Produk SHOPIEVO Ini Boleh Bantu Anda Dalam Bisnes Online! – Part 2

September 4, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Ini adalah sambungan artikel Produk Shopievo – Part 1 yang saya pernah buat sebelum ni. Terlalu panjang kalau nak sumbat dan terangkan semua produk satu per satu dalam satu artikel, jadi saya asingkan. Tambahan lagi, anda boleh jadi overload dengan manfaat semua produk Shopievo kalau baca semuanya dalam satu artikel, huhu.

 

Dalam artikel sebelum ni saya ada tunjukkan 3 produk Shopievo dan terangkan apa manfaat yang anda boleh dapat daripada setiap produk tersebut iaitu Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce, Panduan Shopievo 2.0 dan panduan yang paling latest dari kami, Lubuk Trafik yang dilancarkan pada 27 Ogos 2018.

 

Saya jugak terangkan siapa yang sesuai untuk dapatkan setiap produk Shopievo tersebut. Kat akhir artikel tu, saya ada bagi ‘nasihat ikhlas’ untuk anda berkaitan produk-produk tersebut. Pastikan anda baca artikel tersebut kalau nak tahu apa nasihat berharga yang saya bagi kat anda, huhu.

 

Okay, untuk artikel Produk Shopievo – Part 2.ni pulak, saya akan sambung lagi dengan beberapa produk Shopievo yang lain yang boleh bantu memudahkan urusan anda dalam mengusahakan bisnes online. Jom layan!

 

Ninja Spy Profit – Produk Shopievo Ini Boleh Bantu Anda Dalam Bisnes Online!

 

Sebelum ni saya pernah kongsikan pada anda produk Shopievo yang mengajar anda buat satu bisnes menjual produk fizikal melalui kedai online e-Commerce sendiri. Bila dah ada kedai online, anda mestilah kena ada produk untuk dijual.

 

Bagi kami, walaupun anda power dalam bab pemasaran, tapi kalau produk anda tu tak hot atau tak ada permintaan yang tinggi, sebenarnya ia sangat-sangat rugi untuk anda dan anda akan mengalami masalah untuk menjual nanti.

 

Jadi kami hasilkan Ninja Spy Profit. Ninja Spy Profit adalah sebuah pakej video panduan yang mengajar anda teknik dan strategi ‘nak spy’ (nak cari) produk hot untuk dijual kat kedai online e-Commerce, FB, Instagram, marketplaces atau kat mana-mana sahaje anda nak jual.

Dengan adanya teknik dan strategi ni, anda boleh jimat masa mencari produk hot dan jadi orang yang terawal dapat jual produk-produk hot dan trending atau bakal trending. Yang paling best, pesaing anda mungkin tak pernah tahu pun kewujudan produk tu.

 

Saya pernah tulis artikel pasal cara nak pilih produk hot yang senang nak jual dalam blog Shopievo.com ni. Video panduan Ninja Spy profit adalah jauh lebih advance daripada tu sebab anda akan diajar mencari, menggali, dan menganalisa sesatu produk tu menggunakan data.

 

Ninja Spy Profit ni sesuai untuk usahawan e-Commerce, penjual di marketplace seperti eBay dan Shopee serta penjual produk fizikal kat FB  dan Instagram yang berminat nak buka minda lebih luas lagi kepada produk-produk yang tak pernah terfikir pun. Bukan setakat fikir nak jual produk kucing, tudung dan baju kurung jer, huhu.

 

Vidsy Pro – Produk Shopievo Ini Boleh Bantu Anda Dalam Bisnes Online!

 

Keempat-empat produk Shopievo yang saya tunjukkan kat anda sebelum ni adalah produk jenis video panduan. Anda sendiri kena study video panduan tu barulah anda boleh buat. Seterusnya saya nak terangkan pasal Vidsy Pro pulak. Vidsysy Pro ni pulak adalah produk Shopievo jenis software.

 

Vidsy Pro ialah sebuah produk jenis software daripada Shopievo untuk hasilkan sebuah video slideshow produk. Ia dapat memudahkan usahawan online menghasilkan video produk yang menarik untuk digunakan dalam iklan FB Ads, Instagram Ads ataupun sebagai content kat FB Page dan Instagram bisnes.

Kenapa pentingnya perlu ada video produk? Berdasarkan laman web Business.com, minda manusia proses info dalam bentuk video 60,000 kali ganda lebih cepat berbanding info dalam bentuk penulisan.

 

Melalui iklan jenis video, anda boleh sampaikan info produk dengan lebih efektif. Anda boleh tunjukkan kelebihan-kelebihan produk, tunjukkan produk secara live dari pelbagai sudut dan cara guna produk. Paling mudah, anda buat jer video slideshow produk dengan menggunakan software Vidsy Pro ni.

 

Selain guna video untuk iklan, anda jugak boleh masukkan video produk tu kat halaman produk tersebut dalam kedai online e-Commerce anda. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh laman web Animoto.com, video membantu 96% pengguna dalam membuat keputusan untuk membuat pembelian online.

