Bagaimana Nak Tarik Pelawat Dari Media Sosial Ke Kedai Online e-Commerce

April 19, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Kalau anda follow panduan dalam Geng Shopievo: 1Usahawan 1 e-Commerce dan buat kedai online e-Commerce guna Easystore, setiap minggu  anda mesti terima satu emel dari Easystore yang bagitahu anda update dan ringkasan berkaitan kedai online anda untuk minggu tersebut.

 

Dalam emel tu diorang akan bagitahu berapa orang yang lawat kedai online kita minggu lepas, berapa orang pelanggan yang berpotensi dan berapa produk yang kita dah listkan. Diorang jugak ingatkan dah berapa hari kedai online kita beroperasi supaya kita boleh fikir balik samaada kita ada buat progress atau tak, huhu.

 

 

Sikitnya pageviews untuk kedai online saya kat atas tu, 17 jer..??!

 

Apa yang penting dalam dalam bisnes e-Commerce ni adalah orang yang melawat kedai online e-Commerce kita atau melawat sesuatu halaman produk dalam kedai online e-Commerce kita. Jumlah orang yang melawat kedai online ni jugak biasa kita panggil ‘trafik.

 

Kenapa pelawat atau trafik ni penting? Supaya orang dapat tahu kita ada jual sesuatu dan tahu apa yang kita jual secara online. Kalau kita jual makanan dan tak ada siapa yang tahu, kita sendiri lah yang makan. Kalau kita buat servis baiki aircond tapi tak ada siapa yang tahu, kita repair aircond sendiri je lah jawabnnye. Haa..macam tu lah perumpamaannya, huhu.

 

Jadi macam mana cara nak tarik pelawat ke kedai online e-Commerce kita? Cara terbaik nak tarik pelawat ke kedai online e-Commerce kita hari ini ialah dengan menggunakan media sosial. Anda mesti tertanya, “kenapa media sosial?”.

 

Jom kita tengok apa yang berlaku di media sosial dalam masa satu minit kat dunia internet berdasarkan data dari SmartInsights.com ni…

 

 

Seperti yang anda dapat tengok, antaranya sebanyak 3.3 juta post baru yang diupdate kat FB, 3.8 juta jumlah carian yang dibuat di Google, 65 ribu gambar baru yang diupload kat Instagram dan 29 juta mesej yang dihantar melalui Whatsapp. Semua ni berlaku dalam setiap 1 minit! Dan angka ni makin berkembang setiap tahun!

 

Daripada data ni jugak, kita dapat tahu bahawa pengguna bukan jer sekadar ada akaun media sosial tapi memang gunakan media sosial secara aktif dan kita dapat tahu media sosial yang mana yang orang paling banyak guna.

 

Apa yang penting untuk kita sedar, kat media-media sosial ni lah yang orang selalu ‘lepak’ kat dunia internet dan ni adalah peluang buat kita sebagai usahawan untuk berusaha tarik pengguna media sosial ni untuk melawat kedai online e-Commerce kita. “Kat mana ada semut, kat situ lah kita letak gula-gula”. #Eh?

 

Ada banyak media sosial yang wujud kat dunia online hari ni. Tapi yang mana satu yang kita nak guna untuk tarik pelawat dari media sosial ke kedai online e-Commerce kita?

 

Guna Facebook Ads! – Cara 1 Tarik Pelawat Dari Media Sosial Ke Kedai Online e-Commerce

 

Kami di Shopievo.com dah keluarkan 2 panduan buat bisnes dropship melalui kedai online  e-Commerce setakat ni iaitu Shopievo 1.0 pada awal tahun 2016 dan yang terbaru adalah Shopievo 2.0 yang fokus kepada bisnes dropship untuk pasaran tempatan, Malaysia dengan menggunakan Easystore sebagai platform untuk bina kedai online e-Commerce.

 

Dalam kedua-dua panduan ni, kami fokus kepada menggunakan Facebook Ads sebagai medium pemasaran. Malah, kami menggunakan Facebook dari peringkat memilih niche, kajian dan pemilihan produk hot, buat validasi samaada sesuatu produk tu ada permintaan atau tak kat FB sampailah ke peringkat buat pemasaran guna FB Ads.

 

Melalui video-video panduan dalam Fasa Perkembangan Shopievo 2.0, pelajar Shopievo 2.0 akan mula fokus pada jualan dan keuntungan. Ia banyak melibatkan strategi dan teknik pemasaran yang advance menggunakan FB Ads untuk tarik pelawat ke kedai online e-Commerce.

 

Berdasarkan data dari blog Bufferapp.com, 94% daripada syarikat bisnes yang disurvey menggunakan FB Ads sebagai medium pemasaran. Jauh ketinggalan di tempat kedua, Instagram Ads dengan hanya 44%. Ini menunjukkan FB Ads terbukti berkesan dan medium pemasaran yang menjadi pilihan.

