E-Com Log 3.0: Cara Cari Idea Niche

February 22, 2019

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



[Ini adalah sambungan dari artikel E-Com Log 2: Proses Buat Bisnes Dropship E-Commerce]

.

Hai! Dalam siri artikel e-Com Log 1 dan 2 sebelum ni, saya dah terangkan pasal tujuan, matlamat dan proses umum nak buat bisnes dropship e-Commerce. Untuk siri artikel kali ni pulak, saya akan tunjukkan cara terbaik nak pilih niche untuk bisnes dropship e-Commerce.

.

Saya andaikan anda dah tahu apa itu niche dalam bisnes online. Saya pernah terangkan apa itu niche dalam satu artikel sebelum ni. Dalam video panduan Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce jugak kami ada sediakan satu video khusus berkaitan Kajian Dan Pemilihan Niche dalam Modul Fasa Pembangunan.

.

Kenapa kita kena buat kajian dan pilih niche? Secara ringkasnya, kita nak menjual produk yang spesifik untuk segmen pasaran tertentu sahaja dan bukan nak jual semua benda macam Amazon. Bila kita dah ada niche, senang untuk kita pilih produk yang nak dimasukkan dalam kedai online kita nanti.

.

Dengan niche jugak, akan bantu kita untuk fokus pada bisnes yang kita nak buat. Kebanyakan usahawan online gagal sebab tak fokus dengan bisnes yang diorang betul-betul nak buat. Tambahan lagi, dalam bisnes dropship anda kan jumpa jutaan produk yang akan buat anda rambang mata nak pilih. Jadi, niche akan bantu kita untuk fokus.

.

Senaraikan Niche Berkaitan Minat Atau Hobi Sendiri!

.

Cara terbaik nak pilih niche untuk buat satu bisnes dropship e-Commerce ialah dengan memilih niche berkaitan minat atau hobi kita sendiri. Sebabnya, kita akan rasa enjoy dan bermotivasi untuk usahakan sesuatu yang kita suka. Saya jugak pernah kongsikan apa kelebihan pilih niche bedasarkan hobi sebelum ni.

.

Secara ringkasnya, orang sanggup keluar duit untuk hobi diorang. Anda sendiri tahu apa produk yang orang cari dalam komuniti hobi anda, anda tahu macam mana nak berkomunikasi dengan komuniti hobi anda dan kebiasannya sesuatu hobi tu ada satu FB Group, jadi senang anda nak cari bakal pelanggan untuk kedai online anda nanti.

.

Tapi, kita tak boleh syok sendiri. Kita kena pastikan dulu niche minat atau hobi kita tu ada pasaran kat FB dan Instagram, barulah kita boleh pilih niche tersebut. Sebab, kita kena seimbangkan minat dan permintaan untuk menjual sesuatu. Kalau niche tu tak ada permintaan, susah untuk anda jual produk dalam niche tersebut.

.

Buat masa sekarang, kita tak perlu fikir pasal permintaan lagi. Kita hanya nak kumpulkan idea niche. Jadi untuk langkah pertama ni, cuba kenal pasti apa yang anda minat. Untuk bantu anda, cuba tanya soalan-soalan berikut…

.

Apa blog atau laman web yang anda suka lawat?

Apa FB Page atau akaun Instagram yang anda suka follow?

Tanya kawan anda apa yang diorang nampak anda suka?

.

Apa yang anda akan beli kalau anda ada RM1000? Catatkan semua jawapan yang dapat anda fikirkan. Dari situ, anda boleh kenal pasti minat anda. Seterusnya, fikirkan pulak apa hobi anda. Sesetengah orang mungkin tak sedar yang dia ada hobi atau tak tahu nak cakap hobi dia tu dalam kategori apa. Jadi, anda boleh rujuk laman web Wikipedia’s List Of Hobbies ni.

.

Dalam laman web Wikipedia tu, ada senarai Outdoor Hobbies, Indoor Hobbies, Collection Hobbies, Competitive Hobbies dan Observation Hobbies. Ada banyak kat situ, anda boleh check satu-satu mana satu yang dekat dengan jiwa anda, huhu.

.

.

Senarai kat atas ni adalah niche berkaitan minat dan hobi saya. Cuba senaraikan 5 minat dan 5 hobi yang dekat dengan jiwa anda pulak. Tulis niche kat sebelah senarai tersebut. Ingat, ini hanyalah proses nak kumpul idea sahaja, saya masih belum buat kajian lagi samaada niche tersebut ada pasaran atau tak kat FB dan Instagram.

.

Cari Idea Niche Di Amazon Spark!

.

Seterusnya, kita nak banyakkan lagi idea niche untuk bisnes dropship e-Commerce kita. Kali ni, kita akan scan niche kat laman web Amazon Spark. Amazon Spark adalah tempat untuk pengguna Amazon berkongsi berkaitan produk dalam minat yang sama. Ada satu tool yang kita boleh gunakan untuk cari idea niche. Anda pergi ke laman web tersebut dan klik pada ‘Discover More Interest’.

.

.

Nanti akan keluar satu pop-up dengan senarai beberapa kategori kat Amazon beserta senarai niche yang ada untuk setiap kategori tersebut.

.

.

Senarai kategori yang ada ialah Automotive & Vehicles, Beauty & Grooming, Books, DIY, Arts, & Crafts, Education & Learning, Entertainment, Food & Drink, Fun & Hobbies, Health & Wellness, History, Holidays & Events, Home & Garden, Kids & Parenting, Outdoors, Pets & Animals, Photography, Sports & Fitness, Style & Fashion, Tech & Gadgets, Toys & Games dan Travel.

.

Itu adalah kategori. Kat bawah setiap kategori tersebut ada banyak jenis niche yang anda boleh pilih. Serius banyak, huhu. Pilih paling kurang pun 5 niche yang anda minat dari senarai interest Amazon Spark tersebut untuk tambahkan lagi dalam senarai idea niche anda. Berikut adalah 5 lagi tambahan untuk idea niche yang saya dapat dari Amazon Spark.

.

  • English Premier League
  • Cats
  • Trail Running
  • DIY
  • Kindle E-Readers

.

Kesimpulan Cara Cari Idea Niche

.

Dalam artikel ni saya dah tunjukkan beberapa cara nak cari idea niche untuk digunakan dalam bisnes dropship e-Commerce. Sebaiknya, niche tersebut mestilah niche passion atau hobi dan sebaiknya jugak, kita pun ada minat dalam niche tu.

.

Lepas anda habis baca artikel ni, paling kurang pun kita mesti ada senarai 15 pilihan niche. Lepas ni, kita nak buat kajian pulak kat semua niche tu samaada ada permintaan atau tidak. Kemudian, baru kita akan pilih 3 niche untuk digunakan dalam bisnes dropship e-Commerce ni. 1 sebagai niche utama, dan 2 lagi sebagai back up plan. Okay, kita sambung lagi nanti dalam artikel seterusnya, woot woot!

.

BACA SAMBUNGAN ARTIKEL INI: E-Com Log 3.1 – Kajian Dan Pemilihan Niche



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

E-Com Log 3.0: Cara Cari Idea Niche

by admin time to read: 4 min
0