E-Com Log 2: Proses Buat Bisnes Dropship e-Commerce

February 6, 2019

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



[Ini adalah sambungan dari artikel E-Com Log 1: Mindset But Bisnes Dropship E-Commerce]

.

Hai! Dalam siri artikel e-Com Log 1 yang lepas, saya dah kongsikan pasal tujuan dan matlamat utama kita mengusahakan bisnes dropship e-Commerce. Saya jugak ada kongsikan beberapa mindset yang kita perlu ada untuk mula buat bisnes dropship e-Commerce.

.

Antaranya ialah kita kena yakin yang kita pun akan berjaya dalam bisnes dropship e-Commerce. Selain tu, fokus utama kita ‘bukan nak menjual’ tapi untuk promosikan sesuatu produk kepada sesebuah komuniti. Kita jugak bukan nak bina syarikat atau jenama tapi cuma nak promosi produk dan hantar pada mereka yang membeli, itu sahaje.

.

Bila kita dah ada mindset yang betul, kita dapat bina keyakinan diri, dapat kekalkan motivasi sepanjang mengusahakan bisnes, dapat melawan fikiran-fikiran negatif yang bakal muncul dan yang paling penting sekali dapat bantu kita fokus pada proses yang penting untuk mencapai matlamat. Dan matlamat kita adalah untuk bina satu bisnes dropship e-Commerce yang dapat membuat jualan.

.

Dalam artikel kali ni pulak, saya nak terangkan pada anda komponen-komponen penting yang terdapat dalam proses buat bisnes dropship e-Commerce. Proses ni jugak selari dengan proses buat duit online yang saya pernah kongsikan sebelum ni.

.

5 Komponen Penting Dalam Proses Buat Bisnes Dropship e-Commerce!

.

Setiap benda yang kita nak usahakan tu mesti ada prosesnya. Dan setiap proses tu mesti ada komponen-komponen tertentu yang perlu kita selesaikan untuk melengkapkan keseluruhan proses tersebut.

.

Kita sekarang dalam proses nak bina satu bisnes dropship e-Commerce sehingga dapat membuat jualan. Ada 5 komponen penting yang anda kena tahu, faham dan jelas untuk mencapai matlamat tersebut.

.

Ilmu

.

Sebelum memulakan sesuatu bisnes online, kita kena ada ilmu. Tindakan tanpa ilmu adalah sia-sia. Sebabnya, ibarat kita nak mencari jalan dan cuba explore sesuatu yang baru. Ini akan membazirkan masa dan tenaga kita.

.

Cara terbaik dalam memulakan sesuatu bisnes online adalah dengan belajar ilmu daripada usahawan online yang lain yang dah buat dah dah bejaya buat. Untuk buat bisnes dropship e-Commerce ni, kita akan ikut langkah-langkah dalam video panduan Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce.

.

Dalam video panduan Geng Shopievo tu jugak, anda akan belajar secara lebih terperinci konsep buat bisnes dropship dan bagaimana agen dropship membuat keuntungan daripada bisnes dropship.

.

Sesuatu Untuk Dijual (Produk)

.

Dalam bisnes dropship e-Commerce, kita akan menjual produk fizikal melalui kedai online e-Commerce. Kita mesti kena ada produk. Tapi, dalam bisnes dropship, kita tak perlu pun simpan stok produk tersebut.

.

Kita akan menjual produk milik orang lain (supplier) secara dropship. Kita cuma kena buat kajian sikit produk apa yang kita nak jual. Macam mana nak dapatkan idea produk apa yang kita nak jual?  Saya akan terangkan nanti dalam siri artikel e-Com Log ni.

.

Pembekal Produk (Supplier)

.

Setiap produk mesti ada pembekalnya. Dari mana kita dapatkan sesuatu produk yang kita nak jual? Dalam siri artikel e-Com Log ni, saya akan tunjukkan macam mana cara nak cari produk untuk bisnes dropship dari supplier kat China. Kita akan gunakan laman web Aliekspress.com sebagai contoh supplier.

.

Tempat Menjual (Platform)

.

Seterusnya, anda kena tahu kat mana anda nak jual produk anda. Dalam siri artikel e-Com Log ni, kita akan menjual produk fizikal melalui kedai online e-Commerce. Kita akan bersama-sama buat kedai online e-Commerce kita sendiri.

.

Kat sini lah sebenarnya ‘hati dan jiwa’ komuniti Shopievo, ‘1 Usahawan 1 e-Commerce’. Kami nak anda cerdik e-Commerce dalam revolusi industri 4.0 ni. Jangan risau, semuanya senang jer. Anda boleh ikut langkah-langkah dalam video panduan Geng Shopievo atau baca siri artikel e-Com Log ni nanti, huhu.

.

Strategi Menjual (Pemasaran)

.

Yang terakhir, anda mestilah belajar cara-cara, teknik dan strategi yang berkesan untuk menjual secara online. Lain platform, lain tekniknya. Sebagai contoh, ada pelbagai teknik dan strategi untuk menjual di kedai online e-Commerce, Facebook dan Instagram. Dan teknik-teknik tersebut ada yang berbeza untuk setiap platform.

.

Dalam bisnes dropship e-Commerce, kita akan gunakan Instagram dan Facebook untuk tarik trafik (pelawat) yang targeted ke kedai online e-Commerce kita. Bagaimana teknik dan strateginya? Saya akan tunjukkan nanti dalam siri artikel e-Com Log ni. Kemungkinan saya akan buat contoh mempromosi ke pasaran United State.

.

Kesimpulan Proses Buat Bisnes Dropship e-Commerce

.

Itu sahaje 5 komponen penting yang ada dalam proses buat bisnes dropship e-Commerce. Kalau anda faham dan jelas tentang proses dan komponen penting ni, anda akan sedar bahawa buat bisnes dropship e-Commerce adalah satu usaha bisnes online yang praktikal.

.

Buat bisnes dropship memang tak dapat disangkal lagi adalah cara yang terbaik dan hampir tak perlukan modal untuk buat duit secara online. Dalam bisnes dropship e-Commerce, kita sebagai agen dropship atau ‘wakil jualan’ hanya perlu promosikan produk milik supplier sahaje.

.

Untuk lebih faham dan jelas pasal bisnes dropship, anda boleh baca artikel Cara Buat Bisnes Online Dropship dan 7 Kelebihan Buat Bisnes Dropship. Cukup setakat ni dulu untuk artikel kali ni, jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!

.

BACA SAMBUNGN ARTIKEL INI: E-Com Log 3.0 – Cara Cari Idea Niche



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

E-Com Log 2: Proses Buat Bisnes Dropship e-Co…

by admin time to read: 3 min
0