Hai! Hari ni, dah banyak platform yang memudahkan orang untuk mulakan bisnes e-Commerce dan buat kedai online e-Commerce sendiri dengan harga yang mampu milik dan dengan design kedai online mengikut citarasa sendiri.
Semua orang yang nak mulakan bisnes ada impian, cita-cita dan semangat yang tinggi. Tapi untuk tengok bisnes berjaya, bukan sekadar semangat sahaje yang diperlukan. Anda perlu sertakan dengan usaha. Usaha mempromosikan produk anda, mencari pelanggan baru dan tingkatkan jualan daripada pelanggan sedia ada.
Seperti perniagaan lain jugak, dalam bisnes e-Commerce pun ada perkara-perkara yang perlu dielakkan supaya tak menjadi punca yang menyekat perkembangan bisnes kita. Dalam artikel ni, saya senaraikan beberapa kesilapan usahawan e-Commerce yang perlu dielak semasa nak bangunkan bisnes e-Commerce. Jom layan!
Tak Pilih Niche! – Kesilapan Usahawan E-Commerce Yang Perlu Dielakkan
Kesilapan yang pertama dan terbesar untuk usahawan yang nak bangunkan bisnes e-Commerce ialah cuba menjual terlalu banyak jenis produk kepada terlalu banyak jenis audience.
Cuba anda tengok 2 laman web supplier untuk bisnes dropship yang biasa orang guna, Aliexpress.com atau Kumoten.com. Terlalu banyak jenis produk dalam pelbagai jenis kategori. Semua tu produk yang kita boleh jual, rambang mata nak pilih. Sampaikan tak tahu nak pilih mana satu.
Kat sini fungsinya ada niche dalam bisnes. Niche dapat membantu anda untuk lebih fokus menjual produk-produk dalam satu topik atau minat yang lebih spesifik. Jadi, pastikan anda pilih satu niche! Untuk permulaan, anda boleh pilih niche berdasarkan hobi anda sendiri.
Tak Profesional Berniaga! – Kesilapan Usahawan E-Commerce Yang Perlu Dielakkan
Berniaga menggunakan kedai online e-Commerce melibatkan laman web, jadi mesti ada ‘alamat kedai’ atau kita panggil nama domain. Nampak lebih profesional kalau anda gunakan nama domain anda sendiri sebagai contoh ‘namabisnesanda.com’.
Penggunaan nama bisnes dan logo yang konsisten pun memainkan peranan yang penting untuk tunjukkan yang kita ni profesional dan serius nak berniaga. Bila orang nampak anda serius nak berniaga, mereka akan percaya dengan bisnes anda dan membeli dari kedai anda.
Dan yang paling penting kalau nak tunjukkan yang kita ni profesional dalam berniaga, letakkan nama lesen perniagaan anda yang berdaftar dengan SSM kat setiap platform yang anda gunakan untuk menjual.
Tiada Info Polisi Bisnes! – Kesilapan Usahawan E-Commerce Yang Perlu Dielakkan
Orang membeli dari kedai kita bila diorang percaya dengan bisnes kita. Antara benda yang dapat tingkatkan kepercayaan pelanggan pada kedai online e-Commerce kita ialah halaman info polisi bisnes.
Antara halaman info polisi bisnes yang perlu ada kat dalam kedai online e-Commerce ialah halaman Refund Policy, Privacy Policy, Shipping Policy, Term Of Service dan Frequently Asked Question. Tak lupa jugak dengan halaman About Us untuk perkenalkan bisnes anda dan halaman Contact Us untuk pelanggan membuat sebarang pertanyaan atau aduan.
Kebanyakan usahawan buat kedai online e-Commerce abaikan beberapa halaman yang saya sebutkan tadi. Kadang-kadang tu sebab tak tahu nak tulis apa kat halaman tu. Sebab tu lah dalam Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce, kami ajar anda bina kedai online yang lengkap.
Gambar Produk Terhad! – Kesilapan Usahawan E-Commerce Yang Perlu Dielakkan
Pelanggan boleh dapatkan banyak makumat tentang produk yang anda jual melalui gambar produk yang anda sediakan. Ia dapat membantu pelanggan betul-betul jelas tentang produk yang anda jual. Dari situ, diorang boleh buat keputusan sama ada untuk beli atau tidak.
