Iklan Jenis Gambar VS Iklan Jenis Video

January 25, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



[vc_row][vc_column][vc_column_text]Korang pernah buat iklan dekat facebook ads tak? Rasanya mesti ramai yang dah pernah buat. Jadi kalau iklan jenis gambar vs iklan jenis video, korang biasa guna yang mana? Yang mana satu lebih berkesan?

Satu persoalan yang kita akan explore pada kali ini.

… Sebab kedua-dua cara pun boleh buat ads dan boleh buat sales.

Bagi yang sudah biasa buat ads, mereka pasti pernah buat kedua-dua cara ini. Result daripada iklan tersebut juga sudah pasti berbeza. Masing-masing akan ada pendapat sendiri. Ada yang kata iklan jenis gambar lebih berkesan daripada iklan jenis video.

Begitu juga lah sebaliknya. Iaitu iklan jenis video yang lebih mantap daripada iklan jenis gambar.

Kalau kita nak argue memang sampai bila pun takkan habis. Sebab kedua-teknik ini boleh digunakan.

… Dan yang paling penting sekali ianya bergantung kepada apa result akhir yang anda mahukan dalam iklan tersebut.

Sama ada post enggagement, leads, web conversion, add to cart dan purchase. Terpulang kepada anda pilih yang mana.

Dah tentu kita yang buat iklan ni nak kan hasil yang bagus la kan. Nak banyak sales dengan kos pengiklanan yang rendah. Jadi kita akan bincangkan lebih detail tentang iklan jenis gambar vs iklan jenis video dibawah. Teruskan membaca sampai habis.

 

Iklan Jenis Gambar VS Iklan Jenis Video, Yang Mana Satu?

 

Seperti yang dinyatakan diatas, kedua-dua jenis iklan ini akan menunjukkan result yang berbeza. Jadi comparison ini akan lebih menekankan aspek daripada mula nak buat iklan sampai lah ke result iklan.

Nak lebih mudah faham lagi, perbandingan ini dibahagikan kepada 3 Komponen yang berbeza yang digelar PPE. Preparation, Presentation dan Engangement.

Mungkin tak pernah dengar dekat tempat lain. Ini cuma klasifikasi untuk korang faham lebih jelas mengenai comparison ni. Baca dan fahamkan setiap komponen, kemudian baru lah boleh buat keputusan iklan jenis gambar atau iklan jenis video yang terbaik untuk korang.

 

Komponen #1 : Preparation

Bagi komponen ini, apa yang dibandingkan adalah cara untuk menyediakan bahan untuk iklan yakni gambar dan video. Ye la kan, kalau nk buat iklan kenalah prepare barang-barang dulu.

Macam orang nak pergi perang, kenalah bersiap sedia dengan senjata. Baru lah boleh menang dalam peperangan. Sama lah juga dengan buat iklan.

Untuk iklan jenis gambar, preparation yang perlu dibuat adalah menghasilkan gambar yang mantap untuk iklan anda. Cara yang paling mudah adalah “google” je. Tapi tak semua gambar yang ada di google boleh terus pakai untuk iklan.

Ada beberapa perkara yang menyebabkan korang tak boleh terus pakai gambar dari Google.

Pertama sekali adalah copyright. Jangan ambil mudah berkenaan ni. Sebab kalau owner gambar dapat tahu korang gunakan gambar tanpa kebenaran, boleh kena saman.

Selain dari copyright, gambar dari google tak semestinya sesuai dengan iklan anda. Jadi kena lah edit untuk “matching” kan dengan content iklan.

Bila sebut je edit gambar ramai yang terbayang photoshop. Rasa macam susah pulak nak edit. Nak tak nak kena buat juga sebab nak run iklan. Sebenarnya banyak lagi software untuk edit gambar yang boleh digunakan.

Yang paling simple adalah Paint atau Canva. Tak payah beli sebab ada skali dalam windows. Tapi hasil editing guna Paint tak la cun macam pakai photoshop. Hasil dari Canva pulak Insyaallah CUNNN ~~

Kalau nak hasilkan gambar yang cun dan berkualiti kenalah guna photoshop. Kalau tak tahu nak guna better upah graphic designer setelkan. Itu untuk gambar. Macam mana pulak dengan video?

