Hi! Ini adalah kisah 2 orang usahawan e-Commerce wanita, Tair dan Efrat yang bersama-sama bangunkan kedai online e-Commerce Tiny Cupids. Tiny Cupids bukanlah kedai online e-Commerce pertama yang diorang bangunkan, malah diorang jugak hadapi kegagalan sebelum berjaya dengan Tiny Cupids. Jom kita baca kisah 2 orang usahawan e-Commerce wanita ni!
Tair Mordoch dan Efrat Kornick kenal melalui kelas online yang mengajar pasal asas pemasaran digital. Tair berasal daripada Singapore manakala Efrat pulak daripada Tel Aviv. Dua tempat yang jauh antara satu sama lain. Sama macam kebanyakan kita sebagai usahawan, diorang pun bersemangat join kelas online tersebut.
Gambar: Efrat Kornick and Tair Mordoch
Tapi malangnya, kelas online yang diorang join tu ajar benda yang tersangat-sangatlah basic. Diorang terpaksa usaha lebih, study sendiri segala-galanya dari mula. Walaupun apa yang diajar dalam kelas tu terlalu basic, tapi diorang minat nak nak tahu lebih lanjut berkaitan pemasaran digital dan teringin nak usaha dan hasilkan sesuatu.
Diorang sedar yang diorang ni boleh jadi bisnes partner. Sama macam kebanyakan partner dalam bisnes, masing-masing ada kemahiran yang saling melengkapi. Efrat seorang yang sangat teliti, boleh ingat sesuatu bajet untuk kempen iklan dan status sesuatu order dari pelanggan. Tair pulak fokus pada strategi bisnes untuk jangka masa panjang.
Tair memang dah lama minat dengan bidang keusahawanan. Masa dia tinggal kat Tokyo sebelum berpindah ke Singapore, dia suka menjual semula barang-barang second hand yang berjenama. Dia beli barang-barang pre-loved tu dengan harga lebih murah dan cuba jual balik secara online melalui marketplace.
Bisnes e-Commerce adalah satu benda baru bagi Tair sebab dia kena bangunkan kedai online e-Commerce sendiri dengan cabaran mencari produk hot dan buat pemasaran online.
Terjumpa Dengan Model Bisnes Dropship E-Commerce – Kisah Usahawan E-Commerce
Dengan ilmu yang ada sejak hadir kelas online asas pemsaran digital tu, Tair dan Efrat nak mula bertindak dan usahakan sesuatu. Diorang bersama-sama 2 orang lagi dari kelas online tersebut buat satu kumpulan bisnes dan mula mengkaji bagaimana diorang boleh mula buat bisnes online sendiri.
Tair dapat tahu pasal bisnes dropship daripada seorang kawan yang dah ada kedai online e-Commerce dan dah dapat buat beberapa keuntungan. Idea model bisnes dropship e-Commerce tu buatkan Tair nak tahu lebih lanjut.
Dengan bisnes dropship, diorang tak perlu keluarkan modal yang besar untuk berbisnes dan tak perlu simpak stok sesuatu produk. Diorang hanya perlu hubungi supplier (pembekal produk) hanya bila pelanggan membuat tempahan. Supplier jugak yang akan hantarkan produk terus kepada alamat pelanggan. Ini dapat kurangkan beban mereka untuk uruskan produk.
Tair yang berpengalaman dalam berniaga, tahu betapa serabutnya uruskan stok produk. “Saya kena guna duit sendiri dan beli dulu stok sesuatu produk, kena ambil gambar produk dan bila dapat order, saya sendiri yang kena packing, pos dan pastikan barang sampai ke alamat pelanggan. Saya tak berapa suka bila kena uruskan macam-macam proses.”
Keluarkan modal untuk beli barang guna duit sendiri dulu adalah satu risiko dan Tair jugak mengaku yang dia masih ada beberapa stok barang yang tak terjual. Kagum dengan kelebihan buat bisnes dropship, diorang mula belajar buat bisnes dropship e-Commerce.
Banyak benda yang diorang kena belajar. Diorang banyak habiskan masa baca artikel dan tengok video untuk fahamkan konsep bisnes dropship e-Commerce dan teknik pemasaran online. Mereka jugak buat kajian pasaran dan mengkaji produk hot yang mudah untuk dijual. Akhirnya, diorang pilih ‘haiwan kesayangan’ sebagai niche untuk bisnes dropship yang akan diusahakan.
Bina Kedai Online E-Commerce Yang Pertama! – Kisah Usahawan E-Commerce
Lepas selesai pilih niche dan produk, Tair dan Efrat bangunkan kedai online e-Commerce mereka yang pertama, Pets Club. Diorang gunakan platform Shopify dan import produk daripada Aliexpress dengan menggunakan plug-in Oberlo.
