Samaada kita usahawan kedai online e-Commerce yang baru ataupun yang legend, kita semua ada satu matlamat yang sama iaitu untuk buat jualan yang konsisten dari kedai online e-Commerce kita.
Samaada kita nak dapatkan jualan yang pertama atau jualan yang setelah sekian lama krik-krik, pasti ada tindakan praktikal yang kita boleh cepat-cepat usahakan untuk perbaiki performance kita.
Jadi dalam artikel ni saya akan kongsikan senarai checklist tindakan di setiap fasa bisnes e-Commerce supaya anda boleh buat audit pantas yang boleh bantu anda kenal pasti punca jika masih belum buat jualan. Jom layan…
Pastikan Anda Target Satu Niche Audience – Jika Masih Belum Buat Jualan Dari Kedai Online e-Commerce
Pemilihan niche untuk kedai online e-Commerce kita adalah proses yang pertama dan yang paling kritikal kita perlu buat sebelum melangkah ke proses seterusnya dalam journey bisnes e-Commerce. Kalau kita gagal nak pilih dan target satu niche audience, agak sukar kita nak buat progress dalam proses seterusnya.
Salah satu kesilapan usahawan yang baru nak mulakan bisnes e-Commerce adalah diorang cuba nak jadi kedai online yang ada segalanya macam Amazon. Seeloknya, usahawan perlu mulakan bisnes e-Commerce yang dilandaskan di atas satu niche audience supaya lebih spesifik, fokus dan kurang persaingan. Amazon pun bermula dengan menjual hanya buku sahaje.
Untuk lebih jelas dengan pemilihan niche, saya sarankan anda baca artikel Pemilihan Niche Dalam Perniagaan ni. Apabila anda sudah ada niche untuk anda fokuskan, ia akan memudahkan anda untuk memilih produk untuk bisnes anda nanti.
Pastikan Anda Ikut Kriteria Pemilihan Produk Hot – Jika Masih Belum Buat Jualan Dari Kedai Online e-Commerce
Kalau ikutkan hati, semua benda kita boleh sumbat dalam kedai online e-Commerce untuk jual. Orang jual itu ini, kita pun nak jual itu ini jugak. Sebab tu pentingnya niche tadi, supaya kita fokus pada bisnes yang kita dah rancang je.
Bila dah ada niche, penting untuk kita pilih produk yang ada permintaan. Jika anda main pilih je produk yang anda ‘rasa’ nak jual tapi sebenarnya tak ada permintaan, ini boleh buatkan anda melebur banyak duit pada proses pemasaran berbayar guna FB Ads nanti.
Kami di Shopievo ada sediakan satu checklist untuk menentukan sesuatu produk itu hot atau pun tidak. Checklist ini juga dapat membantu usahawan untuk memudahkan pencarian produk pilihan mereka tanpa perlu membazir banyak masa.
Secara ringkas, ini ciri-ciri yang perlu ada pada bakal produk anda;
- Produk jenis Problem Solver
- Nampak berkualiti dan bernilai
- Dah terbukti laku keras
- Ada produk hot yang lain dalam niche yang sama
Anda boleh baca lebih lanjut berkaitan pemilihan produk yang ada permintaan dalam artikel Cara Pilih Produk Hot Yang Senang Nak Jual ni.
Pastikan Anda Sediakan Payment Gateway Yang Sesuai – Jika Masih Belum Buat Jualan Dari Kedai Online e-Commerce
Bisnes e-Commerce yang target pada audience International perlukan Payment Gateway yang berbeza dengan bisnes e-Commerce yang target pada audience kat Malaysia. Untuk audience International, sudah tentunya Paypal menjadi pilihan utama.
Sebenarnya, kita jugak boleh guna Paypal untuk audience kat Malaysia sebab Paypal boleh terima pembayaran online automatik kad debit dan kad kredit dari apa sahaja jenis bank kat Malaysia.