Oleh itu, pastikan anda letakkan banyak gambar produk dari pelbagai sudut. Kalau produk anda datang dalam pelbagai warna, pastikan anda masukkan gambar pilihan warna tersebut. Kalau produk anda ada ukuran atau fungsi tertentu, masukkan gambar ukuran dan fungsi tersebut.
Info Produk Tak Cukup! – Kesilapan Usahawan E-Commerce Yang Perlu Dielakkan
Sama macam gambar produk, description produk jugak penting. Cuba terangkan produk anda secara terperinci dengan menggunakan semua ‘selling point’ produk anda iaitu keunikan, kelebihan dan manfaat.
Masukkan jugak info bagaimana produk tersebut dibuat, bahan-bahan yang digunakan, proses atau teknik pembuatan dan apa fungsinya. Anda jugak boleh masukkan info warranty untuk tingkatkan kepercayaan dan info penghantaran supaya pelanggan dapat membuat keputusan untuk membeli.
Info Penghantaran Yang Tak Jelas! – Kesilapan Usahawan E-Commerce Yang Perlu Dielakkan
Setiap usahawan ada pilihan bisnes model sendiri ikut kemampuan masing-masing. Ada yang selesa dengan bisnes borong dulu kemudian jual balik, ada yang selesa dengan bisnes dropship, ada yang selesa dengan bisnes pre-order dari luar negara.
Yang mana satu pun bisnes model anda, penting untuk anda bagitahu bakal pelanggan dengan jelas info penghantaran produk ke alamat diorang. Dari mana produk akan dihantar? Berapa lama handling atau production time? Berapa lama tempoh penghantaran selepas diorang buat pembayaran?
Lain bisnes model, lain tempoh penghantarannya. Servis penghantaran pun boleh berbeza. Sebagai contoh, kalau anda jual produk dropship dalam Malaysia, tempoh penghantaran kebiasaannya 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Kalau anda buat pre-order dari Aliexpress.com, kebiasaannya 18-22 hari menggunakan e-Packet.
Ada pelanggan yang betul-betul ambil berat tentang tempoh penghantaran ni. Ada yang tak suka barang sampai lambat, ada yang tak kesah. Jadi, pastikan anda tulis info pengahantaran dengan jelas dalam kedai online e-Commerce anda.
Proses Pembelian Yang Susah! – Kesilapan Usahawan E-Commerce Yang Perlu Dielakkan
Pelanggan sepatutnya dapat membuat pembelian mereka dengan cepat setelah membuat keputusan. Dan halaman check-out sepatutnya boleh dilakukan dalam beberapa klik sahaje tanpa proses yang susah.
Kalau pelanggan rasa susah untuk membuat pembayaran, diorang hanya akan add to cart tapi tak teruskan membeli. Salah satu sebab kenapa orang add to cart tapi tak teruskan membeli ialah anda ‘paksa’ dia daftar akaun kat kedai online e-Commerce anda.
Diorang tak boleh nak Check Out dan buat bayaran online untuk beli selagi tak isi nama dan emel. Bukan semua orang tahan sabar untuk proses pembelian. Jadi, pastikan anda mudahkan proses pembelian dan pembayaran untuk pelanggan!
Setkan bahagian Customer Account kepada ‘Optional’ atau ‘Disabled’. Ini bermaksud prospek ada pilihan sendiri nak daftar akaun atau tak nak ataupun anda setkan tak perlu daftar akaun langsung.
Kesimpulan Kesilapan Usahawan E-Commerce Yang Perlu Dielakkan
7 kesilapan yang saya tunjukkan tadi adalah kesilapan yang biasa dilakukan oleh usahawan e-Commerce yang baru nak bangunkan bisnes e-Commerce. Walaupun anda baru nak mulakan bisnes e-Commerce, tak bermaksud anda perlu buat kesilapan yang sama macam usahawan lain pernah buat.
“Only a fool learns from his own mistakes. The wise man learns from the mistakes of others!” Woot woot!
0 Comments