Dalam siri artikel e-Com Log 3.2 yang lepas, kita dah pun habis bincangkan pasal niche. Saya pun dah pilih niche utama yang saya akan gunakan dalam siri artikel e-Com Log ni iaitu Cat Lovers. Saya nak target pada Cat Lovers perempuan yang tinggal kat United State yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 54 tahun.
.
Sekarang kita dah masuk ke siri artikel e-Com Log 4.0. Kita dah ada niche, dan sekarang kita akan masuk ke fasa pemilhan produk untuk bisnes dropship e-Commerce. Sebelum memilih produk, anda kena tahu dulu kriteria produk hot untuk bisnes dropship e-Commerce.
.
Kalau anda main pilih je produk yang anda ‘rasa’ nak jual tapi sebenarnya tak hot atau tak ada permintaan, ia akan membuatkan anda kehabisan banyak duit pada proses pemasaran berbayar FB Adsnanti. Sebab tu lah anda kena tahu dulu kriteria produk hot yang kita perlukan untuk bisnes dropship e-Commerce. Sebelum tu, jom kita tengok jenis-jenis produk fizikal yang terdapat kat pasaran dahulu.
.
Ambil Tahu Jenis-jenis Produk!
.
Ada 3 jenis produk fizikal yang ada kat pasaran iaitu produk jenis keperluan, kehendak dan trending. Tengok perbezaan dan contoh produk jenis keperluan dan produk jenis kehendak dalam gambar kat bawah ni…
.

.
Produk jenis keperluan adalah benda-benda yang setiap manusia ni perlukan dalam hidup dia. Kalau benda-benda nie tak ada, susah dia nak jalani kehidupan dengan tenang. Berbeza dengan produk jenis kehendak yang mana ia lebih kepada minat. Yang mana kalau benda-benda ni tak ada pun tak apa.
.
Macam mana pulak produk yang jenis trending? Produk yang trending adalah produk yang sangat sangat senang nak jual tapi produk trending ni dia ada tempoh masa dia boleh laku. Produk trending ni boleh dikatakan datang sekali seumur hidup, haha. Dan kebanyakannya produk trending ni bukan keperluan. Lebih kepada kehendak.
.
Mana Nak Pilih Antara Keperluan, Kehendak Dan Trending! –
Kriteria Produk Hot Untuk Bisnes Dropship E-Commerce
.
Oleh sebab produk jenis trending ni tak ‘datang’ selalu, sekarang anda ada pilihan samaada nak mulakan dengan produk jenis keperluan atau kehendak. Kalau anda baru nak mulakan bisnes online dan bajet untuk marketing tak berapa banyak, eloklah anda mulakan terus dengan produk jenis keperluan DAN JUGA produk tersebut mestilah hot!
.
Dalam video panduan Geng Shopiecvo: 1 Usahawan 1 e-Commerce, kami ada tunjuk dan terangkan bab ini satu per satu secara mendalam dalam video Validasi Produk Fasa 1. Sekarang, saya akan tunjukkan secara ringkas kriteria produk hot untuk bisnes dropship e-Commerce. Jom layan…
.
Problem Solver! – Kriteria Produk Hot Untuk Bisnes Dropship E-Commerce
.
Produk yang ada ciri problem solver ini boleh dikatakan sebagai produk terbaik atau ‘winning product’ sebab ramai orang perlukan produk atau sesuatu yang dapat selesaikan masalah diorang. Contohnya, ubat sapu untuk hilangkan gatal-gatal bayi. Kenapa penting? Untuk hilangkan bayi menangis. Kenapa penting? Untung hilangkan stress mak bapak!
.
Kenapa orang perlu keluarkan duit untuk dapatkan produk anda? Apa manfaat yang mereka akan dapat jika mereka laburkan duit mereka untuk beli produk anda? Kenapa mereka perlu dapatkan produk anda hari ini jugak?
.
