Hai! Saya teringat pada satu post bergambar yang saya pernah nampak dekat newsfeed FB saya sebelum ni. Ada orang share tapi saya tak ingat siapa. Dalam post bergambar tu dia tulis lebih kurang macam ni; “Untuk tahun 2018 ni, pilih 3 hobi. 1 hobi yang boleh buat duit, 1 hobi yang boleh buat kita kekal sihat dan 1 hobi yang boleh buat kita jadi lebih kreatif.”
Mula-mula saya tak berapa ingat ayat dalam post tu. Ayatnya dalam bahasa inggeris. Lepas tu saya cuba cari dekat Pinterest, jumpa pulak yang lebih kurang, haha. Ini yang saya jumpa dekat Pinterest…
Saya rasa tertarik dengan post tu. Dan bagi saya 3 jenis hobi ni jugak penting untuk kita ada untuk terajui kehidupan sepanjang tahun 2018 lebih-lebih lagi sebagai usahawan online.
Pertama adalah hobi yang boleh buat duit. Bayangkan ada aktiviti yang kita suka dan selalu buat, dan kita jugak boleh dapat duit daripada hobi kita tu. Siapa tak nak kan? Buat benda yang kita suka lepas tu dapat duit pulak. Perghh! Takde la stress-stress hidup macam ni.
Yang kedua hobi yang boleh buat kita kekal sihat. Haa, yang ni penting untuk usahawan online khususnya. Banyak ngadap skrin kan dalam kehidupan seharian? Haha. Banyak bukak laptop, bukak phone nak usahakan bisnes online.
Jadi penting untuk kita ada 1 hobi yang bagi kita kekal cergas dari segi mental dan fizikal, dan tengok dunia luar jugak. Contoh mudah, berjogging. Keluar berjogging pagi petang, senam-senam sikit, haa cukup lah.
Yang ketiga, hobi yang boleh buat kita jadi kreatif. Saya nak sarankan anda satu hobi yang boleh buat anda jadi kreatif dan jugak bagi manfaat kepada anda sebagai usahawan online iaitu hobi design gambar.
Kenapa? Sebab skill design ni sangat-sangat berharga dan sangat diperlukan dalam bisnes online. Nak buat iklan, nak buat post-post content dekat sosial media, nak letak gambar produk dekat dalam kedai online e-Commerce, semua kena ada skill design sikit.
Samaada anda nak mula belajar design guna software yang advance macam Adobe Illustrator dengan Photoshop tu, atau anda cuma design guna tool design percuma Canva tu jer.
Daripada terfikir pasal hobi ni jugak, saya tergerak hati untuk buat satu artikel pasal pemilihan idea bisnes dropship secara e-Commerce berdasarkan hobi. Sebab bagi saya sendiri, nak pilih satu niche untuk bisnes dropship ni pun salah satu masalah dunia jugak.
Kelebihan Pemilihan Idea Bisnes Berdasarkan Hobi 1 – Orang Sanggup Keluar Duit Untuk Hobi!
Semua orang ada hobi. Aktiviti masa terluang yang kita buat hanya sebab kita minat buat sesuatu benda tu dan buat kita rasa seronok dan puas. Idea bisnes berdasarkan hobi jugak adalah satu niche dalam perniagaan.
Orang sanggup keluarkan duit untuk hobi mereka. Setiap hobi pasti ada benda-benda yang diperlukan untuk melakukan sesuatu hobi tersebut seperti bahan-bahan, peralatan, pakaian, aksesori dan sebagainya.
Sebagai contoh, hobi saya ialah berlari. Saya perlukan satu kasut khusus untuk berlari. Saya jugak perlukan seluar ‘three-quarters’, seluar pendek menutup aurat untuk berlari. Saya jugak perlukan baju jenis kain jersey yang ringan untuk berlari. Ini adalah barang keperluan untuk hobi saya.
Kalau saya tak ada barang keperluan untuk berlari ni, lebih saya pergi buat benda lain, gitu. Jadi saya akan keluarkan duit juga untuk dapatkan barang keperluan dalam hobi saya. Apa hobi anda?
Kelebihan Pemilihan Idea Bisnes Berdasarkan Hobi 2 – Produk Jenis Kehendak Boleh Jadi Keperluan!
Dengan sebab hobi jugak, produk jenis kehendak boleh jadi keperluan walaupun benda tu tak penting dan tak perlu pun, haha. Sebagai contoh, ade pulak sekarang ni macam-macam aksesori untuk berlari. MP3 untuk berlari lah, earphone wireless untuk berlari dan sebagainya.
Benda tu tak perlu pun asalnya, tapi saya rasa perlu pulak sebab saya nak fefeeling sikit berlari sambil dengar lagu-lagu bersemangat. Haaaa. Disebabkan hobi, saya sanggup keluarkan duit untuk produk jenis kehendak yang berkaitan dengan hobi saya. Okay, itu contoh.
