Hai! Dah lama saya tak sambung siri artikel Usahawan Online kat blog Shopievo.com ni. Tujuan saya buat siri artikel Usahawan Online adalah untuk bantu sesiapa sahaja kat luar sana yang teringin nak mulakan satu bisnes online sendiri sebagai usaha untuk menjana pendapatan sampingan.
.
Dalam artikel Usahawan Online 101 sebelum ni, saya dah terangkan pasal konsep buat duit online. Dalam artikel Usahawan Online 102 pulak, saya dah bantu kembangkan lagi ilmu anda dengan beberapa kemahiran asas yang anda perlu tahu untuk jana pendapatan secara online. Dengan adanya kemahiran-kemahiran ni, ia dapat bantu anda dalam mengusahakan bisnes online.
.
Dalam artikel Usahawan Online 103, saya dah terangkan pada anda 7 benda yang anda perlu ada kalau nak buat bisnes online. Untuk siri artikel Usahawan Online 104 kali ni, saya nak kongsikan pulak kunci kejayaan buat bisnes online supaya anda tahu apa habit yang diperlukan untuk sesorang usahawan online tu senang mencapai kejayaan. Jom layan…
.
Ada Mindset Yang Betul! – Kunci Kejayaan Buat Bisnes Online
.
Cara kita berfikir secara langsung akan bagi impak pada tindakan dan hasil yang kita akan dapat daripada bisnes kita. Kalau anda fikir nak buat bisnes online sebagai satu hobi, anda hanya akan berusaha bangunkan bisnes anda bila anda rasa ada masa terluang sahaja. Pendapatan yang anda akan dapat pun memadai dengan usaha anda.
.
Kalau anda fikir nak buat bisnes online sebagai satu kerjaya profesional, anda akan bertindak, berusaha, mencari dan luangkan masa untuk bangunkan bisnes sama macam orang yang bekerja makan gaji dari pukul 8 pagi sampai 5 petang siap tambah overtime sampai pukul 12 malam. Tak mustahil anda boleh jadikan bisnes online sabagai pendapatan utama.
.
Cara anda fikir pasal usaha bisnes online tu sendiri akan bagi impak yang besar samaada anda boleh jadikan pendapatan dari bisnes online tu sebagai pendapatan utama untuk menyara kehidupan atau sekadar duit geli-geli untuk keluar pergi tengok wayang pada hujung minggu.
.
Jadi mulai sekarang, ini mindset baru anda; Anda ialah CEO, Founder dan Owner untuk syarikat bisnes anda sendiri walaupun anda hanya guna lesen perniagaan hak milik persendirian. Tak kesah samaada anda buat bisnes jual produk atau jadi freelancer.
.
Dan tak kesah jugak kalau hanya ada anda sorang jer dalam syarikat anda tu. Syarikat anda hanya ada anda, laptop, smartphone, Internet dan meja untuk buat kerja kat satu sudut dalam bilik kat rumah anda. Tak ada siapa yang kesah pasal syarikat anda, tak ada siapa yang kesah pasal pendapatan anda. Hanya anda sorang yang tahu apa yang anda nak untuk diri anda sendiri.
.
Fikirkan matlamat realistik yang anda nak capai untuk ‘syarikat’ anda. Anda nak buat bisnes secara profesional dan bersistem..? Anda nak jana pendapatan paling kurang pun 2k setiap bulan macam orang bekerja makan gaji kat K.L..? Boleh! Anda boleh capai semua tu hanya dari meja kerja kat bilik anda tu, asalkan anda ada matlamat yang realistik dan sanggup bagi komitmen berusaha dari pukul 8 pagi sampai overtime pukul 12 malam!
.
Belajar Ilmu Bisnes Online Dari Orang Yang Dah Terbukti Berjaya! Kunci Kejayaan Buat Bisnes Online
.
Lepas dah ada mindset yang betul, anda perlu ada ilmu dalam apa sahaja model bisnes online yang anda nak buat. Kunci kejayaan buat bisnes online yang kedua ialah belajar dari orang yang dah terbukti berjaya buat bisnes tersebut.
