7 Sebab Kenapa Bisnes Anda Perlukan Laman Web

May 31, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Zaman sekarang ni, laman web merupakan satu aset alam maya yang penting bagi sesebuah bisnes terutamanya usahawan yang buat bisnes secara online.

 

Memang tak dinafikan ia adalah suatu tempat selamat untuk usahawan online simpan data melalui hosting dan juga mempunyai nama domain yang professional untuk ditunjukkan kepada pelanggan.

 

Cuma usahawan online kat Malaysia kebanyakannya masih lagi hanya bergantung dengan Facebook dan Instagram semata-mata walaupun sudah banyak kali diingatkan bahawa laman web bisnes adalah sangat penting dan boleh dianggap sebagai “hartanah maya”!

 

Dalam artikel ni saya akan terangkan 7 sebab kenapa bisnes anda perlukan laman web dan dari mana anda boleh mula untuk wujudkan laman web untuk bisnes anda. Jom layan!

 

Internet Adalah Rujukan Utama Pengguna Hari Ini! – Sebab 1 Kenapa Bisnes Anda Perlukan Laman Web

 

Kalau dulu, nak update dengan berita semasa kena tunggu beli surat khabar. Nak update dengan keja kosong, kena tengok surat khabar. Nak update dengan info-info entertainment kena beli majalah. Nak tau pasal sesuatu produk atau servis baru, kena tengok kat majalah.

 

Tapi zaman sekarang dah berubah…

 

 

Berdasarkan data tahun 2017 dari SmartInsights.com dalam gambar kat atas ni, sebanyak 3.8 juta jumlah carian yang dibuat di Google dalam setiap 1 minit! Dan angka ni makin berkembang setiap tahun.

 

Data ni menunjukkan pengguna hari ini menjadikan internet atau secara spesifiknya, Google sebagai sumber rujukan dan carian utama hampir apa sahaje yang anda dapat fikirkan.

 

Ni nak tanya kat anda sebagai usahawan fizikal, digital ataupun buat servis, kalau orang buat carian kat Google berkaitan dengan bisnes anda, wujud ke tak bisnes anda kat dunia internet ni?

 

Maaf cakap, kalau bisnes anda tak ada laman web, memang tak ada peluang langsung orang nak jumpa bisnes anda bila diorang buat carian kat Google.

 

Laman Web Adalah ‘Kedai’ Anda Di Dunia Internet! – Sebab 2 Kenapa Bisnes Anda Perlukan Laman Web

 

Laman web boleh jadi ‘surat khabar’ untuk sampaikan info-info terbaru pasal bisnes anda. Laman web boleh jadi ‘majalah’ untuk kongsikan cerita dan tips pasal bisnes anda. Laman web jugak boleh jadi ‘brochure katalog’ produk untuk pamerkan semua produk atau servis yang anda tawarkan.

 

Kalau dulu, nak menjual mungkin kena dari pintu ke pintu, hari ini biar orang sendiri yang jumpa kedai online kita kat internet. Tambahan lagi, kalau anda buat pemasaran berbayar seperi FB Ads, Instagram Ads dan sebagainya, anda perlukan laman web sebagai platform untuk prospek singgah untuk tahu lebih lanjut pasal bisnes anda.

 

Peluang Perkenalkan Bisnes Serata Dunia! – Sebab 3 Kenapa Bisnes Anda Perlukan Laman Web

 

Setiap usahawan pasti nak bisnes mereka dikenali, diingati dan senang dihubungi walau kat mana sahaje prospek dan pelanggan berada, betul tak? Dengan adanya laman web untuk bisnes, anda berpeluang untuk pekenalkan bisnes anda ke serata dunia!

 

Kalau ‘ke serata dunia’ bunyi macam terlalu besar untuk anda ataupun anda buat bisnes untuk pasaran tempatan sahaje, kita ambil contoh satu Malaysia je dulu.

 

Mungkin anda buat bisnes online kat rumah anda kat Kuala Lumpur, tapi dengan laman web anda boleh dapat pelanggan dari Sabah dan Sarawak. Anda bukak kedai makan mungkin kat depan rumah tapi dengan laman web orang negeri sebelah pun boleh jumpa dan nak datang kedai makan anda.

 

Dengan laman web, anda boleh perkenalkan bisnes anda pada pasaran yang lebih luas.

 

Anda Boleh Tulis Artikel Dekat Laman Web! – Sebab 4 Kenapa Bisnes Anda Perlukan Laman Web

 

Melalui laman web, anda boleh tulis artikel ataupun ber-blogging berkaitan bisnes anda. Anda boleh tulis pasal info-info berkaitan bisnes, cara-cara membuat sesuatu, tips dan nasihat serta kisah-kisah berkaitan bisnes anda.

 

Apa gunanya kita menulis artikel tau ber-blogging kat laman web? Artikel yang dapat bagi manfaat akan menjadi rujukan prospek dan pelanggan dalam niche bisnes kita. Kalau pelanggan suka baca artikel-artikel di laman web anda, diorang akan jadikan laman web anda ‘authority’ atau rujukan utama.

 

Dalam masa yang sama, anda boleh buat review dan rekemenkan diorang untuk dapatkan produk atau servis yang anda tawarkan. Lebih banyak anda memberi, lebih senang untuk anda menjual.

 

Kekalkan Persaingan Dalam Bisnes! – Sebab 5 Kenapa Bisnes Anda Perlukan Laman Web

 

Anda buat bisnes apa? Mesti ada pesaing, betul tak? Boleh cakap hari ini semua bisnes ada laman web sendiri. Nak beli handphone online? Ada laman webnya. Nak beli produk kecantikan online? Ada laman webnya. Nak tau info pasal kedai makan? Ada laman webnya.

