Latihan Buat Copywriting Ayat Jualan Power!

February 15, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Pernah jumpa tak iklan-iklan kat Facebook, yang dia punya copywriting ayat jualan panjang-panjang dan tersusun kemas? Copywriting ayat jualan tu adalah penulisan yang kat bahagian description post jenis iklan promosi atau jualan tu.

 

Ayat jualan tu bukan jer sekadar tersusun kemas, tapi dia punya daya tarikan untuk orang baca tu nampak smooth jer. Memang orang cakap, copywriting memukau lah! Haha.

 

Apa yang dia tulis tu, ada ayat tanya yang terus rasa terkena pada diri kita, ada cerita pendek yang lebih kurang sama terjadi pada situasi kita dan ada dia bagitahu masalah-masalah yang lebih kurang sama terjadi pada kita dalam cerita pendek tu.

 

Lepas tu, tup tup…terus dia bagitahu apa jalan penyelesaiannya. Kalau apa yang dia promosi tu jenis produk, dia bagitahu produk apa yang dia guna. Kalau apa yang dia promosi tu jenis perkhidmatan, dia bagitahu pasal servis tu.

 

Tak ketinggalan jugak manfaat dan kelebihan-kelebihan produk atau servis yang dia promosi tu memang mantap. Mantap dan pelbagai. Dia senaraikan dalam bentuk bullet point. Kadang-kadang yang bullet point tu dia ganti dengan simbol-simbol lain. Jadi nampak menarik.

 

Bila nampak tersusun dan menarik, jadi tak boring nak baca. Bila benda tu menarik dan dapat buatkan orang terus baca sampai habis, jadi orang pun dapat semua info-info penting contoh macam masalah yang dihadapi, butiran produk atau servis, manfaat dan macam mana cara nak dapatkan.

 

Itu bila orang lain yang buat. Bila sampai turn kita pulak, jadi blank nak tulis apa. Kadang-kadang kita ni dah lepas dah semua fasa-fasa penting dalam bisnes yang awal-awal tu contohnya pemilihan niche, pemilihan produk hot dan kajian pasaran.

 

Bahan-bahan promosi seperti gambar dan video menarik pun semua dah ready. Sampai masa nak tulis copywriting ayat jualan, tiba-tiba kosong kepala otak ni tak tahu nak tulis apa, haha. Kita pun terfikir “macam mana diorang boleh tulis ayat jualan power-power ni?”.

 

Copywriting Ayat Jualan Power – Anda Perlu Buat Latihan!

 

 

Orang yang dapat tulis copywriting ayat jualan panjang-panjang tu, bila dia lebih kenal dengan bakal pelanggan, tahu bagaimana situasi bakal pelanggan yang mungkin memerlukan tawaran mereka dan jelas dengan manfaat yang boleh dapat daripada produk atau servis yang mereka tawarkan.

 

Okay, jangan risau lagi pasal nak tulis copywriting ayat jualan sebab kat dalam artikel ni saya akan tunjukkan anda satu template yang anda boleh gunakan untuk lebih kenal dengan pelanggan dan produk atau servis yang nak dipromosikan. Template ini sebenarnya adalah daripada perkongsian Tuan Wazeen Azizan, the founder of Shopievo sendiri dalam Geng Shopievo – 1 Usahawan 1 e-Commerce. Jadi anggap ianya satu ilmu freemium untuk anda, premium tapi percuma!

 

Template ni anda boleh gunakan setiap kali anda nak mula tulis copywriting ayat jualan. Jadi anda boleh anggap ia sebagai satu panduan dan latihan untuk anda mula tulis ayat jualan sendiri dan perbaiki dari hari ke hari. Tak payah suruh orang buat dah.

 

3 Kategori Copywriting Ayat Jualan Power

 

Dalam menulis satu copywriting ayat jualan yang lengkap, tersusun dan memukau. Ada 3 kategori yang anda perlu masukkan dalam penulisan ayat iklan anda tu iaitu target market, pengalaman dan manfaat produk atau servis.