Jadi, pemilihan idea bisnes berdasarkan hobi adalah satu permulaan yang baik untuk mulakan bisnes dropship secara e-Commerce! Woot woot! Apa barang jenis kehendak tapi keperluan bagi anda? huhu.
Kelebihan Pemilihan Idea Bisnes Berdasarkan Hobi 3 – Kita Tahu Keperluan Dan Gaya Hidup Dalam Hobi Kita!
Baru-baru ni saya tengok satu video di Youtube yang mana seorang usahawan e-Commerce baru macam kita ni kongsikan pengalaman daripada idea-idea dia yang gagal sampai ke idea idea yang berjaya. Saya akan kongsikan video tu tapi bagi saya cerita sikit dulu, haha.
Menarik bagi saya pengalaman dia ni sebab dia pun struggle dalam pemilihan niche untuk bisnes dropship secara e-Commerce. Dan dia fokus pada model bisnes print on demand, menjual T-shirt dengan design-design dalam sesuatu niche. Dia bermula dengan idea bisnes kategori haiwan peliharaan dengan niche anjing. Tapi gagal.
Lepas tu dia pilih untuk lebih spesifik. Daripada niche anjing yang luas, dia pergi kepada niche anjing yang lebih spesifik iaitu anjing baka Labarador. Tapi gagal juga. Lepas tu dia cuba pula niche masakan dan gagal juga. Jauh kan daripada haiwan peliharaan pergi ke masakan? Sama jer macam kita yang dah cuba macam-macam niche ni, huhu.
Satu sebab dia gagal ialah dia tak ada minat dalam niche yang dipilih. Bila kita tak ada minat dalam sesuatu niche, kita tak tahu bagaimana gaya hidup sesuatu niche tu, apa yang peminat dalam niche tu nak atau perlukan dan tak tahu bagaimana nak berkomunikasi dalam niche tu contohnya untuk buat ayat iklan atau terangkan manfaat produk.
Jadi kat sini, sangat baik kalau anda boleh mulakan idea bisnes dari hobi anda sendiri. Sebab anda tahu produk apa yang anda perlukan untuk hobi anda, anda tahu produk apa yang boleh terujakan peminat yang sama dalam hobi anda, anda tahu gaya hidup hobi anda dan tahu bagaimana nak berkomunikasi dengan peminat dalam hobi anda.
Ini videonya…
https://www.youtube.com/watch?v=IEzpfdcg6yk
Apa-apa pun, yang penting anda kena buat dulu kajian dalam pemilihan niche, kajian produk hot dan kajian pasaran. Tak nak nanti kita syok sendiri pulak cuba jual sesuatu yang tak hot dan tak ada permintaan.
Untuk tahu lebih terpirinci lagi dalam ketiga-tiga fasa kritikal sebelum menjual ni, anda boleh join team kami, Geng Shopievo – 1 Usahawan 1 e-Commerce. Dengan hanya komitmen RM1, anda akan dapat akses ke 13 video bagaimana memulakan bisnes dropship secara e-Commerce dan akses ke support group FB kami yang mantap!
Kesimpulan Pemilihan Idea Bisnes Dropship E-Commerce Berdasarkan Hobi
Pemilihan idea bisnes berdasarkan hobi adalah cara terbaik untuk kita mulakan dropship secara e-Commerce lebih-lebih lagi kalau hobi tu adalah hobi atau minat kita sendiri. 3 kelebihan idea bisnes berdasarkan hobi seperti yang telah saya terangkan ialah orang sanggup keluarkan duit untuk hobi, produk jenis kehendak boleh jadi keperluan dan kita tahu keperluan serta gaya hidup dalam hobi tersebut.
Jika kita nak pergi ke pada niche yang bukan minat kita pun boleh, tak ada masalah selagi ada orang yang peminat dalam niche yang kita pilih tu, ada produk hot dan ada permintaan. Kita hanya kena usaha lebih sikit buat kajian untuk dapatkan ilmu berkaitan sesuatu niche.
Cumanya, kalau dapat buat sesuatu bisnes yang kita sendiri minat, buat kita jadi lebih excited, kurang stress! Huhu. Bagaimana pulak dengan anda? Bisnes dropship anda sekarang berdasarkan hobi anda sendiri atau berdasarkan faktor-faktor lain? Kongsikan jugak kat bahagian komen!
.
Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?
Thank you very much for sharing. Your article was very helpful for me to build a paper on gate.io. After reading your article, I think the idea is very good and the creative techniques are also very innovative. However, I have some different opinions, and I will continue to follow your reply.
I may need your help. I’ve been doing research on gate io recently, and I’ve tried a lot of different things. Later, I read your article, and I think your way of writing has given me some innovative ideas, thank you very much.