Preparation yang perlu buat adalah hasilkan video yang menarik untuk iklan anda. Sama ada nak rakam video guna kamera, screenshot dekstop atau animation.

Boleh pilih yang bersesuaian. Yang paling penting kena buat video sendiri. Tak boleh ciplak dekat youtube atau dimana-mana. Jika nak kita compare nak prepare video adalah lebih sukar berbanding gambar.

Masa yang diperlukan untuk hasilkan video juga agak lama. Ianya jauh lebih rumit daripada gambar.

Kalau korang mahir guna software video editing seperti Aftereffects, Premiere Pro dan Camtasia, tak jadi masalah besar.

Tapi bagi yang tak pernah guna, ianya akan jadi suatu proses yang memeningkan. Dan kos untuk upah orang buat video juga jauh lebih tinggi daripada gambar. Video durasi 2 minit pun nak siapkan ambil masa beberapa hari. Memang sangat kompleks.

Dari segi preparation korang boleh pilih ikut kemanpuan untuk sediakan gambar atau video. Sama ada nak buat sendiri ataupun upah orang. Kalau lihat dari aspek ni, preparation untuk gambar adalah lebih mudah berbanding video.

Tapi ada 2 komponen lagi yang kena tahu. Jadi kena baca komponen seterusnya dalam iklan jenis gambar vs iklan jenis video ni. Baru boleh decide yang mana satu.

 

Komponen #2 : Presentation

Pada komponen ini kita membandingkan kedua-dua media ini dari sudut orang yang melihat iklan. Yang mana satu lebih menarik minat mereka. Komponen ni sangat penting. Sebab kita buat iklan perlukan engangement daripada orang ramai.

Jadi kena buat sesuatu yang disukai ramai. Tak boleh lah nak buat syok sendiri je. Alamatnya takde orang tengok iklan korang nanti.

Untuk iklan yang gunakan gambar, informasi tentang apa yang nak disampaikan boleh di “compress” dalam satu gambar. Kena ada gabungan imej dan words untuk memberi impak yang lebih maksima terhadap gambar untuk sesebuah iklan.

Bak kata orang putih “single picture described a thousand words“. Orang cakap la kan.

Tapi macam mana pulak kalau ada banyak sangat info penting yang perlu disampaikan?

Tak muat dalam satu gambar kalau macam tu. Sebab dalam FB ads menghadkan nisbah perkataan dengan gambar. Tak boleh lebih daripada 20% daripada keseluruhan gambar. Jadi penyelesaian nya adalah gunakan lebih dari satu gambar untuk iklan anda.

Itu kalau guna gambar. Kalau korang nak guna video pula, dari segi presentation takde masalah. Sebab korang boleh explain lebih detail. Dalam video tu boleh campur imej, animation, recorded video dan words dalam satu video.

Jadi tak ada masalah nak terangkan pasal bisnes atau produk korang pada orang ramai melalui ads.

Dengan guna video juga, korang tak perlu banyak video. Satu je dah memadai.

Tak macam gambar, kalau banyak info nak letak kena asingkan pada gambar lain. Dalam video boleh combine semua sekali. Cuma perlu ditekankan disini, kalau boleh video untuk iklan jagan terlalu panjang durasi nya. Sebab khuatir orang jadi bosan sebab panjang sangat.

So dalam komponen presentation, boleh pilih yang korang rasa mana satu orang suka dan akan engage dengan iklan korang.

Jika dibandingkan, nampak kepada gunakan video ads. Atas sebab orang lebih suka tengok video. Tapi dengan syarat tak terlalu panjang dan video yang dihasilkan tu gempak la kan. Kalau bosan je video orang pun tak nak tengok.

 

Komponen #3 : Engagement

Ok korang dah prepare dan faham cara presentation untuk iklan gambar dan video. Untuk komponen ini pula korang akan tengok perbandingan engagement bagi iklan jenis gambar vs iklan jenis video.

Dekat sini engagement yang terbanyak lah yang kita perlu pilih untuk method pengiklanan yang perlu buat.

Untuk iklan jenis gambar, engagement memang bergantung sepenuhnya pada berapa menarik nya gambar yang korang prepare. Lagi menarik, lagi banyak lah Like, Comment dan Share pada iklan tersebut.