.
Nak buat bisnes dropship e-Commerce? Nak buat bisnes affiliate? Nak jual barang kat Shopee? Follow orang yang dah bejaya buat, beli panduan diorang dan join komuniti usahawan online tu. Nak buat servis writing, graphic design atau video editing sebagai freelancer? Follow orang yang dah bejaya buat, beli panduan diorang dan join komuniti freelancer tu.
.
Untuk permulaan, anda boleh belajar langkah-langkah buat bisnes dropship e-Commerce bersama komuniti kami Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commercce. Kami team Shopievo jugak menyediakan program affiliate Shopievo kalau anda berminat buat bisnes affiliate dan menjana komisyen dengan menjual produk-produk digital dari Shopievo.
.
Untuk usahakan satu bisnes yang membawa keuntungan, anda kena sentiasa belajar dan maju. Segala info yang ada baca kat Internet jugak adalah ilmu. Artikel yang anda baca sekarang ni pun adalah ilmu. Tambah dan refresh ilmu setiap hari, tapi pastikan anda gunakan ilmu tu untuk bertindak. Ilmu tanpa tindakan adalah sia-sia.
.
Mula Bertindak Dengan Ilmu Yang Ada! Kunci Kejayaan Buat Bisnes Online
.
Ini adalah kunci utama kejayaan. Anda kena mula bertindak dengan ilmu yang ada. Ada segelintir orang yang dah beli macam-macam panduan bisnes, pergi kelas belajar bisnes, ada banyak ilmu, tahu banyak benda dalam industri bisnes online tapi tak ada tindakan. Nak berjaya kena bertindak.
.
Cabaran bagi seorang usahawan online atau freelancer ialah senang terganggu dengan benda-benda kat sekeliling dan mudah untuk membazir masa berjam-jam tanpa betul-betul mengusahakan sesuatu ke arah keyaan bisnes sendiri. Sebabnya, masa kita tak ada orang kawal dan tak ada siapa yang pantau.
.
Kalau anda bekerja dari rumah sepenuh masa, buat jadual tetap setiap hari bila waktu anda ‘bekerja’ untuk bisnes. Pastikan anda bagi komitmen macam orang yang bekerja makan gaji. Tapi jangan lupa bagi ruang untuk solat 5 waktu, beriadah waktu pagi dan petang dan luangkan masa berkualiti dengan keluarga. Anda kena disiplinkan diri.
.
Fokus Pada Matlamat! – Kunci Kejayaan Buat Bisnes Online
.
Masa tengah bertindak dan berusaha, cabarannya adalah untuk kekal fokus. Hanya orang yang fokus pada matlamat sahaja yang tahu sejauh mana usaha dia membawa kepada kejayaan. Sebab dia ada target. Dia jelas apa yang nak dicapai.
.
Sebab tu anda kena jelas dengan matlamat anda sendiri. Setiap orang berbeza matlamat dan sebab tu lah setiap orang ada definisi kejayaan yang berbeza. Apa matlamat anda? Nak capai pendapatan 2k setiap bulan? Okay, apa model bisnes online yang anda nak buat? Dah habis belajar dari panduan? Dah ikut langkah demi langkah?
.
Kalau anda dah melabur duit untuk beli sesebuah panduan bisnes online, fokus untuk belajar dan cuba buat apa yang diajar dalam panduan tersebut. Abaikan panduan-panduan bisnes lain buat sementara waktu. Anda dapat kembangkan bisnes dengan lebih cepat kalau anda fokus.
.
Kesimpulan Usahawan Online 104
.
Ada 4 kunci kejayaan buat bisnes online yang anda kena ingat iaitu mindset yang betul, belajar dari orang yang dah terbukti berjaya, bertindak dengan ilmu yang anda ada dan fokus pada matlamat anda. Okay, cukup sampai setakat ni dulu untuk artikel kali ni…jumpa anda agi dalam artikel seterusnya, woot woot!
0 Comments