Kalau produk anda tak bagi apa-apa manfaat kat diorang, ataupun tak boleh selesaikan masalah yang diorang hadapi, kemungkinan besar produk anda tu susah untuk dijual. Ingat, nanti kita akan keluarkan duit untuk buat marketing!
.
Perceived Value! – Kriteria Produk Hot Untuk Bisnes Dropship E-Commerce
.
Produk perceived value ialah produk yang nampak macam berkualiti dan bernilai. Kanapa saya cakap ‘nampak macam’ berkualiti dan bernilai? Sebenarnya, produk tu harga kosnya sangat rendah, tapi cara supplier mempamerkan produk tersebut pada gambar, ia nampak bernilai. Ataupun memang cara packaging produk tersebut nampak bernilai.
.
Bila prospek anda nampak sesuatu produk itu berkuali dan bernilai, jadi anda boleh jual dengan harga yang tinggi. Sebab itu lah jika anda dapat jumpa produk yang ada perceived value, ia sangat-sangat bagus untuk anda pilih. Kalau anda dapat jumpa produk yang problem solver dan tambahan pulak perceived value, boom!
.
Terbukti Laku Keras Di Facebook, Instagram Dan Marketplace! – Kriteria Produk Hot Untuk Bisnes Dropship E-Commerce
.
Cari ‘winning product’ yang sudah terbukti terjual oleh usahawan lain. Ada 3 tempat yang anda boleh spy. Kat Facebook, Intagram dan marketplace seperti Lazada dan Shopee kalau anda menjual produk untuk market Malaysia. Untuk pasaran International seperti United State contohnya, anda boleh spy di marketplace Amazon atau eBay.
.
Produk yang dikatakan terbukti laku keras di Facebook dan Instagram kita tengok pada jumlah enggagement orang pada gambar atau video produk tersebut seperti like, komen dan share. Jika jumlah enggagement post tersbut melebihi 500, anda boleh cuba jual produk tersebut.
.
Produk yang dikatakan terbukti laku keras di marketplace pulak adalah produk yang dalam kategori best seller marketplace tersebut. Sebagai contoh, di marketplace Lazada, diorang ada kategori most popular. Jika anda pergi ke sesuatu kategori atau niche pun, anda boleh filter susunan produk tersebut mengikut popularity.
.

.
Ada Beberapa Produk Hot Lain Dalam Niche Yang Sama! – Kriteria Produk Hot Untuk Bisnes Dropship E-Commerce
.
Ciri-ciri produk hot yang keempat dan terakhir adalah terdapat beberapa lagi produk hot yang lain dalam niche yang sama dengan produk hot utama yang anda nak pilih. Anda kena kenal pasti ade tak produk lain selain yang anda jumpa dengan 3 ciri di atas yang anda boleh jual nanti. Sebabnya, kita nak guna produk-produk lain jugak untuk tujuan kita nak kembangkan bisnes kita nanti.
.
Kesimpulan Kriteria Produk Hot Untuk Bisnes Dropship E-Commerce
.
Okay, saya dah tunjukkan 4 kriteria produk hot untuk bisnes dropship e-Commerce iaitu produk tersebut mestilah ada ciri problem solver, perceived value, terbukti laku keras kat Facebook, Instagram atau marketplace dan terdapat produk-produk hot yang lain jugak dalam niche yang sama. 4 kriteria ini dah cukup untuk membantu anda jimatkan masa pilih produk untuk dimasukkan dalam kedai online e-Commerce anda nanti.
.
Dalam video panduan Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce, ada lagi strategi ‘premium’ yang kami ajarkan seperti produk yang ada ciri B.O.S, Manipulasi, Mirror dan Bundling. Okay cukup setakat ni dulu untuk artikel kali ni, jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!
.
BACA SAMBUNGAN ARTIKEL INI: E-Com Log 4.1 – Cara Cari Idea Produk Guna FB Search
0 Comments