 

Tapi, kebanyakan usahawan online tak ada kemahiran nak hasilkan video produk yang menarik. Sebab tu lah kami hasilkan Vidsy Pro. Anda boleh buat video yang ‘cun’ dengan software ni walaupun tiada kepakaran hasilkan video. Anda hanya perlu pilih template, kemudian upload gambar produk dan edit ayat-ayat, akhir sekali pilih lagu background yang disediakan. KLIK pada gambar Vidsy Pro kat atas tu untuk tahu lebih lanjut ye.

 

Vidstorie – Produk Shopievo Ini Boleh Bantu Anda Dalam Bisnes Online!

 

Seterusnya, kami ada Vidstorie! Vidstorie jugak merupakan produk jenis software daripada Shopievo. Okay, hari ni apa yang terlintas kat fikiran anda kalau orang duk cakap storystory…? Mesti anda fikirkan Instagram Stories ngan Fb Stories, betul tak? Tapi yang paling femes dan banyak orang guna ialah Instagram stories.

Instagram stories memang bukan benda asing lagi kat kalangan pengguna Instagram. Saya pernah hasilkan satu artikel pasal Instagram Stories sebelum ni. Dalam artikel tu saya terangkan pasal fungsi Instagram Stories dan kepentingannya untuk usahawan.

 

Apa besa software Vidstorie ni dengan Vidsy  pro? Okay, kalau Vidsy Pro tadi kita guna untuk hasilkan video produk, Vidstorie ni pulak khusus untuk kita hasilkan video stories yang boleh letak kat Instagram Stories ataupun FB Stories.

 

Tambahan lagi, spesifikasi video untuk buat Instagram Stories Ads berbeza dengan iklan-iklan jenis video yang lain yang kebanyakannya boleh buat video bentuk petak jer. Iklan Instagram Stories ni pulak hanya boleh gunakan video dengan spesifikasi vertical full-screen aspect ratio 9:16 dan minimum pixel 600x1067px. Haaa…cemano nak buat tuh? Haha.

 

Sebab tu lah kami hasilkan Vidstorie. Anda bakal jimatkan masa & wang bila gunakan software Vidstorie sebab ia sangat mudah untuk digunakan. Anda hanya perlu masukkan video klip yang disediakan atau gambar anda sendiri. Kemudian, edit-edit ayat, BOOM! anda berjaya buat video stories yang memukau dalam masa beberapa minit jer tanpa pengalaman buat video sebelum ni. KLIK pada gambar Vidstorie kat atas tu untuk tahu lebih lanjut ye.

 

Kesimpulan Produk Shopievo – Part 2

 

Okay, cukuplah setakat ni dulu saya terangkan pasal manfaat yang anda boleh dapat daripada 3 lagi produk Shopievo iaitu Ninja Spy profit, Vidsy Pro dan Vidstorie. Pada masa akan datang, saya akan tambah lagi penerangan tentang produk-produk daripada Shopievo.

 

Daripada semua produk Shopievo yang saya dah tunjukkan kat anda ni, yang mana satu dah jadi milik anda dan yang mana satu belum lagi jadi milik anda? Produk Shopievo yang mana yang anda rasa paling berharga buat diri anda? Nanti jawab kat bahagian komen ye…huhu.

 

InsyaAllah, mungkin saya akan hasilkan satu artikel yang fokus kepada satu produk Shopievo sahaje supaya anda boleh dapat gambaran lebih mendalam berkaitan kandungan produk Shopievo jenis panduan ataupun tutorial cara menggunakan produk Shopievo jenis software. Jumpa lagi dalam artikel seterusnya, woot woot!

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Bagaimana IM Lejen Membantu Anda Dalam Bisnes e-Commerce?

Bagaimana IM Lejen Membantu Anda Dalam Bisnes e-Commerce?

Hai dan salam pada semua komuniti Geng Shopievo dan Shopievo Superbstar! Anda mesti dah tahu kot yang baru-baru ni (26 Ogos 2019) Founder Shopievo kita, bos Wazeen bergabung dengan lejen Internet Marketer tempatan & international, bos Rashvin untuk tubuhkan satu...

Produk SHOPIEVO Ini Boleh Bantu Anda Dalam Bisnes Online!

Produk SHOPIEVO Ini Boleh Bantu Anda Dalam Bisnes Online!

Hai! Mungkin dah banyak kali anda dengar pasal Shopievo atau mungkin jugak ni baru pertama kali. Mungkin dah banyak kali anda baca artikel-artikel best yang kami belanja kat blog Shopievo.com ni atau mungkin jugak ni artikel pertama yang anda baca kat sini.  ...

LetSpinio Review

LetSpinio Review

LetSpinio Review - Wheel of Fortune Lead Generation   Pernah dengar tak ayat kat bawah ni?"Saya Putar Halim...!"... Ingat lagi? Masa kecik-kecik dulu saya selalu tengok program Roda Impian.Halim tu pengacara program tu :)Bila Roda Impian muncul kat tv, mula lah...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Produk SHOPIEVO Ini Boleh Bantu Anda Dalam Bi…

by admin time to read: 4 min
0