Jom kita tengok satu per satu…

 

Kategori 1 Copywriting Ayat Jualan PowerTarget Market

 

 

Untuk lebih kenal dengan siapa target market anda, anda boleh biasakan jawab soalan-soalan berikut. Pastikan anda menulis di atas kertas jawapan yang anda fikirkan.

 

  1. Siapakah target market anda? (Target market adalah rang yang anda nak bantu)
  • Umur / jantina?
  • Tahap kepakaran (adakah newbie, medium, pakar, dan sebagainya …)
  • Tahap pendidikan?
  • Ada anak tak? Berapa orang anak?

 

  1. Apakah matlamat mereka? (Apakah yang mereka nak capai)

 

  1. Apakah yang menghalang mereka daripada mencapai matlamat mereka? (Senaraikan halangan megikut perkara di bawah…)
  • Kehidupan peribadi
  • Pendidikan / pengalaman
  • Kewangan
  • Emosi

 

  1. Bagaimanakah masalah ini memberi kesan kepada mereka?
  • Kehidupan peribadi
  • Perniagaan
  • Kewangan
  • Berapa lama masalah itu dialaminya?

 

  1. Bagaimanakah cara yang biasa mereka cuba selesaikan masalah tersebut?
  2. Apa cara yang sepatutnya mereka perlu atau perlu cuba lakukan untuk selesaikan masalah tersebut?
  3. Terangkan bagaimana kehidupan mereka apabila masalah itu dapat diselesaikan nanti.

 

Kategori 2 Copywriting Ayat Jualan Power – Pengalaman Sendiri Atau Testimoni Pelanggan

 

 

Bahagian pengalaman sendiri atau testimoni pelanggan ini dapat membantu kita untuk membuat satu cerita pendek dalam copywriting ayat jualan kita tu dengan memberi gambaran sesuatu situasi atau masalah yang pernah terjadi.

Kebiasaannya cerita pendek ni digunakan untuk menarik perhatian. Untuk lebih jelas dengan pengalaman yang telah anda lalui berkaitan dengan sesuatu topik, anda boleh biasakan jawab soalan-soalan berikut. Pastikan anda menulis di atas kertas jawapan yang anda fikirkan.

 

  1. Bagaimana anda bermula? (Sebelum capai matlamat)
  • Apakah kekuatan-kekuatan yang anda ada?
  • Apakah matlamat-matlamat yang anda cuba untuk capai?
  • Apakah halangan yang anda hadapi semasa sebelum anda capai matlamat tersebut?
  • Kehidupan peribadi
  • Pendidikan / Pengalaman
  • Kewangan
  • Emosi

 

  1. Dimana tahap anda berada sekarang? (Ketika sudah capai matlamat)
  • Apakah matlamat utama yang berjaya anda capai?
  • Bagaimanakah anda capai matlamat anda? Apakah yang anda lakukan sehingga capai matlamat tersebut?
  • Sumber manakah yang anda telah gunakan sehingga capai matlamat anda?
  • Kawan / Keluarga
  • Mentor
  • Produk fizikal/digital
  • Kewangan

 

Kategori 3 Copywriting Ayat Jualan Power – Manfaat Dan Kelebihan Produk Atau Servis

 

 

Untuk lebih jelas dengan manfaat produk atau servis bisnes anda dan apa kelebihannya berbanding dengan pesaing-pesaing lain, anda boleh biasakan jawab soalan-soalan berikut. Pastikan anda menulis di atas kertas jawapan yang anda fikirkan.

 

  1. Bagaimanakah produk ini dapat selesaikan masalah target market anda?
  • Dari segi kehidupan peribadi mereka
  • Dari segi kepakaran mereka
  • Dari segi kewangan mereka
  • Dari segi masa mereka

 

  1. Pesaing anda atau produk yang lebih kurang sama dengan produk anda:
  • Apakah kelebihan yang ada pada produk mereka?
  • Apakah kekurangan yang ada pada produk mereka?

