Sangat cliché kalau saya tulis habit ‘usahawan yang berjaya’ sebab kalau dah berjaya, tak kesah dah nak habiskan masa macam mana, usaha-usaha bisnes boleh pass pada pekerja dah, haha. Jadi saya tulis habit yang perlu ada pada usahawan yang inginkan kejayaan supaya lebih fokus kepada usahawan yang masih dalam proses membangunkan bisnes khususnya Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce.
Hmm…dan tak lupa jugak untuk diri saya sendiri. Sebab saya pun masih dalam proses bangunkan bisnes ni hoi! Nak rasa jugak berjaya, haha. Okay, jom kita baca 4 habit yang perlu ada pada usahawan yang inginkan kejayaan.
Anda Perlu Ada Hobi! – Habit Yang Perlu Ada Pada Usahawan Yang Inginkan Kejayaan
Setiap orang sepatutnya memang ada hobi sendiri. Sebagai seorang yang mengusahakan bisnes, anda kena jugak cari hobi kalau sebenarnya anda tak ada hobi. Peliknya kalau tak ada satu pun hobi, haha.
Kenapa usahawan yang inginkan kejayaan perlu ada hobi? Seperti yang kita semua tahu, hobi adalah aktiviti masa terluang yang kita buat berkali-kali hanya sebab kita minat buat sesuatu benda tu dan ia buat kita rasa seronok dan puas.
Jadi, dengan adanya hobi, anda boleh rileks sekejap untuk kurangkan stress yang mungkin boleh timbul dari proses usahakan bisnes, lepas tu sambung balik dengan otak yang cergas dan semangat yang baru.
Selain tu jugak, dengan adanya hobi, anda dapat habiskan masa terluang dengan benda yang bermanfaat. Selalunya, orang yang sumber pendapatannya dari usaha bisnes ni ada masa yang bebas. Masa kita tak dikawal, jadi senang untuk jadi lalai. Jadi dengan hobi ni sebenarnya kita bina satu gaya hidup yang lebih produktif.
Oleh itu, saya sarankan anda untuk tahun 2018 ni, anda cari 3 hobi iaitu hobi yang boleh buat duit, hobi yang boleh buat anda jadi lebih kreatif dan hobi yang boleh buat anda kekal sihat. Sebagai contoh, hobi saya tahun ni adalah menonton video Youtube berkaitan bisnes, belajar design guna tool percuma Canva dan berjogging setiap petang.
Anda Perlu Tahu Bagaimana Nak Kekalkan Motivasi! – Habit Yang Perlu Ada Pada Usahawan Yang Inginkan Kejayaan
Bukan semua orang dapat buat sekali dah jadi. Setiap orang akan hadap halangan dan kegagalan. Yang penting kita tak nak halangan atau kegagalan tu buat kita rasa down dan give up untuk cuba lagi. Anda mungkin akan hadap halangan berkali-kali, jadi anda jugak kena sediakan usaha untuk bangkit berkali-kali!
Oleh itu, anda perlu tahu bagaimana nak kekalkan motivasi supaya halangan dan kegagalan buat kita jadi lebih baik, orang mat salleh cakap, ‘fail forward’. Ini antara cara nak kekalkan motivasi dalam berbisnes…
- Catatkan secara spesifik apa ‘Big Y’ anda. ‘Big Y’ atau Big Why ni adalah kita punya sebab yang kuat kenapa kita perlu teruskan usaha untuk dapatkan pendapatan.
- Catatkan matlamat anda dengan jelas. Sebagai contoh, apa matlamat harian, mingguan, bulanan atau tahunan anda dalam berbisnes. Ini sama macam yang selalu kita panggil ‘things-to-do-list’. Cara ni dapat bantu kita untuk fokus dalam apa yang kita nak usahakan.
- Join komuniti yang mengusahakan perniagaan yang sama. Pentingnya support dari satu komuniti perniagaan yang sama ni adalah untuk bertanya soalan, berkongsi progress dalam perniagaan dengan ahli yang lain dan untuk sentiasa update dengan info-info penting terkini yang dapat membantu perniagaan kita.
- Follow seseorang yang dah berjaya. Orang yang dah berjaya ni, dia dah lalui proses-proses gagal, dan proses-proses yang bawa dia pada kejayaan. Jadi, dia boleh tunjukkan cara mana yang perlu buat dan cara yang macam mana tak perlu buat.
Saya jugak ada terangkan secara lebih terperinci pasal cara nak kekalkan motivasi ni dalam satu artikel sebelum ni. Anda boleh baca kat sini.