 

Yang ada laman web ni semua usahawan yang up-to-date dengan trend dan teknologi semasa. Diorang sedar trend pengguna hari ni yang membuat carian online dan beralih kepada online shopping, jadi diorang wujudkan laman web supaya prospek boleh jumpa bisnes diorang kat Google.

 

Kalau anda nak ‘stay in the game’ bersaing dalam niche bisnes anda dan tak nak pesaing anda ‘sapu’ habis semua prospek online, anda perlukan laman web.

 

Puaskan Hati Pelanggan Dengan Khidmat Pelanggan 24 Jam Sehari! – Sebab 6 Kenapa Bisnes Anda Perlukan Laman Web

 

Anda mungkin hanya mampu uruskan bisnes dari pagi ke petang sahaje, tapi laman web bisnes anda sentiasa bersedia untuk berhubung dengan pelanggan dan berikan servis khidmat pelanggan 24 jam sehari setiap hari!

 

Prospek dan pelanggan boleh baca pasal bisnes anda kat laman web pada bila-bila masa. Diorang jugak boleh buat pembelian kat laman web pada bila-bila masa. ‘Buat duit masa tengah tidur’ bukan lagi mustahil.

 

Lagi satu, pelanggan yang membuat carian kat internet ni, diorang sentiasa nak dapatkan ‘jawapan’ instant pada masa tu jugak. Bila prospek atau pelanggan senang jumpa info yang diorang cari kat laman web anda, mereka akan puas hati dengan servis bisnes anda!

 

Dapat Tingkatkan Kredibiliti Bisnes Dan Kepercayaan Pelanggan! – Sebab 7 Kenapa Bisnes Anda Perlukan Laman Web

 

Laman web menunjukkan yang bisnes kita ni serius untuk berjual beli tak kira menjual produk atau servis dan bersedia untuk berikan servis khidmat pelanggan yang terbaik. Di hati pelanggan, kita profesional dalam menjalankan perniagaan. Ini dapat tingkatkan kredibiliti bisnes kita dan tingkatkan kepercayaan pelanggan pada bisnes kita.

 

Dengan laman web, anda boleh ada nama domain (dot com) sendiri dan email domain sendiri. Cer bayangkan bila anda nak contact pelanggan berkaitan order, “Hai, saya admin dari laman web Shopievo.com. Kami sedang proses order anda. Jika ada pertanyaan, emailkan kepada saya admin@shopievo.com.” haaa…kan nampak profesional tu, huhu.

 

Kesimpulan Kenapa Bisnes Anda Perlukan Laman Web

 

Untuk pengetahuan anda, bila anda buat bisnes melalui online, tak kisah la anda buat bisnes apa, laman web adalah satu platform yang boleh dikatakan WAJIB ada bagi setiap usahawan.

 

Untuk kekal maintain dalam dunia bisnes online, anda perlukan sekurang-kurangnya 1 laman web untuk bisnes anda. Tapi tu lah, nak buat laman web ni bukan kerja mudah. Nak kena beli domain la, langgan hosting la, nak kena belajar benda teknikal tahap tinggi la dan macam-macam lagi lah.

 

Semua tu anda nak kena bayar secara bulanan, tak pun tahunan. Nak upah orang buat laman web bisnes anda? Kalau nak laman web yang cun dan lengkap, anda kena sediakan at least RM1000 hingga RM5000 untuk sebuah laman web kalau nak upah orang lain buat kan.

 

Ada jugak orang amik upah RM10,000 ke atas untuk satu siapkan 1 website tau. Jangan terkejut pulak..ni kisah benar ni tau. Pheww.. belum start buat bisnes lagi, dah pun berhabis duit riban-riban untuk buat website sahaja. Modal untuk marketing dah berhabis kat bayar upah orang lain buat website 🙁

 

Tapi, kalau lah saya kata ada satu solusi yang buatkan anda tak perlu hadap semua masalah saya sebutkan tadi, anda berminat nak tau?

 

Klik link di bawah untuk tengok solusinya:

 

I==> Ni Obatnya, KLIK SINI.

 

WebWave bukan sekadar software Website builder biasa-biasa. Tapi ia dilengkapi dengan fungsi-fungsi utama yang diperlukan untuk anda mempunyai sebuah website bisnes yang mantap.

 

Yang bestnya, untuk 10 hari pelancaran Webwave versi Malaysia ini,kami hanya buka tawaran harga diskaun dengan bayaran sekali seumur hidup! (Harga biasa sepatutnya bayaran bulanan. Ini Serius!)

 

Jadi, cepat-cepat dapatkan sekarang sebelum 8 Jun 2018 ni sahaja kalau anda nak ada sebuah website tanpa perlu bayar bulanan!

 

Klik link ni sekarang ==> WebWave Malaysia in da House ! Woot woot!

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

3 Comments

3 Comments

  1. Hanani Sulaiman

    Setuju sangat. Laman web sangat penting untuk bisnes alam maya jangka masa panjang. Bagi usahawan online, inilah aset sebenar anda di internet. Mulakan dari sekarang!

    Reply
    • Asyraf Farouq

      Terima Kasih Puan Hanani!
      .
      Teruskan pembacaan dan berkongsi pendapat kat artikel-artikel di Shopievo.com! 😀

      Reply
  2. Parrainage Binance

    Your point of view caught my eye and was very interesting. Thanks. I have a question for you.

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 Sebab Kenapa Bisnes Anda Perlukan Laman Web…

by admin time to read: 5 min
3