 

  1. Ciri-ciri utama yang anda pada produk anda:
  • Manfaat
  • Apakah ciri-ciri yang terdapat pada produk anda yang dapat memberi manfaat kepada target market anda? (Senaraikan manfaat)
  • Bagaimanakah ia memberi kesan kepada pengguna? (Kesan terjadi pada target market anda selepas guna produk anda)
  • Kelebihan
  • Kenapa ciri-ciri dan manfaat tersebut diperlukan?
  • Kenapa mereka “tidak boleh hidup” tanpanya?

 

  1. ‘Social Proof’ ataupun bukti keberkesan produk:
  • Testimoni
  • Screenshot dari media sosial atau Whatsapp dan lain-lain.
  • Jika masih belum ada testimonial, cuba rujuk kepada pesaing anda. Dapatkan bilangan pelanggan yang mereka miliki. (Contohnya – Sudah 31 Muslimah telah pakai tudung seperti yang terdapat dalam kedai online kami).

 

  1. Penetapan Harga Produk:
  • Lihat kepada ‘value’ yang ada pada produk anda & fikir berapakah harga yang patut anda tetapkan? (Anda boleh juga buat kajian tentang harga market yang sama dengan produk anda)
  • Diskaun? Kenapa anda perlu berikan mereka diskaun?

 

  1. Harga dan ‘Scarcity’:
  • Harga akan dinaikkan? Jika ya, bila?
  • Stok terhad?
  • Adakah stok yang ada pada anda terhad? Berapa unit yang tinggal?
  • Adakah tawaran harga diskaun/promosi/pengenalan akan tamat? Jika ya, bila ianya akan tamat?

 

  1. Jaminan pulangan wang:
  • Adakah produk anda ada jaminan pulangan wang? (Anda sangat disarankan untuk ada polisi jaminan pulangan wang)
  • Jadi, jika ada, berapa peratus wang yang dipulangkan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan produk anda? Berapa lamakah masa yang mereka boleh tuntut pulangan wang?

 

Kesimpulan Copywriting Ayat Jualan Power  

 

Dengan menulis semua jawapan yang anda boleh fikirkan semasa menjawab soalan daripada template yang telah disediakan, ia dapat membantu anda nampak lebih jelas pada siapa anda nak sasarkan iklan. Ini penting untuk anda lebih-lebih lagi jika anda adalah pemain FB Ads.

 

Ia juga dapat membantu anda memasukkan satu cerita pendek berkaitan pengalaman anda atau testimoni pelanggan berkaitan produk atau servis yang anda tawarkan untuk memberi gambaran situasi kepada pembaca untuk menarik perhatian.

 

Dan akhir sekali, ia juga dapat membantu anda senaraikan manfaat dah kelebihan produk atau servis anda, bagaimana ia dapat selesaikan masalah target market anda.

 

Tapi anda juga perlu ingat, bukan semua persoalan daripada template yang disediakan ini perlu dimasukkan dalam copywriting ayat jualan anda. Mungkin anda boleh pilih beberapa soalan yang sesuai atau pelbagai susunan ayat iklan anda.

 

Cumanya, template ini bertujuan untuk membantu anda mula berfikir dan tulis sesuatu! Daripada kita blank jer tak tahu mana nak mula, lebih eloklah ada panduan jenis soalan ini supaya keje anda cuma menjawab jer.

 

Cuba anda kasi komen sikit tentang template latihan copywriting ayat jualan power ni. Mana tahu anda ada template atau satu panduan yang lagi teratur dan senang nak ikut ke. Kalau anda kongsi kat bahagian komen, orang lain yang baca pun boleh dapat ilmu jugak.

 

Dan lagi satu, kalau anda komen kat artikel ni, lagi semangat saya nak kongsikan artikel-artikel yang premium tapi percuma jer nanti. Freemium! huhu

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

1 Comments

1 Comment

  1. LirewaiNa

    This upregulation of DNA synthesis occurs through nuclear translocation of receptor protein and activation of MAPK 37 cialis coupons 1 Typically indicated to manage tension or muscle contraction headaches, butalbital is often combined with one or more therapeutic agents, such as acetylsalicylic acid, acetaminophen, aspirin, and caffeine

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latihan Buat Copywriting Ayat Jualan Power!

by admin time to read: 6 min
1