Anda Perlu Guna Masa Sebaiknya! – Habit Yang Perlu Ada Pada Usahawan Yang Inginkan Kejayaan
Anda mesti kenal Elon Musk kan? Elon Musk adalah CEO syarikat SpaceX yang buat roket landing menegak untuk pergi planet Marikh, CEO syarikat Tesla yang buat kereta elektrik dan jugak CEO syarikat The Boring Company yang buat jalan bawah tanah untuk kurangkan kesesakan lalu lintas tu. Business Insider cakap dia ni Tony Stark kat dunia sebenar, haha.
Dengan 3 jawatan CEO dan bisnes besar yang dia kena jaga ni, anda mesti dapat rasa yang dia ni seorang yang sibuk. Elon Musk bekerja 85 hingga 100 jam seminggu dan 80% dari masa kerjanya dihabiskan untuk engineering dan design.
Elon Musk adalah contoh usahawan yang gunakan masa sebaiknya. Anda boleh baca pasal bagaimana contoh kehidupan seharian Elon Musk kat sini.
Setiap orang ada masa yang sama iaitu 24 jam dalam sehari. Bagaimana kita guna masa yang ada tu yang membezakan kita. Jadi, gunakan masa sebaiknya adalah salah satu habit yang perlu ada pada usahawan yang inginkan kejayaan.
Anda Perlu Ada Semangat ‘Take Action’! – Habit Yang Perlu Ada Pada Usahawan Yang Inginkan Kejayaan
Ni adalah habit yang paling penting untuk usahawan, take action. Apa panduan bisnes yang anda beli baru-baru ni? Anda dah pernah buat dan ikut step-by-step seperti yang diajar? Jangan peram lama sangat panduan bisnes tu kat laptop anda. Cuba habiskan tengok video panduan tu dan ikut sikit-sikit. Bila dah selesai satu step, teruskan step yang lain pulak.
Idea untuk buat bisnes tak bawa apa-apa maksud melainkan anda mula buat. Selagi idea tu tak disusuli dengan usaha, orang kata sembang jer lebih. Orang mat salleh cakap, “If you want to win the game, you’ve gotta play it.”, haa…gitu.
Kalau anda perlukan idea untuk mulakan bisnes dropship secara e-Commerce, saya ada sediakan satu artikel yang sesuai untuk anda. Anda boleh baca artikel Kelebihan Pemilihan Idea Bisnes Dropship E-Commerce Berdasarkan Hobi ni.
Kebanyakan orang bersemangat bila nampak macam-macam panduan bisnes kat internet tapi bila dah beli, semangat tu kian pudar. Lebih-lebih lagi panduan buat bisnes dropship secara e-Commerce dalam Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce yang harganya RM1 tu. Mentang-mentang harganya seringgit jer, senang dapat, mesti senang dilupakan, kan? Huhu, sedih kami.
Okay, ingat tu ye, anda perlu ada semangat take action!
Kesimpulan Habit Yang Perlu Ada Pada Usahawan Yang Inginkan Kejayaan
Antara 4 habit yang saya kongsikan pada anda ni, bagi saya yang penting adalah take action. Sebabnya saya kadang-kadang datang beberapa idea nak buat bisnes itu ini sampai boleh hilang fokus.
Jadi, apa yang saya buat ialah saya akan catat dulu idea-idea yang datang dan sentiasa tanya diri…“yang ni dah buat ke belum?”, “yang tu dah buat ke belum?”. Kalau idea lama-lama tak buat lagi, maknanya belum cukup all-out usaha tu. Sambil tu saya akan tengok jugak usaha bisnes yang mana yang lebih mudah untuk hasilkan pendapatan, jadi saya akan utamakan bisnes yang tu dulu.
Sebenarnya banyak lagi habit yang perlu ada pada usahawan yang inginkan kejayaan selain yang saya kongsikan ni. Selagi benda tu positif dan boleh perbaiki diri kita dari hari ke hari, anda perlu kekalkan sebagai habit.
Okay, saya dah kongsikan sikit dari beberapa habit tadi. Sekarang, bagaimana pulak dengan anda? Apa habit yang anda rasa perlu ada pada usahawan yang ingin rasa kejayaan macam anda? Mungkin anda ada amalkan beberapa habit yang dapat membantu usahawan lain perbaiki diri.
Kalau ada, cer kongsi sikit ‘rahsia-rahsia’ kejayaan anda tu kat bahagian komen supaya yang lain boleh dapat manfaat bersama. Okay, cukup setakat ni untuk artikel kali ni. Jumpa anda lagi dalam artikel yang lain! Woot woot!
.
0 Comments