Tapi kalau tak menarik, alamatnya “krik krik” jela iklan korang tu. Ada la sorang dua je yang like. Itu pun kawan-kawan yang support atas dasar BFF. Hehe 😛

Situasi yang sama juga untuk video. Jika video yang dipaparkan gempak, mesti akan tinggi Like, Comment dan Share untuk iklan tersebut. Nasib yang sama akan menimpa kalau video yang kornag buat tu bosan dan terlalu panjang. Memang takde like la jawabnya.

Tapi korang mesti tertanya-tanya kenapa asyik highlight Like, Comment dan Share dalam iklan.

Yang pertama sebab jumlah Like, Comment dan Share tu adalah indikator kepada ke’viral‘an post/iklan korang. Nak tau tips viralkan post facebook korang? Rujuk artikel 5 Tips Viralkan Post Facebook Anda kat sini. Yang kedua, Like, Comment dan Share juga adalah indikator kepada engagement.

Lagi tinggi, lagi banyak lag engagement. Bila engagement tinggi, maka kos iklan akan jadi rendah.

Sebab itu semua orang berebut nak dapatkan banyak engagement untuk iklan mereka. Kalau berdasarkan pengalaman, engagement untuk iklan jenis video lebih tinggi daripada iklan jenis gambar. Sebab orang memang suka tengok video.

Tapi itu based on experience lah kan. Dan engagement tinggi pun tak ada guna kalau sales tak ada.

 

Kesimpulan

Korang dah baca ketiga-tiga komponen bagi iklan jenis gambar vs iklan jenis video. Agak-agak dah ada keputusan tak nak buat iklan jenis yang mana satu selepas baca hampir keseluruhan artikel ni?

Kalau dah ada keputusan tu boleh teruskan untuk buat iklan dan diharap anda berjaya buat sales yang berlipat kali ganda dengan iklan tersebut.

Secara am nya memang nampak engagement untuk iklan jenis video lebih tinggi memandangkan ianya lebih presentable dari segi info yang dipaparkan. Cuma korang perlu menguasai teknik untuk buat video.

Yang mana proses nak hasilkan video bukan lah semudah yang disangka. Perlu usaha lebih lah kan.

Tapi bagi yang tak tahu macam mana nak buat video, anda jangan rasa kecewa pulak. Boleh upah freelancer untuk buat video iklan untuk korang. Kalau tak mampu, boleh proceed dengan iklan jenis gambar. Sebab seperti yang saya nyatakan diatas, engagement tingi tak semestinya sales pun akan tinggi.

Dalam masa yang sama, saya nak rekemenkan software video yang kami jual iaitu Vidsy.

Dengan Vidsy ni korang tak perlu ada skills buat video pun, anda boleh buat video menarik dan cun. Saya rasa budak sekolah pun mampu buat sebab hanya klik-klik je pastu dah siap. Korang boleh tengok produk tu kat sini: Software Vidsy

Tapi kalau rasa tak mampu nak beli lagi, anda masih lagi boleh buat iklan jenis gambar sahaja dulu. Lepas tu sales dah masyuk, boleh cuba guna iklan jenis video pula.

Diharap korang dapat sedikit sebanyak info mengenai iklan jenis gambar vs iklan jenis video selepas membaca artikel ini. Semoga berjaya…. !

Cer tunjuk iklan video anda yang anda punya kat komen artikel ni. Kot-kot menarik, boleh jugak kami atau pembaca lain layan video awak tu 🙂

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Pada bulan December 2019 yang lepas, bos Wazeen ada buat satu announcement dalam group IM Lejen pasal satu software baru yang kita semua memang akan guna untuk bisnes kita. Software ni free jer. . Dan walaupun memang semua orang boleh guna, macam biasa… group premium...

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

Hai dan salam! Untuk artikel kali ni saya nak tunjukkan secara ringkas dan padat langkah-langkah nak buat Facebook Shop seterusnya masukkan produk yang anda jual ke dalam FB Shop tu. Facebook Shop adalah bahagian ‘Shop’ atau katalog kat dalam Facebook Page untuk anda...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Iklan Jenis Gambar VS Iklan Jenis Video

by admin time to read: 6 min
0