Tapi kekurangannya adalah kebanyakan orang kat Malaysia ni tak biasa dengan Paypal dan diorang ingat diorang kena ada akaun Paypal dulu baru boleh buat bayaran online kat kedai online e-Commerce kita. Ini boleh jadi punca prospek tak jadi buat pembelian dari kedai online kita bila nampak ‘Paypal’.
Jadi, usahawan e-Commerece sangat disarankan untuk wujudkan Payment Gateway yang mesra rakyat Malaysia jika target pada audience kat Malaysia. Dalam panduan bisnes dropship e-Commerce Shopievo 2.0, kami ada satu bab dalam Fasa Pembangunan yang khusus untuk buat Payment Gateway.
Dalam video panduan tersebut, kami tunjukkan bagaimana kita nak set up dan guna sistem pembayaran online dari Billplz yang boleh terima bayaran online automatik kad debit dan kad kredit dari apa sahaja jenis bank kat Malaysia. Memang memudahkan untuk prospek buat bayaran online.
Pastikan Anda Guna Supplier Yang Berkualiti – Jika Masih Belum Buat Jualan Dari Kedai Online e-Commerce
Untuk usahawan yang buat bisnes secara dropship, penting untuk anda pilih supplier yang berkualiti. Mencari supplier atau pembekal produk yang ada tawarkan peluang dropship ni sangat mudah. Semudah search kat Google atau search kat Instagram dan FB. InsyaAllah, pasti jumpa peluang untuk buat bisnes dropship.
Tak cukup dengan tu, kita boleh gunakan terus supplier di Kumoten.com atau tanya terus pada vendor-vendor di marketplaces seperti Shopee.com.my, Lazada.com.my, Lelong.com.my, Mudah.my dan Aliexpress.com samaada diorang buka peluang untuk dropship ataupun tidak.
Tak kira mana-mana pun supplier yang anda gunakan, ada beberapa faktor yang anda kena nilai untuk tentukan supplier tersebut berkualiti ataupun tidak. Antaranya adalah seperti berikut;
- Dapat banyak review yang baik dari pembeli.
- Ada gambar produk yang berkualiti dan pelbagai angle. Lagi bagus kalau ada video produk.
- Ada butiran produk yang lengkap dan jelas dari segi fungsi, kelebihan, saiz, berat, bahan-bahan yang digunakan dan sebagainya.
- Tempoh penghantaran yang sesuai untuk target audience.
- Ada penghantaran dengan tracking number.
Dari segi tempoh penghantaran, jika anda target pada audience kat Malaysia, tempoh penghantaran yang ideal bagi rakyat Malaysia ni biasanya 3-4 hari bekerja untuk Semenanjung dan 5-6 hari bekerja untuk Sabah & Sarawak.
Jika anda gunakan supplier dari luar negara seperti Aliexpress contohnya, tempoh penghantaran dari China ke Malaysia mengambil masa lebih kurang 15-20 hari. Disebabkan tempoh penghantaran yang lama bagi rakyat Malaysia ni, mungkin boleh jadi sebab diorang tidak membuat pembelian.
Jadi, untuk permulaan dalam bisnes dropship e-Commerce, cer anda usahakan dulu cari produk dari supplier tempatan jika target pada audience kat Malaysia.
Bersambung dalam artikel Part 2… KLIK SINI
Penat baca artikel ni sampai kat sini? Artikel ni tak berakhir kat sini. Ade sambungan lagi tindakan yang anda boleh buat untuk perbaiki bisnes e-Commerce anda. Sama macam citer Anvengers: Infinity War, ada sambungan lagi citer dia. Saya pun nak buat macam tu jugak.
Kalau dah ready nak sambung baca nanti, boleh klik sini, huhu. Jumpa dalam artikel seterusnya! Woot woot!
I have read your article carefully and I agree with you very much. This has provided a great help for my thesis writing, and I will seriously improve it. However, I don’t know much about a certain place. Can you help me? https://www.gate.io/uk/signup/XwNAU