Hai! Kali ni saya tergerak hati nak tulis pasal beberapa cara terbaik nak ubah hidup khusus untuk kehidupan seorang usahawan online dan freelancer. Kenapa saya kena jugak tulis satu artikel pasal ni? Sebab, pasti ada waktu-waktu anda rasa down dalam proses bangunkan bisnes atau mencari kerja sebagai freelancer. Rasa tak buat progress dalam hidup ni sejak berusaha dari bulan lepas, 6 bulan lepas atau setahun yang lepas. Rasa dah tak tahu nak buat apa lagi. Tak tahu apa lagi peluang-peluang yang ada yang anda boleh buat.
.
Boleh jadi, anda bukan tak tahu nak buat apa dah, tapi mungkin anda overload dengan ilmu, banyak sangat beli panduan bisnes itu ini sampai jadi tak fokus dan bercelaru fikiran tu. Mungkin jugak sebenarnya, jalan dan peluang dah ada tapi usaha dan perlaksanaan anda tu yang tak mantap. Jadi, semoga senarai tindakan yang saya tulis ni dapat bantu anda berdiri balik dari duduk tersandar mengenang nasib kepada usahawan yang terus berusaha lagi dan lagi. Jom layan 5 cara terbaik nak ubah hidup!
.
Ingat Dan Berharap Pada Allah
.
Kepada usahawan yang bukan Muslim, boleh terus ke point nombor 2 ye, huhu. Kepada usahawan Muslim, tak ada nasihat yang lebih baik yang saya boleh kasi selain ingatkan anda supaya sentiasa ingat dan berharap pada Allah Al-Razzaq, Yang Maha Pemberi Rezeki kepada sesiapa sahaja makhluk yang Dia kehendaki.
.
Mungkin anda rasa anda tengah susah, tak buat income dari usaha bisnes atau freelancer anda. Tapi cer fikir balik, betul ke anda betul-betul susah? Fikir balik, usaha anda selama ni seiring tak dengan apa yang anda inginkan? Bagaimana anda gunakan waktu dalam kehidupan seharian anda?
.
Kalau anda inginkan kejayaan, sentiasa ingat dan berharap pada Allah dalam apa sahaja usaha yang anda buat dan utamakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Ini bermaksud, bila masuk waktu solat, anda kena abaikan sekejap bisnes dan usaha anda dan fokus pada solat tanpa perlu risau apa-apa sebab anda tahu bawaha Allah lah yang bagi anda rezeki.
.
“…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya).” [Surah At-Talaq, Ayat 2]
“Serta memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang berserah diri kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). …” [Surah At-Talaq, Ayat 3]
.
Jadi, utamakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, supaya setiap langkah dan usaha anda mendapat keberkatan. Anda ada akses ke internet melalui laptop atau fon untuk baca artikel ini. Jadi sebenarnya anda tak la susah mana pun. Anda masih lagi boleh buat duit online.
.
Fikirkan ‘Siapa Anda 5 Tahun Akan Datang?’
.
Soalan yang biasa ditanya kalau pergi interview kerja, “bagaimana anda melihat diri anda 5 tahun akan datang?”. Tujuannya nak tengok samaada seseorang tu ada matlamat yang realistik ataupun tidak. Bercita-cita atau tidak. Dan samaada jawatan kerja tu sesuai tak dengan matlamat dia. Cer tanya perkara yang sama pada diri anda sebagai usahawan ataupun freelancer, fikirkan ‘siapa anda 5 tahun akan datang?’
.
Setiap orang pasti ada kehidupan yang diorang impikan. Mungkin anda nak ada pendapatan yang stabil hasil daripada bisnes online duduk dekat rumah je. Atau mungkin anda nak travel sana sini sambil bekerja sendiri sebagai freelancer. Realistik tak matlamat anda? Realistik atau tidak, tengok bagaimana usaha anda dari hari ke hari. Seiring atau tidak dengan apa yang anda inginkan? Matlamat dan impian yang besar perlukan usaha yang luar biasa.
.
Mula Buat Sesuatu!
.
Mula BUAT sesuatu dengan apa sahaje sumber yang anda ada sekarang. Anda ada internet dan fon atau laptop? Boom! Anda dah boleh buat bisnes dropship. Anda dah boleh pilih produk kat Kumoten.com. Anda jugak dah boleh buat akaun Intagram untuk bisnes. Daftar akaun kat Kumoten.com dan mula buat bisnes dropship tanpa modal. Buat akaun Instagram untuk bisnes pun tak perlu keluarkan modal. Untuk permulaan, anda boleh ikut tips cara berniaga kat Instagram yang saya pernah kongsikan dalam blog ni.
.
Ulangkaji Balik Panduan Bisnes!
.
Macam yang saya cakap di awal artikel ni tadi, mungkin anda overload dengan ilmu bisnes sebab banyak sangat beli panduan bisnes itu ini sampai jadi tak fokus. Cer anda senaraikan balik semua panduan bisnes yang anda pernah beli dan berapa harga setiap panduan tu. Untuk setiap panduan bisnes tu, pernah tak anda buat jualan sampai dapat cover balik harga panduan tu? Mungkin sebenarnya anda belum all-out lagi usaha untuk follow salah satu panduan bisnes tu, lepas tu anda dah beralih beli panduan bisnes yang lain pulak sebab panduan tu nampak viral kat FB.
.
Untuk back to basic balik, lepas anda senaraikan semua panduan bisnes yang anda pernah beli tu, tengok mana satu yang tak gunakan banyak modal. Anda fokus dengan bisnes yang tu dulu. Kalau anda tak pernah beli apa-apa panduan bisnes sebelum ni, dengan modal hanya RM1, anda boleh join komuniti kami Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce dan belajar buat bisnes dropship dengan lengkap menggunakan kedai online e-Commerce.
.
Tambah Ilmu Dan Asah Kemahiran Anda!
.
Tak ada usahawan yang buat sesuatu, dapat hasil dalam masa satu hari. Mindset orang yang nak kejayaan dalam masa satu malam ni adalah mindset orang yang nak cepat kaya. Mindset yang lemah. Mudah rasa putus asa walaupun baru sekali je usaha.
.
Kejayaan perlukan pelaburan masa dan tenaga. Anda boleh slow-slow tambah ilmu dan asah kemahiran yang anda ada. Kalau minat dan ada kebolehan dalam design, anda boleh belajar guna software Photoshop samapi boleh tawarkan servis pereka grafik pada orang. Kalau anda nak terlibat dengan bisnes online, anda boleh tambah ilmu dan bina kemahiran asas untuk jana pendapatan secara online.
.
Kesimpulan Cara Terbaik Nak Ubah Hidup
.
Anda tak boleh dapat hasil yang lebih baik kalau anda tak mula buat sesuatu. Saya boleh senaraikan beberapa lagi tindakan yang lain tapi kalau anda tak mula usahakan sesuatu, anda tak dapat nak buat perubahan dalam hidup. Semua benda perlukan masa dan usaha yang berterusan. Kalau anda habis baca artikel ni sampai kat sini, sekarang anda ada 2 pilihan. Samaada nak teruskan layan perasaan ‘rasa down’ ataupun mula BUAT sesuatu sekarang! Woot woot!
Thank you very much for sharing. Your article was very helpful for me to build a paper on gate.io. After reading your article, I think the idea is very good and the creative techniques are also very innovative. However, I have some different opinions, and I will continue to follow your reply.
The point of view of your article has taught me a lot, and I already know how to improve the paper on gate.oi, thank you. https://www.gate.io/tr/signup/XwNAU