 

 

Jadi, jika anda belum pernah menggunakan FB Ads sebagai medium pemasaran untuk bisnes anda, melalui panduan Shopievo 2.0, kami dapat mengajar anda dari zero dan segalanya dari ilmu asas ke teknik advance untuk tarik pelawat ke kedai online e-Commerce dan membuat jualan.

 

Guna Instagram Untuk Bisnes! – Cara 2 Tarik Pelawat Dari Media Sosial Ke Kedai Online e-Commerce

 

Buat masa ni, kami di Shopievo.com hanya fokus pada FB Ads jer sebagai medium pemasaran untuk bisnes dropship e-Commerce. Tapi, kalau anda selalu baca artikel-artikel kat blog Shopievo.com ni, anda mesti perasan yang saya ada buat beberapa artikel berkaitan Instagram.

 

Berikut adalah senarai artikel yang saya dah buat berkaitan Instagram…

 

  1. Cara Buat Akaun Instagram Untuk Bisnes Dan 3 Teknik Praktikal Pemasaran Instagram
  2. 6 Tips Berniaga Online Guna Instagram
  3. 3 Tool Percuma Hasilkan Content Untuk Media Sosial
  4. 3 Aplikasi Percuma Hasilkan Content Kreatif Untuk Instagram
  5. 7 Cara Mudah Naikkan Follower Instagram

 

Melalui artikel-artikel ni, saya tunjukkan macam mana nak buat akaun Instagram untuk tujuan bisnes, macam mana nak meriahkan akaun Instagram bisnes kita dengan content-content yang menarik, macam mana nak naikkan follower kat Instagram dan beberapa tips praktikal untuk berniaga online guna Instagram.

 

Punyalah senang nak guna Instagram ni untuk tujuan bisnes yang mana kita boleh bina branding, kumpul follower yang targeted dan promosikan produk untuk bisnes kita free-free jer, huhu. Artikel berkaitan Instagram tak terhad setakat ni jer, nanti saya akan tambah lagi artikel-artikel berkaitan Instagram dari masa ke semasa.

 

Tulis Artikel Dekat Blog Kedai Online Anda! – Cara 3 Tarik Pelawat Dari Media Sosial Ke Kedai Online e-Commerce

 

Memandangkan ada 3.8 juta jumlah carian yang dibuat di Google setiap satu minit, tulis artikel-artikel berkaitan bisnes anda dekat blog kedai online anda adalah salah satu cara yang dapat tarik pelawat dari media sosial ke kedai online e-Commerce anda.

 

Cara mudahnya ialah, anda tulis artikel-artikel yang menarik berkaitan bisnes anda dekat blog kedai online anda. Anda boleh tulis berkaitan info, tips, cara-cara membuat sesuatu dan sebagainya. Anda jugak boleh selitkan produk-produk tertentu dalam artikel anda tu. Kemudian anda share artikel tu kat FB page bisnes anda atau group FB yang berkaitan dengan bisnes anda.

 

Orang yang berminat untuk membaca artikel anda automatik dia akan masuk ke kedai online e-Commerce anda untuk membaca artikel tu, huhu. Kalau orang suka baca artikel-artikel yang anda tulis, ada peluang mereka akan explore lagi kedai online e-Commerce anda dan dapat melihat produk-produk yang anda jual.

 

Kesimpulan Tarik Pelawat Dari Media Sosial Ke Kedai Online e-Commerce

 

Bagi saya, cukuplah kalau kita tahu cara asas untuk tarik pelawat ke kedai online e-Commerce kita dari ketiga-tiga media sosial yang dah saya tunjukkan tadi iaitu dengan menggunakan FB Ads, Instagram dan menulis artikel kat blog.

 

Sorang kawan saya pernah bagi saya satu nasihat yang saya ingat sampai sekarang, “Lebih baik kita tahu 1 benda dan mampu buat 1000 kali daripada kita tahu 1000 benda tapi tak mampu nak buat 1 pun”. Haaa…lebih kurang macam tu. Boleh tahan deep dan berguna nasihat dia tu.

 

Okay, itu jer dari saya untuk artikel kali ni. Bagaimana pulak dengan anda? Anda pun guna jugak cara-cara ni atau anda ada buat cara lain jugak untuk tarik pelawat dari media sosial ke kedai online e-Commerce anda?

 

Kalau anda ada beberapa cara mudah lagi yang kita boleh buat, kongsikan kat bahagian komen supaya orang yang baca nanti boleh dapat manfaat bersama! Okay, jumpa lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!

 



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

1 Comments

1 Comment

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bagaimana Nak Tarik Pelawat Dari Media Sosial…

by admin time to read: 5 min
1