Dalam proses nak bangunkan Pets Club, Tair dan Efrat sangat komited dan bekerja keras setiap hari untuk majukan kedai online diorang. Sama macam bisnes lain, nak bangunkan bisnes dropship e-Commerce pun perlukan kesungguhan.
Tapi mereka hadapi satu masalah. Dua partner bisnes diorang yang lain tak berikan kerjasama. Jadi diorang terpaksa buat keputusan untuk keluarkan dua orang partner bisnes yang lain. Kini mereka hanya tinggal dua orang dalam satu team. Apa-apa pun, ini tak buatkan diorang give up atas segala usaha yang telah dibuat.
Mereka lancarkan Pets Club kepada umum dan buat iklan guna FB Ads. Lama kelamaan, mereka dapat beberapa jualan daripada kedai online e-Commerce tersebut. Tapi, diorang rasa macam ada sesuatu yang ‘tak kena’.
Walaupun kajian pasaran dan produk yang diorang buat dah betul, diorang tak ada ‘passion’ dalam apa yang diorang usahakan. Diorang tak rasa ‘dekat’ dengan produk yang dijual dan diorang jugak tak rasa ‘dekat’ dengan audience untuk niche haiwan kesayangan tersebut.
Buat Balik Dari Mula! – Kisah Usahawan E-Commerce
Bila tak ada minat dalam apa yang diusahakan, Tair dan Efrat rasa give up. Tapi disebabkan diorang dah belajar terlalu banyak pasal bisnes dropship e-Commerce, diorang masih ingin usahakan satu bisnes sendiri bersama. Diorang jual kedai online Pets Club dan mula merancang untuk bina kedai online e-Commerce yang baru.
Kali ni diorang mulakan bisnes dari arah yang berbeza. Kalau sebelum ni diorang kaji dulu pasaran dan produk, kali ni diorang nak usahakan sesuatu yang diorang minat dengan niche bisnes yang diorang betul-betul minat.
“Bagi saya, benda yang paling penting sekali adalah minat, minat untuk apa sahaje yang anda nak buat.”, kata Efrat. Diorang kaji beberapa pilihan, mencari sesuatu yang seimbang antara minat dan peluang dalam pasaran. Tair yang merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak, terfikir untuk buat niche yang fokus pada produk untuk ibu, bayi dan kanak-kanak.
Pada bulan Januari 2017, diorang lancarkan Tiny Cupids, kedai online e-Commerce yang fokus kepada menjual baju yang stylo untuk bayi dan kanak-kanak berusia 0 hingga 7 tahun.
Melalui pengalaman yang diorang ada, diorang design satu kedai online yang sesuai dengan taste seorang perempuan dan seorang ibu. Diorang jugak tahu sesuatu produk yang ada potensi untuk disukai oleh para ibu yang lain. “Semuanya adalah sesuatu yang kami sendiri memang suka.”, kata Efrat.
Selepas 2 minggu, diorang dapat jualan yang pertama untuk kedai online Tiny Cupids. “Kitorang masing-masing ingat saat tu. Check fon sebab dengar bunyi notification jualan masuk buatkan kitorang rasa sangat gembira.”, jelas Tair. Sejak tu, hampir setiap hari Tiny Cupids membuat jualan.
Minat yang dicurahkan Tair dan Efrat pada kedai online Tiny Cupids menarik minat ramai lagi pelanggan yang lain jugak. Diorang berjaya bina satu media sosial dengan followers sebanyak 47,000 dari kalangan ibu yang suka kongsi post-post diorang dan tag kawan-kawan yang lain.
“Sangat seronok! Ibu-ibu hantar gambar kat kitorang dan suka berinteraksi dengan kitorang kat media sosial. Ada jugak yang hantar emel tawarkan anak diorang jadi model untuk Tiny Cupids.”, kata Tair.
Kesimpulan Kisah Usahawan E-Commerce
Begitulah kisah 2 orang usawahan e-Commerce wanita daripada dua tempat yang berbeza, berhubung dan bersama-sama bangunkan bisnes dropship e-Commerce secara online sahaje. Diorang jugak hadapi kegagalan pada awalnya walaupun dah buat kajian pasaran dan kajian produk yang betul.
Hanya satu sebab yang menghalang diorang untuk pergi lebih jauh pada masa tu iaitu tak ada minat dalam niche yang dipilih untuk bisnes dropship. Sebab tu lah pemilihan niche ni proses yang kritikal dalam bisnes dan penting untuk kita pilih niche yang seimbang antara minat dan peluang yang terdapat dalam pasaran! Woot woot!
.
0 Comments