami tubuhkan.
Dari situ, anda akan diajar langkah-langkah bagaimana nak bina satu kedai online e-Commerce anda sendiri dan bagaimana nak jalankan satu bisnes dropship yang lengkap.
Kesimpulan Kelebihan Buat Bisnes Dropship
Ternyata, buat bisnes dropship adalah cara terbaik untuk memulakan bisnes. Kita tak perlu keluar modal beli produk sendiri. Supplier sendiri yang akan simpan stok, dan kita hanya akan membayar kepada supplier bila kita dapat membuat jualan.
Ini adalah model bisnes yang lebih selamat dan lebih bijak daripada melabur pada produk dengan modal ribu-riban atau ratus-ratus yang belum tentu terjual. Kita jugak tak perlu uruskan penghantaran sebab supplier sendiri yang akan hantar produk tu terus kepada pelanggan. Tugas kita sebagai agen dropship hanyalah mencari produk dan mempromosikan produk.
Okay, cukup setakat ni dulu. Jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya!
The point of view of your article has taught me a lot, and I already know how to improve the paper on gate.oi, thank you. https://www.gate.io/pt-br/signup/XwNAU